Friday, 1 September 2017
Dari ‘Facebook’ seorang Ansariah
Dari Facebook Norhan Alquesh
Saya terbaca satu komen seorang lelaki yang menyatakan:
“Kalian berada di atas kebatilan, apakah bukti atau dalil kalian bahawa Abdullah Hashem sebelum kelahiran ini- adalah inkarnasi Yusuf (a.s) atau Nabi Idris (a.s) atau…atau…” dan meminta dalil/bukti yang kukuh berkenaan hal ini.
Saya ingin bertanya beberapa soalan kepada lelaki yang membuat komen tersebut:
Wahai kamu yang ragu-ragu, apakah yang membuat kamu percaya kepada Imam Ali (a.s) apabila Beliau (a.s) berkata bahawa beliau adalah Adam pertama dan Nuh pertama?
Mengikut cara kamu berfikir, saya ingin bertanya apakah bukti atau dalil kamu berkenaan kata-kata Imam Ali (a.s) ini:
“…aku adalah yang terbaik dari nama-nama Allah yang diperintahkan supaya diseru dengannya (berdoa), aku adalah cahaya di mana petunjuk diambil daripadanya, akulah pemilik Sangkakala, aku mempunyai pelbagai-bagai rupa, akulah yang mengeluarkan mereka dari kubur. Aku adalah pemilik hari Kebangkitan, aku adalah sahabat Nuh dan penyelamatnya, aku adalah sahabat Ayub yang diuji dan akulah penyembuhnya. Akulah yang mendirikan langit-langit dengan perintah Tuhanku, aku adalah sahabat Ibrahim…”
Juga, apakah dalil dan bukti yang Imam Ali (a.s) berikan kepada kamu apabila beliau (a.s) berkata bahawa beliau (a.s) yang berkata-kata dengan Nabi Musa (a.s)?.
Sedangkan Al-Quran berkata bahawa Nabi Musa (a.s) berkata-kata dengan Allah?
Kami dan kalian semua beriman dengan setiap kata-kata Imam Ali (a.s), walaupun beliau (a.s) tidak menyatakan atau memberikan sebarang dalil yang dapat membuktikan setiap kata-katanya.
Jadi, sebab kenapa kami percaya dan beriman dengan setiap ucapan Imam Ali (a.s) adalah kerana imamahnya telah dibuktikan dengan nash; dan dalil yang cukup kepada kami; dan kepada kamu; dan dari itu kami menerima; dan beriman dengan setiap kata-kata beliau (a.s), sekalipun kami tidak memahaminya.
Dan ini adalah jalan Nabi Muhammad SAW dan Ahlulbait Baginda (a.s), iaitu penyerahan atau tunduk kepada Al-Hujjah selepas mengenalinya.
Jika kamu berada di zaman Nabi Allah Imran (a.s), adakah kamu menolak untuk beriman dengannya kerana beliau (a.s) menjanjikan anak lelaki kepada kaumnya, sedangkan yang lahir dari adalah anak perempuan, iaitu Mariam (a.s)?!.
Atau kamu akan kekal beriman kepadanya dan yakin bahawa ada hikmah dari Allah SWT dan adakalanya kata-kata nabi-Nya tidak mampu untuk kita fahami?.
Jika kamu berada di zaman Nabi Allah Musa (a.s), apakah kamu akan berada di kalangan penyembah anak lembu (Al-Ijil) kerana Nabi Musa (a.s) berjanji untuk pergi selama 30 hari namun apa yang berlaku adalah 40 hari?. Atau kamu tetap yakin dengan Kerasulan Musa (a.s) dan beliau (a.s) adalah Al-Hujjah, tidak kira sebarang Shubhah (keraguan) yang terjadi?!.
Jika kamu berada di zaman Rasulullah Muhammad SAW, apakah kamu akan beriman dengan Peristiwa Isra’ dan Mikraj yang berlaku kepada Nabi Muhammad SAW, walaupun Baginda SAW tidak memberikan sebarang bukti bahawa Baginda SAW dibawa dari Masjid Al-Haram ke Masjid Al-Aqsa dan kemudiannya di angkat ke langit?! .
Soalan Terakhir:
Jika kamu berada di zaman Nabi Muhammad SAW dan kamu solat bersama Baginda SAW SELAMA LEBIH DARI 10 TAHUN dengan menghadapkan wajah kamu ke Baitul Maqaddis…kemudian pada satu hari kamu bangun dari tidur dan mendapati bahawa Rasulullah SAW berkata bahawa Qiblat telah bertukar kepada Kaabah dan bukan lagi Baitul Maqaddis…
Adakah kamu akan menjadi salah seorang yang menerima dan taat kepada arahan Nabi SAW?.
Atau kamu akan menjadi salah seorang yang ragu-ragu dengan Kerasulan Nabi Muhammad SAW dan berkata jika benar Baginda SAW seorang Nabi, sudah pastilah Baginda SAW akan tahu arah Qiblat sebenar bermula dari awal lagi!.
Jika kamu mengatakan bahawa kamu akan berada di kalangan yang segera taat kepada Nabi SAW, maka apakah sebabnya yang membuatkan kamu menerima dan taat?.
Bukankah sebab yang membuat kamu taat adalah dalil dan telah terbukti bahawa Nabi Muhammad SAW adalah seorang Rasul; dan Baginda SAW adalah Hujjah ke atas kamu dari Allah SWT?.
Begitulah juga yang berlaku di dalam urusan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) dan ‘pintu’nya atau khalifahnya, Aba Al-Sadiq Abdullah Hashem (a.s).
Jika telah cukup dalil dan terbukti kepada kamu bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah benar-benar seorang Imam dan beliau adalah Al-Hujjah, yang mana ketaatan kepadanya adalah diwajibkan; dan bahawa beliau (a.s) adalah ketua kepada Panji Hitam dari Timur yang dirahmati, maka apa sahaja kata-kata beliau (a.s) adalah nash kepada kamu tanpa meminta sebarang bukti..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment