Ramai orang berkata bahawa adalah tidak masuk akal untuk mempercayai bahawa Saluran Satelit Imam Mahdi (a.s) adalah SAYHA (jeritan atau seruan dari langit). Sekiranya ianya tidak masuk akal, maka bagaimana caranya supaya dunia dapat menerima peringatan sebelum tibanya Akhir Zaman?. Bagaimana caranya supaya Imam Mahdi (a.s) dapat menjangkau semua orang di dunia ini secara keseluruhan?.
Apakah kamu mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan berdiri di sebelah kudanya dengan gulungan kertas di tangannya di tengah orang ramai dan kemudiannya berkhutbah sementara orang-orang melewatinya?. Atau apakah kamu mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan mengetuk setiap pintu rumah untuk memberi peringatan kepada setiap orang?.
Para Nabi dan Rasul selalu berbicara kepada umatnya dengan bahasa yang digunakan oleh umat pada zamannya. Seperti contohnya Nabi Musa (a.s). Ia menggunakan sihir seperti orang-orang pada zamannya untuk membicarakan agama dan ia menunjukkan kepada umatnya bahawa Tuhan Yang Esa adalah Yang Maha Benar; dan Maha Kuasa. Contoh lain adalah Nabi Isa (a.s). Ia menggunakan kemampuannya, kepada umat pada zamannya, untuk menyembuhkan dan mengubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lainnya; dan ia menunjukkan bahwa Allah Yang Esa adalah Yang Maha Kuasa. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ia membawa Al- Quran di dalam bentuk puisi pada zamannya dan Rasulullah SAW menunjukkan pada umatnya bahawa Tuhan Yang Esa adalah Yang Maha Benar; dan Maha Kuasa.
Lalu bagaimana pula dengan Imam Mahdi (a.s) yang datang pada era globalisasi dan ketika media massa dianggap sebagai media komunikasi?. Bukankan akan lebih mudah untuk mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan berbicara dengan bahasa dan cara yang digunakan oleh orang-orang pada zamannya (zaman ini)?. Bukankah orang-orang pada era sekarang berkomunikasi melalui media seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, TV?. Dan bukankah Satelit mengirimkan signal dari langit?. Tentu sahaja Imam Mahdi (a.s) pun akan berbicara kepada orang-orang di dalam bahasa mereka dan dengan alat yang mereka ada; dan difahami oleh mereka. Dan semua ini adalah bentuk kasih-sayang Allah SWT kerana Dia membuat semuanya menjadi mudah bagi kita untuk mengerti dan menyerapnya dengan cepat.
Bayangkan apabila Ahlulbait (a.s) terdahulu, sebelum Imam Mahdi (a.s), membicarakan tentang saluran satelit, maka tidak ada seorang pun yang akan mengerti. Oleh kerana itu mereka (a.s) menggambarkannya sebagai “seruan dari langit (sayha)”. Nubuwah tentang masa depan selalu diberikan di dalam bentuk gambaran (deskripsi), seperti contohnya “burung-burung besi” untuk menggambarkan kapal terbang.
Dan Mahdi (a.s) akan menunjukkan kepada dunia di dalam bahasa mereka bahawa Allah Yang Esa adalah Yang Maha Benar dan Maha Kuasa.
Allahumma Sholli Ala Muhammad wa Aali Muhammad wal Aimma wal Mahdiyyin wa Salim Tasliman
Dan semoga Saluran Satelit Imam (a.s) yang penuh berkah ini akan dapat menjangkau setiap rumah kerana saluran (channel) ini adalah sayha, seruan kebenaran yang keras dan jelas.
(Tulisan ini adalah terjemahan dari facebook post yang dibuat oleh Sister Aqeela Al Mahdy)

No comments:
Post a Comment