Aku menasihati kalian dan memberi peringatan kepada kalian dan membuka lembaran Al-Hussein (a.s) sebagai pintu kepada nasihat, mungkin dikalangan kalian ada yang waras; dan akan kembali kepada akal sehatnya; dan memyelamatkan dirinya dari keburukan di dalam jurang neraka.
Al-Hussein (a.s) adalah korban demi singgahsana Allah SWT dan agama Ilahi tidak akan mempunyai jalan terang; dan tidak akan melahirkan Kerajaan Keadilan Ilahi di akhir zaman seandainya bukan kerana darah Al-Hussein (a.s). Imam Al-Hussein (a.s) menunjukkan kepada kita bahawa agama Ilahi tidak dapat di tegakkan/diluruskan kecuali dengan darah sucinya.
Maka jika tidak kerana darah Al-Hussein (a.s) ditumpahkan di Padang Karbala, segala usaha para Nabi dan para Rasul akan menjadi sia-sia dan (juga) usaha Nabi Muhammad SAW; dan Ali (a.s); dan Fatimah (a.s); dan Al-Hassan (a.s). Dan para Imam dari keturunan Al-Hussein (a.s) tidak akan mampu untuk menegakkan peraturan agama Ilahi, ketaatan Ilahi dan ketuanan Allah SWT.
Dan barangsiapa yang mencuba menjadikan Al-Hussein (a.s) hanya sekadar seorang Imam yang terbunuh dengan tujuan untuk ditangisi oleh manusia, maka dia adalah bersama (bersekongkol) di dalam penumpahan darah Al-Hussein (a.s) dan dia adalah dari kalangan mereka yang cuba membunuh Al-Hussein (a.s) di zaman ini…
Di Karbala, Al-Hussein (a.s) berhadapan dengan Syaitan (semoga Allah melaknatnya) dan segala simbol kejahatannya.
Al-Hussein (a.s) berhadapan dengan penguasa yang mendominasi Umat Islam dan melanggar ketuanan Allah SWT; dan Al-Hussein (a.s) berhadapan dengan ulama-ulama yang tidak beramal (ulama jahat), Shuraih Al-Qathi, Shabth bin Rabie, Shimr bin Thi Al-Jawshan dan orang-orang seperti mereka. Dan mereka adalah mata rantai yang paling merbahaya di dalam rantaian konfrontasi, kerana mereka secara zalim dan palsu memakai pakaian agama; dan memperdayakan umat yang menyangka bahawa mereka memakai pedang Nabi Muhammad SAW melawan Al-Hussein (a.s); dan mereka mendakwa bahawa mereka mewakili agama Ilahi, dengan berdusta terhadap Allah SWT.
Dan Ahlul Bait (a.s) berkata tentang mereka iaitu bahawa mereka menghunus pedang Nabi SAW dengan tangan kanan mereka dan menggunakannya untuk melawan baginda SAW.
Dan di Karbala, Al-Hussein (a.s) berhadapan dengan dunia ini dan segala hiasannya; dan tiada yang sanggup melepaskannya (dunia); dan tiada yang menyertai kafilah Al-Hussein; dan para Nabi; dan para Rasul; dan kafilah kebenaran; dan cahaya kecuali hanya sedikit yang memenuhi janjinya kepada Allah SWT.
Dan di Karbala, Al-Hussein (a.s) berhadapan melawan “ego(aku)”. Dan pahlawan di dalam konfrontasi ini selepas Al-Hussein (a.s) dan yang terbaik dari kalangan mereka menghadapi huru-hara ini adalah Al-Abbas bin Ali (a.s), yang melempar kantong air dan membacakan ayat Al-Quran, -﴾namun [mereka] mengutamakan (yang lain) lebih dari diri mereka sendiri, walaupun mereka berada didalam kesempitan﴿-
(Surah Al-Hashr, ayat 9)
Apakah dia -mengutamakan yang lain dari diri mereka sendiri- yang dinyatakan itu?!!
Dan apakah ia -mengutamakan- atau perkara yang kata-kata tidak dapat mengambarkannya?
Dan di Karbala, Al-Hussein (a.s) berhadapan dengan Iblis (semoga laknat Allah ke atasnya), musuh berbuyutan kepada anak Adam, yang berjanji untuk menyesatkan mereka dari jalan lurus dan melemparkan mereka ke jurang api neraka. Dan Al-Hussein (a.s) dan para sahabatnya (a.s) beroleh kejayaan di dalam konfrontasi ini.
Manakala bagi pemerintah yang menindas, Al-Hussein (a.s) membunuh mereka dan memperjelaskan ketidaksahan ketuanan manusia di dalam segala bentuknya, sama ada dengan syura dikalangan mereka (pengundian) ataupun dengan pelantikkan oleh manusia. Dan Al-Hussein (a.s) memperjelaskan kepada kita bahawa ketuanan hanya milik Allah SWT kerana Dia ialah Pemilik kekuasaan/kerajaan, maka Dia boleh melantik dan manusia wajib menerima perlantikkan-Nya. Dan barangsiapa yang menolak lantikan-Nya maka dia terkeluar dari menyembah-Nya sepertimana yang berlaku kepada Iblis (semoga laknat Allah ke atasnya), apabila ia menolak perlantikkan Adam (a.s) sebagai khalifah Allah di bumi-Nya dan menolak untuk mematuhinya; dan tunduk kepadanya (Adam (a.s)). Maka jangan biarkan Iblis menarik kalian ke dalam seruannya dan jangan dijangkiti dengan wabaknya.
Allah SWT berfirman: -﴾”Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan!. Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Di dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”﴿-
(Surah Ali-Imran, ayat 26)
Manakala bagi ulama-ulama tidak beramal, Al-Hussein (a.s) telah mendedahkan (keburukan) mereka dan menanggalkan topeng kesolehan palsu dari wajah kotor; dan gelap mereka; dan pendirian Al-Hussein (a.s) di Karbala kekal menjadi neraca keadilan, kebenaran; dan mentauhidkan Allah SWT, menjadi panduan; dan ikutan bagi sesiapa yang ingin mencontohinya di sepanjang zaman, sebagai cerminan wajah buruk ulama-ulama tidak beramal yang menyesatkan manusia dengan berselindung disebalik topeng kesolehan palsu.
Dan manakala bagi dunia ini, Al-Hussein (a.s) dan para sahabatnya melepaskannya; dan berjalan dengan kafilah kebenaran menuju cahaya Ilahi; dan ini merupakan neraca kedua yang di tegakkan oleh Al-Hussein (a.s) dengan darah sucinya, dengan tindakannya; dan bukannya hanya dengan kata-kata. Jadi beliau (a.s) menunjukkan kepada kita, dengan tindakannya, bahawa dunia ini dan akhirat adalah dua ‘musuh’ yang sekali-kali tidak akan berkumpul bersama di dalam hati seseorang. Jadi, jika salah satu darinya masuk ke dalam hati seseorang itu, maka yang satu lagi akan berlalu pergi darinya. Dan jika seseorang itu berjalan menuju ke salah satu darinya, maka (pada masa yang sama) ia berjalan meninggalkan yang satu lagi.