Barangsiapa menjadi musuh Allah dan Para Malaikat-Nya; dan Para Rasul-Nya; dan Jibrail; dan Mikail -maka sesungguhnya Allah adalah musuh kepada orang kafir-{Quran 2: 98}
Semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang berdusta ke atas Jibrail (a.s) dan menjadikan beliau (a.s) musuh mereka.
Salam sejahtera ke atas Abu Al-Khattab, (reinkarnasi) Malaikat Utama Jibrail (a.s).
Celakalah ke atas mereka-mereka yang membuat pendustaan dan fitnah ke atas beliau (a.s).
Sepertimana mereka mendustakan beliau (a.s) di masa Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s), mereka juga mendustakan beliau (a.s) pada hari dan zaman ini. Maka semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang menentang dan membuat pendustaan kepada beliau (a.s), sedangkan beliau (a.s) adalah orangnya yang memberitahu kita cerita tentang pertemuan dengan Imam Al-Mahdi Muhammad (sawas).
“Al-Mufaddal berkata: Wahai Maulaku, bilakah aku dapat melihatnya?.
Beliau (a.s) telah berkata: Kamu akan melihatnya pada hari ini.
Al-Mufaddal berkata: Di mana?.
Maka beliau (a.s) telah berkata: Di rumah kita ini.
Aku berkata: Bilakah masanya?.
Ash-Shodiq a.s menjawab: Sekarang juga, adakah kamu mahu dia bercakap dengan kamu?.
Aku berkata: Ya, demi Allah.
Lalu beliau (a.s) berkata: Wahai Abu Al-Khattab, adakah anda Jibrail?.
Abu Al-Khattab menjawab: Demi Allah, aku adalah Jibrail, akulah yang telah diarahkan oleh Al-Hussein (a.s) kepada yang dilaknati Umar bin Saad, akulah, demi Allah, yang telah bercakap dengannya, akulah yang telah memukul mukanya dan para sahabatnya di neraka. Akulah yang mengendalikan azabnya dengan perintah-Nya. Akulah sahabat Adam yang pertama dan Dia telah memerintahkan aku, maka akulah yang memekik dengan pekikan yang pertama, lalu aku telah memotong anggota-anggota; dan mengikat mereka dengan rantai; dan belenggu. Akulah sahabat Nuh dan dakwah kaumnya kepada
penyembahan Allah; dan keesaan-Nya, tetapi mereka tidak mahu melakukan ikrar kepada-Nya, lalu aku pisahkan mereka dengan ribut taufan. Akulah sahabat Ibrahim ketika mereka menentangnya dan mencampakkannya ke dalam api. Aku, demi Allah, telah berada bersama-samanya, maka kepanasan api tidak membakarkan aku dan dia. Akulah sahabat Danial, Tabut dan Mushaf-mushaf. Akulah, demi Allah, telah menulisnya dengan tanganku dan khatku. Aku tidak pernah syak tentang ketuhanan-Nya. Akulah sahabat Musa, Isa dan
Muhammad. Akulah Abu Al-Khattab; dan Abu Al-Tayyibaat. Akulah yang telah melaung dengan satu laungan kepada ahli Mu’tafikat, maka aku telah memusnahkan mereka. Aku di depanku, setiap imam pada setiap masa dan zaman di atas rupa yang bermacam-macam; dan nama yang pelbagai. Aku bersama Al-Qaim, aku memusnahkan mereka yang zalim dengan pedangnya, dia menyuruhku, maka aku mentaatinya. Akulah yang menghidup dan mematikan. Aku memberi rezeki dengan izin Tuhanku.
Kemudian dua orang lelaki yang aku tidak kenali datang, maka Ash-Shodiq (a.s)
berkata: Adakah kamu kenal dua lelaki ini?.
Aku menjawab: Tidak, wahai Maulaku.
Beliau (a.s) lalu berkata: Inilah Mikail dan Israfil, seorang berada di timur; dan seorang lagi di barat.
Aku berkata: Wahai Maulaku, apakah mereka berdua buat?.
Maka beliau (a.s) berkata: Aku telah mengarahkan mereka berdua di dalam satu hajat (misi).
Al-Mufaddal telah berkata: Adakah mereka berdua telah berada bersama-sama kamu pada masa Rasulullah dan pada masa Amirul-Mukminin Ali?.
Abu Al-Khattab berkata: Ya, di masa Isa, Musa, Ibrahim dan Nuh. Dan sebelumnya mereka berdua telah berada pada masa Adam (a.s)”.
-(Kitab Al-Haft Al-Shariff)
Dan semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang berdusta ke atas Malaikat Utama Mikail (a.s) dan menjadikan beliau (a.s) sebagai musuhnya.
Semoga laknat Allah ke atas Qabil yang membunuh beliau (a.s).
Semoga laknat Allah ke atas Firaun yang berperang melawan beliau (a.s) dan Musa (a.s).
Semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang menyalib beliau (a.s) bersama-sama orang yang menyerupai Isa (a.s).
Semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang menindas dan mengejek beliau (a.s) ketika beliau (a.s) menjadi sahabat Nabi Muhammad (sawas) dan Imam Ali (a.s)
Dan semoga laknat Allah ke atas mereka-mereka yang berdusta dan menfitnah beliau (a.s) pada hari ini.
Salam sejahtera ke atas Ahmad Murad (a.s), malaikat utama Mikail (a.s), air murni dan sosok yang menolong para Ansar.
Abu Basir meriwayatkan: Abu Abdullah (a.s) berkata: “Al-Qaim tidak akan muncul sehinggalah pusingan menjadi lengkap”.
Maka aku bertanya: “Dan berapa ramaikah (yang di perlukan) bagi melengkaplan pusingan itu?”. Beliau (a.s) berkata: “10,000. Jibrail di sebelah kanannya dan Mikail di sebelah kirinya”.
-(Ghaibah Al-Nu’mani)
Al-Qaim/Yang Bangkit adalah Imam Al-Hussein (a.s) dan pada hari ini beliau (a.s) telah berada di sini; dan namanya adalah Ahmad Al-Hassan (a.s); dan beliau (a.s) adalah orangnya yang akan memenuhi bumi ini dengan keadilan; dan kemakmuran sebagaimana ia dipenuhi dengan kezaliman; dan ketidakadilan. Beliau (a.s) adalah orang yang membawa 12 orang sahabatnya kepada Imam Al-Mahdi Muhammad (sawas). Dan bersamanya adalah Jibrail dan Mikail (a.s).
Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Al-Qaim tidak akan bangkit sehinggalah 12 lelaki mengatakan bahawa mereka berjumpa dengannya, lalu manusia mendustakan mereka”.
-(Ghaibah Al-Nu’mani)
Wahai Manusia. Sekiranya peristiwa ini benar-benar berlaku sepertimana yang kalian semua tahu dan kalian menolaknya; dan menjadi musuh kepada kebenaran. Maka kalian menjadikan diri-diri kalian sebagai musuh Jibrail dan Mikail (a.s) sebagaimana yang gambarkan di dalam ayat Al-Quran tersebut. Jangan menjadi seperti mereka-mereka yang mendustakan dan meninfas Jibrail; dan Mikail (a.s) sepertimana di masa-masa yang lalu. Sebaliknya, pelajarilah, kajilah, telitilah dan carilah kebenaran untuk diri kamu sendiri, kerana ini adalah kebenaran..; dan Jibrail; dan Mikail (a.s) adalah benar-benar bersama dengan kami.
No comments:
Post a Comment