Dari ‘Facebook’ seorang Ansariah di atas pelancaran Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur pada Tahun Baru 2017
Kepada Pejabat Najaf yang dilaknati dan kepada semua para munafik, para pendusta, para penjenayah; dan para penindas:
Hari-hari (kamu) melaporkan akaun ‘Facebook’ kami telah berakhir!
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan memasuki setiap rumah-rumah dan mendedahkan kepalsuan kalian; dan menanggalkan jubah kesucian palsu yang menjadi pakaian kalian selama ini
Demi Allah, Yang Maha Esa, Maha Pembalas, ‘Channel’ ini akan menjadi tajuk utama di lidah-lidah kalian disebabkan ketakutan melampau kalian. Dan tiada belas kasihan yang akan sampai kepada kalian, kerana Hari yang dijanjikan Allah telah tiba dan janji-Nya pasti terpenuhi
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan menghancurkan tahta-tahta kalian yang kalian bina dengan hasil pencurian, penindasan, jenayah yang berterusan dan kurangnya rasa takut kepada Allah SWT
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan menyebarkan mesej sebenar Allah SWT tanpa sebarang tolak-ansur atau pengurangan, bujukan atau pujian!. Kerana pemimpinnya adalah Hujjah Allah Imam Mahdi, Muhammad Rasulullah SAW yang tidak pernah takut kepada sesiapa atau memperkirakan sesiapa kecuali Allah, Tuhan Sekalian Alam
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan membuatkan kalian kehilangan sebarang keselesaan yang pernah kalian rasakan, kerana pemimpinnya adalah Hujjah Allah Ahmad Al-Hassan, Al-Hussein (a.s) dan cahayanya akan menghancurkan kegelapan kotor kalian
Keadilan, kebenaran dan cahaya Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) akan memasuki teras setiap rumah, menyucikan yang baik; dan membakar yang buruk-kerana mayat akan cepat membusuk apabila ditimpa air hujan
Apa yang dijanjikan kepada kalian benar-benar telah tiba.


No comments:
Post a Comment