Thursday, 2 March 2017

Kedatangan Kembali Imam Musa AI-Kadzim (a.s)



Khutbah Jumaat Sheikh Kadhumi:

Imam Musa Al-Kadzim berkata, tidak ada suatu saat pun tanpa Hujjah Allah di atas muka bumi. Akulah Hujjah Allah yang jelas dan tersembunyi di kalangan manusia. Akulah Hujjah Allah pada Yaum Maqlum (Hari Yang Diketahui/Ditentukan). Akulah yang berbicara bagi pihak Rasul. Akulah pada pada zamanku iaitu Musa Al-Kadzim.
Imam Musa Al-Kadzim berkata: “Tiada suatu saat pun tanpa Hujjah Allah di atas muka bumi ini”.
Banyak hadis Ahlulbait yang merujuk perkara atau maksud ini. 
lmam Zainal Abidin (a.s) berkata: “Tidak ada suatu saat pun tanpa kehadiran Hujjah Allah di atas muka bumi semenjak Allah menciptakan Adam, zahir dan dikenali atau ghaib; dan tersembunyi, kerana keberadaan seorang Imam di bumi adalah seumpama tali pusat yang memberikan kehidupan kepada bayi di dalam kandungan, sekiranya ia dipotong maka bayi akan mati. Dan jika bumi tanpa kehadiran seorang Imam maka bumi ini akan mati”. 
Dan beliau (a.s) berkata: “Akulah Hujjah Allah yang jelas dan yang tersembunyi di kalangan manusia”.
Akan tetapi kita tahu bahawa Musa Al-Kadzim adalah seorang Imam yang jelas dan dikenali di kalangan manusia, bukannya seorang Imam yang ghaib; dan tersembunyi.
Lalu, mengapa lmam Musa Al-Kadzim (a.s) berkata sedemikian?. Akulah seorang Imam yang ghaib dan tersembunyi.
Kita semua tahu bahawa Imam Al-Mahdi adalah satu-satunya Imam yang ghaib dan tersembunyi dari kalangan para Imam Ahlulbait (a.s).
Ini bermakna ada rahsia disebalik perkara ini. Beliau (a.s) ingin mengingatkan kita kepada satu perkara besar. 
Dan beliau (a.s) berkata: “Akulah Hujjah Allah pada Yaum Maqlum (Hari Yang Di Ketahui/DiTentukan)”.
Apakah maksudnya, Yawm Maqlum?
Wahab bertanya lmam Ash-Shodiq berkenaan (Iblis) di dalam firman Allah:
 (رب فأنظرني إلى يوم يبعثون * قال فإنك من المنظرين * إلى يوم الوقت المعلوم)
{Berkata iblis: “Ya Rabbku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari kiamat”, Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan/Al-Yaum Maqlum)-(Surah Al-Hijr, 36~38)
Wahab bertanya kepada lmam Ash-Shodiq (a.s): “Hari yang mana satukah yang dikatakan ‘Yaum Maqlum'”?.
lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata kepadanya: “Adakah kamu menyangkakah ianya Hari Kiamat?. Tidak, ia ialah ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi”.
Jika lmam Al-Mahdi keluar, beliau akan membunuh Iblis, itulah yang dikenali sebagai “Yaum Maqlum”.
Sekarang, kita mengetahui dari hadis ini bahawa “Yaum Maqlum” adalah ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi.
Sekarang, mari kita kembali kepada kata-kata lmam Musa Al-Kadzim (a.s):
(Akulah Hujjah Allah pada ketika Al-Yaum Maqlum).
Ini bermakna, lmam Musa Al-kadzim (a.s) akan datang kembali ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi (a.s).
Ini bermakna kita mempunyai dua orang Hujjah Allah pada ketika “Yaum Maqlum” dan mereka ialah lmam Al-Mahdi; dan Musa Al-Kadzim di dalam salah satu inkarnasinya. 
Tetapi kita mempunyai hadis lain yang menyatakan bahawa lmam Hussein akan datang kembali bersama lmam Al-Mahdi pada ketika “Yaum Maqlum”.
lmam Baqir (a.s) berkata: “lmam Hussein berkata kepada para sahabatnya pada malam 10 Muharram: Demi Allah kita akan kekal selepas kesyahidan dan Allah akan mengembalikan kita semula apabila Al-Mahdi muncul”.
lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Apabila lmam Al-Mahdi wafat, lmam Hussein akan memandikan, mengafankan, menghunut dan meletakkannya di dalam liang kubur”. 
Dan lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Tiada yang datang selepas seorang pengganti kecuali (ia juga) seorang pengganti”.
Jadi, daripada kata-kata ini dapatlah kita fahami bahawa: lmam Hussein, lmam Al- Mahdi dan lmam Musa Al-Kadzim adalah tiga orang Imam yang harus ditaati pada ketika “Yaum Maqlum”.
Tetapi perkara ini bersalahan kerana Ahlulbait berkata: “Tidak ada dua Imam yang berbicara pada masa yang sama”.
Husham bin Salim bertanya kepada lmam Ash-Shodiq (a.s): “Mungkinkah ada dua orang Imam pada waktu ini”?
Beliau (a.s) menjawab: “Tidak, hanya salah satu dari mereka, satunya diam dan satu lagi berbicara. Tidak berlaku dua Imam berbicara pada masa yang sama”.
Jadi, dapatlah kita simpulkan dari kesemuanya ini bahawa semestinya lmam Musa Al-Kadzim adalah lmam Hussein.
Sekarang, kita kembali lagi melihat kata-kata lmam Musa Al-Kadzim (a.s): 
(Akulah pada zamanku Musa Al-Kadzim).
Ini bermakna beliau mempunyai reinkarnasi lain dan nama lain.
Wasiat Nabi Muhammad SAWAS pada malam kewafatannya memberitahu kepada umatnya: Akan ada Imam yang datang bersama lmam Al-Mahdi, namanya adalah Ahmad.
Maka kesimpulannya ialah lmam Musa Al- Kadzim (a.s) adalah lmam Hussein dan Ahmad.

No comments:

Post a Comment