SIAPAKAH AHMAD ???
Wasiat Rasulullah SAWAS di malam kewafatannya...
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”
SIAPAKAH AL-QAIM ????
hadis dari Imam Baqir (a.s) apabila beliau (a.s) berkata: “Al-Qaim mempunyai dua nama, yang satu tersembunyi dan yang satu lagi diumumkan. Nama tersembunyi adalah Ahmad dan nama yang diumumkan adalah Muhammad..).
(Kamul Din wa Tamamul N’ima -oleh Sheikh Al-Saduq- Jilid 2, ms.653, bab 57)
SIAPAKAH AL-MAHDI ????
Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa'im yang , beliau berkata: "Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai'ah kepada kami dan tahu akan hak kami." [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni'mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]
Abi Abdullah [as] berkata: " dari kalangan kami 12 Mahdi selepas Qoim [a.s] dari keturunan Hussain [a.s]." [Muntakhab Al-Anwar Al-Mudhi'ah, Sayyed Baha'a Al-Deen Al-Najafi, muka surat 353-354, Mukhtasar Basa’ir Darajat oleh Al Hasan bin Sulaiman Al Hilli, muka surat 48]
Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400]
SIAPAKAH AL-YAMANI ????
Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”
[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.]
APAKAH KAITAN DI ANTARA AHMAD, AL-QAIM, AL-MAHDI DAN AL-YAMANI...???
Setelah kita renungkan kembali...dengan menelusuri Hadis-Hadis di atas...maka dapat kita fahami dan mengerti...selepas 12 Imam, akan ada 12 Mahdi... Mahdi Pertama adalah yang di kenali sebagai Ahmad (sepertimana yang termaktub dalam Hadis Wasiat)...Dia lah yang akan mewarisi Kekhalifahan selepas wafatnya Imam Mahdi a.s...di zaman kezuhuran Imam Mahdi a.s, akan ada 2 individu yang bergelar Al-Qaim iaitu Ahmad (yang tersembunyi) dan Muhammad (yang di umumkan) seperti yang termaktub... Yang di umumkan itulah Muhammad ibn Hassan Al Askari a.s yang juga merujuk kepada individu yang bergelar Imam Mahdi a.s...manakala yang tersembunyi itulah Ahmad Al-Hassan a.s yang akan membuka jalan kepada Bapanya..iaitu Imam Mahdi a.s...
Hadis tentang al Qaim itulah sebagai bukti Ahmad adalah pewaris kepada Muhammad dan merupakan Mahdi yang Pertama (dari 12 orang Mahdi) selepas Imam yang Terakhir iaitu Imam Mahdi a.s (dari 12 orang Imam) seperti yang telah termaktub dalam hadis...
Dan untuk mengenali individu yang bergelar Al-Yamani, yang mana Dia lah individu yang membawa Panji Petunjuk dan individu yang akan mengajak kita kepada tuan empunya zaman (Imam Mahdi a.s)...maka individu tersebut mestilah orang yang paling mengenali dan dekat dengan Imam Mahdi a.s....dan ini jelas menunjukkan TIADA YANG LAIN, SELAIN individu yang bergelar Mahdi yang Pertama...kerna Dia lah yang akan mewarisi kepimpinan selepas Imam Mahdi a.s...
Maka kesimpulannya...
AHMAD adalah Al-Qaim,
AHMAD adalah Al-Mahdi,
dan
AHMAD adalah Al-Yamani.
No comments:
Post a Comment