Thursday, 24 August 2017

Kuliah Dr Ali Al-Ghurayfi di dalam ‘Paltalk’: “Minda dan Kepatuhan”





​Apa yang Isa (a.s) katakan?


Beliau (a.s) berkata:

“Tidak ada (seorangpun) yang masuk ke dalam Kerajaan Tuhan kecuali seorang yang seperti kanak-kanak”.


Semoga rahmat Allah dilimpahkan ke atas orang yang menarik perhatianku kepada perkara ini.


“Kecuali seorang yang seperti kanak-kanak”

Apakah maksud “kanak-kanak” ?


Kanak-kanak adalah seorang yang mudah menerima sesuatu.

Jika kamu mengatakan kepadanya bahawa api akan membakar, dia akan menyentuhnya.

Jika dia membenci (sesuatu), dia akan memaafkannya dengan cepat, dan jika dia menyukai sesuatu, dia akan menyukainya dengan cepat.


Dan beliau (a.s) berkata: “Tidak ada (seorang pun) yang masuk ke dalam Kerajaan Tuhan”, tidak ada seorang pun yang masuk ke dalam Seruan Dakwah ini, dan kekal setia di dalamnya, kecuali seorang yang seperti kanak-kanak.


Barangsiapa yang ingin meneruskan, bersama dengan Utusan Allah, bersama Wali Allah yang agung, haruslah menghapuskan keseluruhan mindanya (yang ada sebelumnya) berkaitan apa yang datang kepadanya dari orang ini (Imam (a.s)).


Dia harus membuang seluruh sifatnya (karakternya), mengosongkan cawannya dan memulakan yang baru, seumpama kanak-kanak yang merangkak di tanah (bumi).

No comments:

Post a Comment