Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, wahai Ansar sejati,
Tuan punya akaun ‘Facebook’ yang mengaku sebagai Imam a.s, sejak mula-mula ‘posting’ sehingga ke hari ini, dia tidak menulis di dalam ‘posting’nya “Allahumma sholli ala Muhammad wa Aali Muhammad Al-Aimmah wal Mahdiyin wa sallim taslima kathira”
Anda tahu mengapa ?
Ia adalah kerana mengucapkan solawat ke atas Muhammad s.a.w dan Ahlulbaitnya a.s adalah menakutkan kepada pemilik akaun ‘facebook’ ini, adakah anda tahu mengapa?
Kerana dia adalah satu dari tangan sotong dan Dajjal Agung Amerika dan Syaitan (semoga Allah melaknat mereka). Dan Syaitan (semoga Allah melaknatnya) tidak mahu mempercepatkan hari kebangkitan Al-Qa’im.
Ini kerana mengucapkan solawat ke atas Muhammad s.a.w dan Ahlulbaitnya a.s mempercepatkan Faraj (kelegaan) Al-Qa’im dari Ahlulbait Muhammad saw!. Jadi, tidakkah masuk akal seseorang yang merampas hak Sayyid Ahmad Al-Hassan a.s meminta kemusnahan dirinya sendiri dipercepatkan?
Tidaklah masuk akal, perampas ini akan mendoakan kedatangan orang yang dirampas haknya supaya dapat membalas dendam dan menghukumnya?
Kita tahu bahawa kedengkian kepada Muhammad s.a.w dan Ahlulbaitnya a.s yang membuat Iblis ditendang keluar dari syurga.
Dan hari ini, Iblis, pengikutnya dan bala tenteranya (semoga Allah melaknat mereka semua) sedang ketakutan dan tidak mampu menyebut Muhammad saw dan Ahlulbaitnya a.s, dan ini adalah bertentangan sama sekali dengan kata-kata dan khutbah Imam Ahmad Al-Hassan yang sentiasa memulakan sesuatu dengan bersolawat ke atas Nabi Muhammad saw dan Ahlulbaitnya iaitu Para Imam a.s dan Para Mahdi a.s!
No comments:
Post a Comment