Allah SWT Yang Maha Berkuasa, Maha Bijaksana sentiasa melantik wakil (penganti)-Nya di muka bumi yakni manusia-manusia yang paling berilmu di kalangan ciptaan-ciptaan-Nya dan membimbing manusia yang lain kepada Nya. Dan Dia SWT dengan rahmat-Nya telah memberikan petunjuk dan panduan untuk mengenalpasti hamba-hamba kepercayaan-Nya di muka bumi melalui peraturan umum; dan sejagat.
Dan semestinya, Tuhan Yang Maha Berkuasa dan Bijaksana telah memberitahu manusia berhubung 3 syarat dan kondisi yang mesti dipenuhi oleh setiap wakil-Nya sebagaimana dinyatakan di dalam “Peraturan Mengenal Hujjah” yang bermakna bukti keperibadian Tuhan di muka bumi-Nya.
1. WASIAT: Tiada wakil Tuhan wafat tanpa melantik pengantinya. Penuntut dan pendakwa jawatan wakil Tuhan mestilah disebut namanya di dalam wasiat pendahulunya.
2. ILMU PEMBERIAN TUHAN: Setiap Nabi dan Rasul mempunyai ilmu yang dianugerahkan oleh Allah SWT yang membolehkan mereka mentadbir bumi. Setiap yang mendakwa diutus oleh Tuhan mestilah mampu menjawab setiap soalan dan misteri yang diketahui; dan tidak diketahui manusia.
3. MENYERU KEPADA /PANJI KETUANAN ALLAH: Utusan Tuhan berbicara dengan nama Tuhan. Dia tidak boleh memanggil manusia kepada dirinya sebagaimana dilakukan oleh para ulama yang tidak beramal, tetapi mestilah memimpin manusia kepada tauhid keEsaan sebenar dan tidak menyekutukan sesiapa; dan apa jua pun dengan Allah SWT.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) memenuhi ketiga-tiga pensyaratan yang telah dinyatakan kerana beliau (a.s) telah membawa wasiat Nabi Muhammad SAWAS, beliau (a.s) secara berterusan menyebarkan ilmu pemberian Tuhan dan menyeru manusia kepada Ketuanan Allah SWT iaitu tauhid keEsaan yang hakiki di bawah Panji Ketuanan Allah.
Maka itu “Peraturan Mengenal Hujjah” membuktikan bahawa Imam Ahmad Al- Hassan (a.s) adalah wakil Tuhan pada era kita dan beliau (a.s) adalah Maksum serta membaiah (ikrar taat) kepada beliau (a.s) adalah wajib. Dengan terbuktinya kemaksuman beliau (a.s), adalah wajib ke atas kita untuk menyerah tunduk dan taat kepada beliau (a.s). Kewajipan ke atas kita ialah mengenal Imam yang Maksum pada era kita dan taat kepada beliau (a.s).
‘Peraturan Mengenal Wakil Tuhan’ di dalam Al-Quran Yang Suci
“Peraturan Mengenal Wakil Tuhan (Hujjah Tuhan)” dinyatakan di dalam Al-Quran di mana peraturan ini dikenakan ke atas Khalifah Allah yang pertama di muka bumi dan ini adalah peraturan bagaimana mengenal Khalifah Allah; dan Hujjah (bukti) Allah ke atas semua ciptaan-Nya. Ini adalah peraturan untuk mengenal Tuhan anda kerana hanya dengan mengenal Hujjah Allah SWT di muka bumi barulah Allah SWT dapat dikenali.
Oleh itu, marilah kita melihat kepada ayat-ayat Al-Quran yang membicarakan berkaitan perlantikan Nabi Adam (a.s) sebagai Khalifah Allah yang pertama di muka bumi.
“Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang Khalifah di muka bumi”. Mereka berkta: “Mengapa Engkau hendak menjadikan (Khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji Engkau; dan mensucikan Engkau?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui”.-(Surah Al-Baqarah: 30)
Dan fakta bahawa Khalifah ini adalah yang paling berilmu dijelaskan di dalam ayat berikut:
“Dan dia mengajarkan kepada Adam nama (benda-benda) seluruhnya, kemudian mengemukakannya kepada para Malaikat lalu berfirman: “Sebutkanlah nama benda-benda itu jika kamu memang orang-orang yang benar”.-(Surah Al-Baqarah: 31)
Dan perintah agar taat kepada Khalifah itu ditemui di dalam ayat berikut:
“Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya serta Aku tiupkan padanya roh dari (ciptaan)-Ku, maka hendaklah kamu sujud kepadanya”.-(Surah Al-Hijr 29)
Juga sesiapa yang merujuk kepada Taurat dan Injil akan menemukan banyak ayat-ayat yang menyamai peraturan Al- Quran ini, yang menyatakan bahawa Khalifah Allah SWT dikenali dengan 3 syarat tersebut.
Maka itu siapakah perlaksana kepada Nabi SAWAS dan siapakah yang paling berilmu setelah Nabi Allah SWT dan siapakah yang telah Nabi Allah SWT perintah untuk ditaati?
Tentulah ada orangnya yang memiliki ketiga-tiga perkara itu. Sekiranya ada yang mengatakan sebaliknya, dia tekah menuduh Allah SWT kurang berhikmah. Adalah di atas setiap individu untuk mencari jawaban kepada persoalan ini dan semoga manusia berlaku adil kepada diri mereka sendiri.
“Peraturan Mengenal Wakil Tuhan” di dalam Injil dan Taurat
Di dalam ayat-ayat dari Injil yang berikut akan dibuktikan bahawa para Nabi (a.s) dan Rasul (a.s) mengariskan 3 komponen Peraturan Ilahiyah ini untuk membuktikan legitimasi dan kesahihan mereka.
Sesiapa yang mencari kebenaran akan menemukan banyak bukti-bukti bahawa para Nabi (a.s) dan Rasul (a.s) semestinya telah melantik para penganti mereka (a.s). Berikut adalah beberapa contoh:
Wasiat: Para Nabi (a.s) yang secara terus melantik atau mengkhabarkan berkaitan para penganti mereka (a.s)
Para Nabi (a.s) malah telah secara terus melantik para penganti mereka (a.s) dengan menyebut nama-nama mereka (a.s)
Nabi Musa (a.s) telah melantik Yusha’ (a.s)
Nabi Musa (a.s) telah melantik Yusha’ (a.s)
“14. Dan Tuhan berkata kepada Musa, Ketahuilah, kamu akan mati di hari-hari akan mendatang: panggillah Yusha’ dan persembahkan dirimu di tempat beribadah berjamaah agar Aku memberikannya hak kepimpinan. Dan Musa dan Yusha’ pergi; dan mempersembahkan diri mereka di tempat beribadah berjamaah. 15. Dan Tuhan muncul di tempat beribadah di dalam tiang awan: dan tiang awan berdiri di pintu tempat beribadah”.-(Kitab ke 5 Musa (Deuteronomy), Bab 31)
Nabi Daud (a.s) telah melantik Nabi Sulaiman (a.s)
“32. Dan Raja Daud berkata, Panggillah kepadaku Zadok sang pendita dan Nathan sang Nabi; dan Benaiah anak kepada Jehoiada. Dan mereka hadir di depan Raja. 33. Raja telah juga berkata kepada mereka, Bawalah bersama hamba-hamba Tuhanmu dan aturlah agar anakku Sulaiman menunggang keldai kudan bawalah dia ke Gihon: 34. Dan biarkan Zadok sang pendita dan Nathan sang Nabi mengumumkan dia sebagai Raja ke atas Israil: dan tiupkan olehmu terompet dan ucapkanlah, Tuhan selamatkan Sulaiman. 35. Kemudian kamu akan menjaga dia agar dia hadir dan duduk di atas takhtaku; kerana dia akan menjadi Raja yang berjasa kepadaku: dan aku telah melantik dia menjadi pemerintah ke atas Israil dan ke atas Judah. 36. Dan Benaiah anak kepada Jehoiada menyahut kepada Raja, dan berkata, Amiin: Tuhan kepada Tuanku Rajaku berfirman yang sama juga. 37. Sebagaimana Tuhan telah bersama Rajaku, begitulah Dia bersama Sulaiman, dan menjadikan takhtanya lebih agung dari takhta Tuanku Raja Daud”.-(Kings 1, Bab 1)
Nabi Musa (a.s) mengkhabarkan akan Nabi Isa (a.s) dan Muhammad Rasulullah SAWAS
Beberapa orang Nabi secara tidak langsung melantik para penganti mereka melalui ramalan-ramalan mereka.
“1. Dan ini adalah keberkatan, di mana Musa manusia ketuhanan memberkati anak-anak Israil sebelum kewafatannya. 2. Dan dia berkata, Tuhan hadir dari Sinai, dan bangkit dari Seir kepada mereka; dia hadir dari gunung Paran; dan dia datang bersama sepuluh ribu para wali: dari tangan kanannya muncul hukum yang keras kepada mereka. 3. Ya, dia menyayangi mereka; kesemua para walinya di dalam tangannya; dan mereka duduk bawah pada kakinya; setiap seorang akan menerima kata-katanya”.-(5.Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 33)
Dan kata-katanya (dan bangkit dari Seir kepada mereka) adalah merujuk kepada Isa (Yashua). Dan tidak ada sesiapa pun sebelum atau selepas Isa (a.s) hadir dari tanah Seir. Oleh itu teks ini tidak boleh merujuk kepada sesiapa pun selain Isa (a.s).
Dan Isa (a.s) berkata di dalam Injil:
“39. Carilah lembaran-lembaran suci; kerana di dalamnya kamu akan berfikir anda mempunyai nyawa abadi: dan ia (lembaran-lembaran suci) adalah yang mengesahkan akan aku. 40. Dan kamu tidak akan datang kepadaku, melainkan kamu mungkin ada nyawa. 41. Aku tidak menerima kemuliaan dari manusia. 42. Tetapi aku tahu kamu, bahawa kamu tidak menpunyai kecintaan kepada Tuhan di dalam diri kamu. 43. Aku datang dengan nama Bapaku dan kamu tidak menerimaku: jika seseorang yang lain datang dengan namanya sendiri, kamu akan menerimanya. 44. Bagaimana kamu beriman, sedang kamu menerima kemuliaan antara sesama kamu dan tidak mendambakan kemuliaan yang datang dari Tuhan sahaja?. 45. Jangan fikir akan menuduh kamu kepada Bapa: ada seorang yang menuduh kamu, walau Musa, yang kamu percaya. 46. Kerana jika kamu beriman dengan Musa, kamu sepatutnya beriman kepadaku; kerana dia telah menulis mengenaiku. 47. Tetapi jika kamu tidak beriman kepada tulisan-tulisannya, bagaimana kamu akan beriman dengan kata-kataku?”.-(Kitab Yahya, Bab 5)
Dan perkataan-perkataan (dia hadir dari gunung Paran) adalah merujuk kepada Nabi Muhammad SAWAS. Dan wasiat (pesanan) ini tidak boleh merujuk kepada sesiapa pun yang muncul sebelum atau selepas Baginda SAWAS.
Dan Muhammad SAWAS dan keluarga Baginda SAWAS, para Imam (a.s) dan para Mahdi (a.s) telah menyebut wasiat ini; dan teks ini adalah pembuktian ke atas kebenaran mereka (a.s).
Allah SWT telah berfirman di dalam Al-Quran:
“Dan (ingatlah juga peristiwa) ketika Nabi Isa ibni Maryam berkata: “Wahai Bani Israil, sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu, mengesahkan kebenaran Kitab yang diturunkan sebelumku, iaitu Kitab Taurat dan memberikan berita gembira dengan kedatangan seorang Rasul yang akan datang kemudian daripadaku – bernama: Ahmad”. Maka ketika ia datang kepada mereka membawa keterangan-keterangan yang jelas nyata, mereka berkata: “Ini ialah sihir yang jelas nyata!”.-(Surah As-Saff: 6)
“Iaitu orang-orang yang mengikut Rasulullah (Muhammad SAWAS) Nabi yang Ummi, yang mereka dapati tertulis (namanya dan sifat-sifatnya) di dalam Taurat dan Injil yang ada di sisi mereka. Ia menyuruh mereka dengan perkara-perkara yang baik dan melarang mereka daripada melakukan perkara-perkara yang keji; dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik; dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk; dan ia juga menghapuskan dari mereka beban-beban; dan belenggu-belenggu yang ada pada pada mereka. Maka orang-orang yang beriman kepadanya dan memuliakannya, juga menolongnya, serta mengikut nur (cahaya) yang diturunkan kepadanya (Al-Quran), mereka itulah orang-orang yang berjaya.-(Surah Al-A’raaf: 157)
Nabi Jesaja (a.s) telah meramalkan kemunculan Nabi Isa (a.s) dan Sang Penyelamat (‘Comforter’) di Akhir Zaman.
Nabi Jesaja (a.s) meramalkan Nabi Isa (a.s) sebagai pengantinya dan Nabi Isa (a.s) muncul sebagai pemberi khabar gembira berkenaan Sang Penyelamat (digelar ‘The Comforter’). Kerana teks ini mempunyai dua makna: Nabi Jesaja (a.s) memberitahu di dalamnya khabar gembira berkenaan Nabi Isa (a.s), begitu juga khabar gembira berkenaan Sang Penyelamat-Sang Penyelamat yang diutus dari para Nabi dan Rasul (yang beliau (a.s) gelas “Yang Sedih”), pada hari pembalasan dendam. Maka dia (a.s) berkata:
“1. Roh dari Tuhan di atasku; kerana Tuhan telah mengarahkan aku mengkhabarkan berita baik kepada mereka yang tawaduk; dia telah mengutusku untuk mengembirakan hati-hati yang telah terluka, menuntut pembebasan para tawanan dan membebaskan mereka dari penjara; 2. Untuk menuntut tahun Tuhan yang diterima dan dari pembalasan dendam oleh Tuhan; dan menenagkan semua yang bersedih”.-(Kitab Jesaja, Bab 61)
Dan kerana itu lah Nabi Isa (a.s) secara eksklusif menggunakan petikan ini di dalam Injil untuk menunjukkan kejujuran dan ketelitian maksud pesanannya. Beliau (a.s) hanya menyebut perkara yang berkait dengan misi beliau (a.s) dan mengasingkan bahagian yang merujuk kepada ramalan berkaitan Sang Penyelamat.
“16. Dan dia pergi ke Nazareth, di mana dia dia dibesarkan; dan sebagaimana adatnya, dia telah pergi ke kuil Yahudi pada hari Sabbath; dan duduk untuk membaca. 17. Dan telah disampaikan kepadanya Kitab Nabi Esaias. Dan bila dia membuka kitab itu, dia mendapati tempat di mana kitab itu ditulis. 18. Roh Tuhan di atasku, kerana dia telah melantikku untuk menyampaikan Injil kepada para faqir; dia telah mengutusku untuk menyembuhkan hati yang luka, untuk meyampaikan pembebasan kepada tawanan dan memyembuhkan penglihatan mereka yang buta, untuk memerdekakan mereka yang dicederakan. 19. Untuk memberitahu tahun Tuhan yang diterima. 20. Dan dia menutup kitab itu dan memberinya kepada menteri; dan duduk. Dan semua mata-mata mereka yang berada di kuil tertumpu padanya. 21. Dan dia mula berkata kepada mereka, Pada hari ini lembaran ini terisi di dalam telinga kalian”-(Kitab Luke. Bab 4)
Nabi Isa (a.s) mengakhiri dengan ayat “Untuk memberitahu tahun Tuhan yang diterima”, kemudian menutup kitab itu dan meneruskan dengan berkata, “dan hari pembalasan dendam oleh Tuhan kamu; untuk mententeramkan mereka yang bersedih”. Kerana petikan ini adalah berkaitaan Sang Penyelamat; yang akan muncul di akhir zaman.
Walaupun Isa (a.s) membaca ayat itu, tetapi tidak menyebutnya sebagai bukti kebenaran dirinya. Ya, di penghujung hari-hari dakwah beliau (a.s) (rujuk, Jonah, Bab 14,15 dan 16), Isa (a.s) mengisytiharkan khabar baik berkenaan Sang Penyelamat, memberi amaran akan kedatangan hari pembalasan dendam dan menjelaskan bahawa ia hanya akan berlaku jika dia pergi (….kerana jika aku tidak pergi, Sang Penyelamat tidak akan datang kepada kamu; tetapi jika aku pergi, aku akan mengutusnya kepada kamu;).
Maka itu terbuktilah bahawa ayat “dan hari pembalasan dendam oleh Tuhan kamu; untuk mententeramkan mereka yang bersedih” tidak berbicara secara khusus berhubung Isa (a.s).
Ilmu: Apakah para Nabi dan Rasul telah menyebut berkaitan imlu-ilmu dan hikmah mereka sebagai bukti kebenaran mereka?
Para Nabi dan Rasul telah menggunakan ilmu mereka di dalam Taurat sebagai bukti kebenaran mereka….
Terdapat banyak teks-teks yang menyaksikan bahawa para Nabi dan Rasul telah menyebut akan ilmu; dan hikmah mereka sebagai pembuktian kebenaran mereka. Ini jelas dilakukan oleh Nabi Musa (a.s), Nabi Yusha’ (a.s), Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s), Nabi Yusuf (a.s), Nabi Daniel (a.s) dan lain-lain sebagaimana di dalam dua contoh berikut:
Nabi Yusuf (a.s) telah menggunakan ilmu dan hikmahnya untuk mengurustadbir kaum dan Negara.
Nabi Yusuf (a.s), wakil Tuhan, mentafsirkan pelbagai mimpi melalui ilmu Ilahiyyah.
Drama bersiri: Nabi Yusuf (a.s), Bahagian 26.
Di dalam 1. Kitab Musa (Genesis), Bab 41:
“1. Dan di hujung berlalunya dua tahun yang lengkap, maka Firaun telah bermimpi: dan, Saksikanlah dia berdiri ditepian sungai…..[….] 8. Dan telah berlalu ketika siangnya, jiwanya terganggu; dan dia memanggil semua ahli nujum di Mesir dan semua para cendikiawan: dan Firaun memberitahu mereka akan mimpinya; tetapi tiada sesiapa yang mampu mentafsirkan mimpi itu kepada Firaun”
….sehingga Firaun memanggil Yusuf di atas nasihat rakan penjara Yusuf. Dan Tuhan menjadikan mimpi ini sebab yang menzahirkan ajaran Yusuf dan dia adalah lebih tinggi dari semua ahli nujum dan cendikiawan. Kerana dia telah menafsirkan mimpi Firaun dan dengan itu membuktikan bahawa dia adalah utusan Tuhan. Ilmunya menjadi bukti hubungan beliau dengan Tuhan:
“15. Dan Firaun berkata kepada Yusuf, saya telah bermimpi suatu mimpi dan tiada sesiapa dapat mentafsirkannya: dan saya telah mendengar tentang kamu, yang kamu mampu memahami mimpi dan menafsirkannya. 16. Dan Yusuf menjawab kepada Firaun, dengan berkata, Ia bukanlah pada saya: Tuhan akan memberikan Firaun jawapan yang menenangkan”.-(Kitab Genesis , Kapitel 41)
Lalu Yusuf (a.s) menyambung dengan hujah-hujahnya dan membuktikan bahawa ilmu yang Tuhan telah anugerahkan kepadanya tidak hanya meliputi pentafsiran mimpi tetapi meliputi ilmu politik; dan pentadbiran.
“33. Oleh itu, sekarang biarkanlah Firaun mendapatkan seorang lelaki yang berwaspada dan bijaksana; dan biarlah dia mentadbir bumi Mesir”-(1. Kitab Musa (Genesis), Kapitel 41)
Dan Nabi Daniel (a.s) membuktikan kebenarannya melalui ilmunya yang mengagumkan para ulama dan penjaga agama pada eranya
Nabi Daniel (a.s) telah mentafsirkan mimpi Nebuchadnezzar.
Tuhan telah memberikan Raja Iraq suatu mimpi, supaya dia dapat mengetahui ilmu Nabi Daniel (a.s) and dia akan sedar bahawa Nabi Daniel (a.s) sedang berhubungan dengan Tuhan. Raja Nebuchadnezzar telah melihat suatu imej yang dahsyat, sebuah batu yang dipotong dari gunung tanpa menggunakan tangan telah memusnahkan imej itu dan batu itu membesar; dan memenuhi seluruh bumi – Batu itu dikatakan akan akhirnya menjadi kerajaan Tuhan.
“1. Dan pada tahun kedua pemerintahan Nebuchadnezzar, Nebuchadnezzar telah bermimpi beberapa mimpi, yang dengan itu jiwanya bermasalah dan dia tidak dapat lena tidur. 2. Lalu raja memanggil para ahli nujum, para astrologi dan para ahli sihir; dan para cendikiawan, supaya mereka menafsirkan mimpi-mimpi raja. Maka mereka hadir dan duduk di hadapan raja”.-(Kitab Daniel, Bab 2)
Dan tiada seorang pun dari kalangan cendikiawan dan mereka yang bijaksana mampu mentafsirkan atau menjelaskan maksud mimpi-mimpi itu.
“12. Kerana sebab itu raja menjadi marah dan mengamuk; dan mengarahkan agar kesemua cendikiawan Babylon dimusnahkan. 13. Dan titah dikeluarkan agar para cedikiawan itu dibunuh; dan mereka mendapatkan Daniel dan pengikutnya sebelum mereka dibunuh”
Sehinggalah Daniel (a.s) tiba dan membawa bersama ilmunya; dan menunjukkan, bahawa itu adalah mimpi dari inspirasi Ilahi; dan ilmunya terhadap mimpi itu adalah inspirasi dari Ilahi. Dan dengan memiliki ilmu ini adalah bukti ke atas hubungan Daniel (a.s) dengan Tuhan dan dia telah diutus oleh-Nya. Dan raja Iraq telah mengakuinya:
“27. Daniel menjawab ketika raja hadir, dan berkata, rahsia yang raja minta dari para cendikiawan, para astrologi, para ahli nujum; dan para peramal tidak akan dapat diberikan mereka; Tetapi ada satu Tuhan di langit yang membongkarkan rahsia-rahsia. Dan menjadikan raja Nebuchadnezzar tahu apa yang akan terjadi pada hari-hari mendatang. Mimpi kamu dan apa yang kamu lihat yang bermain di kepala kamu, adalah; [….]
45.…. Tuhan yang Agung telah membuatkan raja tahu apa yang akan berjadi: dan mimpi itu adalah pasti dan pentafsirannya adalah juga tepat. 46. Lalu raja Nebuchadnezzar merasa malu, dan memuji Daniel; dan mengarahkan agar majlis dianjurkan; dan hadiah istimewa diberikan kepada dia. 47. Raja menjawab kepada Daniel dan berkata, Ada benar, bahawa tuhan kamu adalah Tuhan kepada tuhan-tuhan; dan tuanku kepada raja-raja; dan pembongkar rahsia-rahsia, apabila aku melihat kamu mampu membongkar rahsia ini”
Isa (a.s) menzahirkan ilmu dan hikmahnya sebagai bukti kebenarannya.
Isa (a.s) berdebat dengan penentangnya, menjawab soalan-soalan dan lulus segala ujian dari mereka. Dan berikut adalah salah satu petikan dari Injil:
“53. Dan telah berlalu, bahawa ketika Isa telah memberikan pengajaran-pengajaran, dia meninggalkan tempat itu.
54. Dan ketika dia tiba ke negaranya, dia telah mengajarkan kepada mereka di rumah ibadat mereka, sehingga mereka terkagum dan berkata, dari mana datangnya ilmu kebijaksanaan pada lelaki ini; dan amalan-amalan yang hebat ini?”.-(Kitab Matthew, Bab 13)
“21. Dan mereka pergi ke Capernaum dan terus pada Hari Sabbath; dan dia memasuki rumah ibadah; dan mengajar”. -(Kitab Mark, Bab 1)
“1. Dan dia bangkit dari tempat itu dan pergi ke persisiran Judaea di sebelah yang jauh di Jordan: dan orang ramai pergi kepadanya; yang sebelumnya tidak, dia telah ulangi mengajar mereka. 2. Dan Pharissees (pegawai penguatkuasa agama) telah menemuinya dan bertanya kepadanya, Apakah dibenarkan seorang lelaki …… 3. Dan dia menjawab…..”.-(Kitab Mark, Bab 10)
Isa (a.s) juga telah membuktikan bahawa ilmu pengetahuan adalah bukti bebas yang membimbing dari Nabi (a.s). Dia (a.s) menambah bahawa sesuatu mukjizat itu boleh berbeza di antara Nabi ke Nabi dan tidak akan berlaku mengikut sangkaan manusia”
“14. Dan Isa kembali di dalam kekuasaan ruh ke Galilea: dan lahir kemahsyuran ke atasnya di seluruh daerah. […]
22. Dan kesemua bersaksi dan terpesona kepada ucapan-ucapannya yang penuh belas kasihan yang keluar dari mulutnya. Dan mereka berkata. Apakah dia anak lelaki Yusuf?. 23. Dan dia berkata kepada mereka, Kalian pasti akan berkata kepadaku ungkapan ini, Tabib, sembuhkanlah dirimu: apa sahaja yang telah kita dengar dilakukan di Capernaum, laksanakanlah juga di sini Negara kalian. 24. Dan dia berkata, Sesungguhnya aku berkata kepada kalian, Tiada Nabi diterima di negaranya sendiri. 25. Tetapi aku katakana dengan benar kepada kalian, ramai balu di Israil ketika hari-hari Elias, ketika langit ditutup selama tiga tahun dan enam bulan, ketika kebuluran yang dahsyat berlaku di seluruh negara; 26. Tetapi tiada tempat Elias diutus, melainkan Sarepta, kepada seorang wanita berstatus balu. 27. Dan ramai pesakit kusta di Israil ketika masa Nabi Eliseus; dan tiada mereka yang disembuhkan, melainkan Naaman dari Syria. 28. Dan mereka semua di rumah ibadat, ketika mereka dengar semua ini, dipenuhi dengan kemurkaaan, 29. Dan bangkit dan mengheret dia keluar dari bandar; dan membawa dia di kening bukit di mana bandar mereka dibina, supaya mereka dengan segera dapat mencampak dia ke bawah dari bukit. 30. Tetapi melalui kabus dia pergi dari mereka, 31. Dan pergi ke Capernaium, sebuah bandar di Galilea dan mengajar mereka pada hari-hari Sabbath. 32. Dan mereka telah terkagum dengan dokrinnya: kerana ucapannya adalah bersama kekuasaan”.-(Kitab Luke, Bab 4)
Seruan kepada Kedaulatan Tuhan
Musa (a.s) telah membina kedaulatan Allah di kalangan Bani Israil
Musa (a.s) telah berhijrah bersama mereka yang beriman kepadanya dan menerimanya dari bumi penzalim, supaya Kedaulatan Tuhan dapat dibina di tempat lain:
“15. Pergilah kamu kepada Firaun di siang hari;…. 16. Dan katakanlah kamu kepadanya, Tuanku Tuhan kepada bangsa Hebrew telah mengutusku kepadamu, katakanlah, Bebaskanlah kaumku, agar mereka dapat berkhidmat kepadaku di dalam perantauan: dan, ingatlah, sehingga kini kamu masih tidak mau mendengar”.-(2. Kitab Musa (Exodus), Bab 7)
Dan ungkapan “agar mereka dapat berkhidmat kepadaku” bermaksud: Agar mereka mentaati dan mencontohi dia – seseorang yang melaksanakan Kedaulatan Allah. Kerana tanggungjawab ibadah seperti solat dan berpuasa; dan sepertinya tidak memerlukan penghijrahan manusia, kerana ibadah-ibadah itu boleh dilaksanakan di mana sahaja.
Dan Yusuf (a.s) pernah melaksanakan tanggungjawab keagamaannya bersama-sama dengan keluarga Yaaqob (a.s) di Mesir. Dan juga bersama mereka yang beriman dari kalangan Bani Israil,di kalangan mereka Musa (a.s) dan Harun (a.s), melaksanakan solat mereka dan melaksanakan tanggungjawab keagamaan mereka di Mesir selama betahun-tahun sebelum Exodus (penghijrahan Bani Israil dari bumi Mesir).
Maka adalah jelas bahawa, apa yang diminta oleh Musa (a.s) yang taat ialah penubuhan Kedaulatan Tuhan dan di dalam 2. Kitab Musa (Exodus), Bab 19, kita menemukan lebih banyak bukti bahawa matlamat Exodus (penghijrahan Bani Israil dari bumi Mesir) adalah demi penubuhan Kedaulatan Tuhan:
“1. Pada bulan ketiga, ketika Bani Israil telah keluar dari bumi Mesir, pada hari yang sama mereka tiba ke belantara Sinai. […] 3. Dan Musa naik kepada Tuhan dan Tuhan memanggil kepadanya dari gunung, dengan berkata, Maka katakanlah kamu kepada kaum Yaaqub dan beritahu Bani Israil; Kalian telah menyaksikan apa yang telah aku lakukan kepada kaum Mesir; dan menjaga; dan membawa kalian kepadaku. Oleh itu sekarang, jika kalian taat kepadaku dan setia kepada perjanjianku, maka kalian akan menjadi harta yang bernilai kepadaku dari manusia lain: kerana seluruh bumi adalah milikku: 6.Dan kalian akan menjadi untukku kerajaan ahli ibadah dan bangsa yang suci. Inilah ayat-ayat yang kalian akan ucapkan kepada Bani Israil”
Musa (a.s) mengarahkan penubuhan Kedaulatan Tuhan.
Pada hari-hari akhir Musa (a.s), beliau (a.s) dengan jelasnya menegaskan kepada kaumnya bahawa perundangan dan pemerintahan adalah di dalam kekuasaan Tuhan; dan Tuhan sahaja berhak melantik hakim, pemerintah; dan kerajaan:
“8. Jika berbangkit perkara yang terlalu sukar untuk kalian hukumkan, di antara darah dan darah, di antara rayuan; dan rayuan; dan di antara pukulan; dan pukulan, menjadi perkara kontroversi pada kalian: maka bangunlah kalian; dan pergilah ke tempat di mana Tuanku Tuhan kalian akan memilih; 9. Dan kalian temui ahli ibadah dari keluarga Levi dan kepada hakim pada masa itu; dan bertanya; dan mereka akan tunjukkan kepada kalian; dan kalian mesti melaksanakan mengikut apa yang mereka beritahu kalian: 11. Berdasarkan perundangan yang mereka akan ajari kalian dan berdasarkan penghukuman yang mereka maklumkan kepada kalian, kalian mesti laksanakan: Kalian tidak boleh menolak apa yang mereka arahkan, ke tangan kanan, tidak juga ke kiri. 12. Dan sesiapa yang mengabaikan dan tidak menghormati ahli ibadah ini yang sedia mentadbir di sana di dalam penyaksian Tuhan kalian, atau terhadap hakim, jika pun dia mati; dan kalian jauhkan kejahatan ini dari Israil. 13. Dan semua manusia akan mendengar, dan takut; dan tidak akan mengabaikan lagi. 14. Dan jika kalian tiba di tanah yang Tuhan kalian telah berikan kepada kalian dan memilikinya; dan kalian menetap di sana; dan kalian berkata, kami akan melantik raja ke atas kami, seperti yang dilakukan bangsa lain; 15. Kalian hendaklah mengangkat raja ke atas kalian, dia yang Tuanku Tuhan kalian akan pilih: salah seorang dari kalian akan kalian angkat sebagai raja ke atas kalian: kalian tidak boleh mengangkat orang asing ke atas kalian, yang bukan saudara kalian”.-(5. Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 17)
Musa (a.s) memerintahkan kaumnya dan mereka yang beriman untuk merujuk kepada hakim dan ahli ibadah yang dilantik oleh Tuhan untuk mendapatkan keputusan hukum; dan perlaksanaan hukum Ilahi. Dan hakim yang dimaksudkan di sini adalah sama ada salah seorang Nabi yang dilantik Tuhan atau hakim yang dilantik oleh para Nabi – dan bukan hakim yang melantik diri mereka sendiri, atau dipilih oleh rakyat, yang diketahui sebagai korup dan zalim. Dan disebabkan inilah beliau (a.s) berkata “Dan kalian temui ahli ibadah dari keluarga Levi dan kepada hakim pada masa itu”. Dan beliau (a.s) merujuk kepada mereka yang Tuhan akan utuskan dan lantik pada setiap masa”
“18. Dan ketika Tuhan mengangkat mereka sebagai hakim, lalu Tuhan bersama hakim, dan menyelamatkan mereka dari tangan-tangan musuh mereka pada setiap masa mereka….”-(Para Hakim, Bab 2)
Musa (a.s) sebelumnya telah menjelaskan melalui perundangannya bahawa sesorang raja itu mestilah dilantik sendiri oleh Tuhan:
“15. Kalian hendaklah dengan bijak mengangkat ke atas kalian, sesiapa yang Tuhan kamu pilih: seorang saudara dari kalian akan kalian angkat sebagai raja ke atas kalian…”.-(5. Kitab Musa (Deuteronomy), Bab 17)
Yusha’ (a.s) menyeru kepada Kedaulatan Tuhan Yusha’ (a.s) adalah penganti kepada Musa (a.s) yang menyeru kaumnya kepada Tuhan dan mengingatkan mereka bahawa adalah kewajiban mereka untuk mentaati beliau (a.s), kerana beliau (a.s) telah dilantik oleh Tuhan melalui Musa (a.s). Tambahan lagi, beliau mengingatkan mereka bahawa beliau (a.s) bertanggungjawab terhadap syariat Tuhan di bumi dan terhadap perlaksanaan perintah-perintah Tuhan. Dan kaumnya mengakui ini:
“1. Setelah kewafatan Musa hamba Tuhan berlalu, Tuhan berkata kepada Yusha’ anak Nun, pembantu Musa, degan berkata, […] 10. Lalu Yusha’ mengarahkan pegawai-pegawai kaumnya, dengan berkata, […] 12. Dan kepada suku Reubenite dan kepada suku Gadite; dan sebahagian suku Manasseh, berkata Yusha’, […] 13. Ingatlah ucapan dari Musa hamba Tuhan yang mengarahkan kalian, dengan ucapan, Tuanku Tuhan kalian telah memberikan kalian rehat dan telah memberikan kalian tanah ini. […] 16. Dan mereka menjawab kepada Yusha’, dengan berkata, Segala yang kamu perintahkan kami akan kami laksanakan, dan ke mana sahaja kamu hantar kami, akan kami pergi. 17. Sebagaimana kami mentaati Musa di dalam segala perkara, kami akan taat kepada kamu: hanya Tuanku Tuhan bersama kamu, sebagaimana Dia telah bersama Musa. 18. Sesiapa sahaja yang menentang perintah kamu dan tidak taat kepada ucapan kamu di dalam segala yang kamu arahkan kepadanya, dia akan dibunuh: hanya kukuhkan dan semangat yang baik”.-(Kitab Yusha’, Bab 1)
Khabar gembira penubuhan Kedaulatan Tuhan di mukabumi di akhir zaman
Para Nabi (a.s) dan Rasul (a.s) telah memberikan khabar gembira iaitu Kedaulatan Tuhan akan ditubuhkan di seluruh bumi dan Kerajaan Ilahi yang Adil di akhir zaman akan ditubuhkan.
Dan mereka (a.s) telah dengan jelasnya memberitahu bahawa orang yang akan menubuhkan semua ini adalah Sang Penyelamat, Sang Pembalas. Dan kitab Taurat dipenuhi dengan teks yang membuktikan ini. Seterusnya, kami ingin membicarakan sebahagian darinya, di mana kami mendapati ucapan-ucapan para Nabi (a.s) mengesahkan kebenaran Imam Ahmad Al-Hassan (a.s).
Beberapa contoh dari Kitab Perjanjian Baru:
Yahya (a.s) meramalkan penubuhan Kedaulatan Tuhan di mukabumi pada akhir zaman:
“1.Pada hari-hari itu hadirlah Yahya, berkhutbah di belantara Judea, 2.Dan berkata, Bertaubatlah kalian: kerana kerajaan langit sudah di tangan. 3.Kerana dia adalah yang disebut oleh Nabi Esaias, yang berkata, Suara satu tangisan di belantara, Bersedialah kalian pada jalan Tuhan, jadikan laluannya lurus”.-(Kitab Matthew, Bab 3)
Dan setelah Yahya (a.s), Isa (a.s) turut memberikan khabar gembira penubuhan Kedaulatan Tuhan di mukabumi:
“17. Dari saat Isa mula berkhutbah dan berkata, Bertaubatlah: kerana kerajaan langit sudah di tangan. […] 23. Dan Isa pergi sekitar Galilea, mengajar di rumah-rumah ibadat mereka dan berkhutbah ajaran kerajaan langit; dan menyembuhkan semua pesakit; dan semua penyakit di kalangan kaumnya”.-(Kitab Matthew, Bab 14)
Dan Isa (a.s) memerintahkan pengikutnya dan mereka yang beriman dengannya selepas kewafatannya agar berdoa akan penubuhan Kedaulatan Tuhan di mukabumi:
“9. Setelah itu maka berdoalah kalian: Wahai Ayah di langit, Maha Sucilah Nama Mu”.-(Kitab Matthew, Bab 6)
Dan setelah Isa (a.s) mengkhabarkan berita gembira mendatangnya penubuhan Kerajaan Ilahi yang Adil, khabar ini disampaikan terus oleh para utusan beliau (a.s) setelah beliau (a.s) diangkat ke langit.
“5.“Dua belas orang yang Isa utus dan arahkan mereka, dengan berkata, jangan ikuti jalan Gentiles (mereka yang bukan Yahudi); dan jangan memasuki kota Samaritans: 6.Tetapi pergilah kepada domba yang sesat dari kaum Israil”.- (Kitab Mathew, Bab 10)
Dan kami akan tumpukan diri kami kepada petikan-petikan ini. Tetapi semuanya amat banyak dan sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut bolehlah merujuk kepada kitab Injil; dan kitab Taurat.
Rumusan
“Peraturan Mengenal Wakil Tuhan (Hujjah Tuhan)” sudah ditetapkan di dalam Al- Quran, Injil dan Taurat dan tambahan lagi ia amat jelas kepada mereka yang memahami.
Bagaimana seseorang mengenali “Pemilik Urusan” – Al-Qaim?
Al-Harith ibn Al-Mugheera berkata kepada Aba Abdillah (Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s)): “Bagaimana kami boleh mengetahui berkaitan Sahib Al-Amr (Pemilik Urusan)?”. Beliau (a.s) berkata: “Ketenangan, maruah, ilmu, dan wasiat”.-(Basaer Al-Darajat Muhammad ibn Al-Hassan Al-Safar)
Aba Abdillah (Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s)) berkata: “Pemilik Urusan akan dikenali dengan tiga kualiti yang tidak akan diberikan melainkan kepadanya sahaja. Dia adalah yang pertama sebelum sesiapapun (untuk memiliki tiga kualiti ini), dia adalah penganti dan dia mempunyai senjata Rasulullah SAWAS yang mulia dan wasiat Baginda SAWAS; dan ini adalah sesuatu yang aku tidak pisahkan diriku darinya”.-(Basaer Al-Darajat Muhammad ibn Al-Hassan Al-Safar, ms.202)
Segala puji-pujian adalah milik Allah Tuhan semesta alam.