Sunday, 16 April 2017

Petikan dari Khutbah untuk pelajar Hauzah oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)





Berbahagialah ke atas mereka yang membunuh diri mereka di antara tangan Tuhan. Berbahagialah mereka yang dapat menempuhi ujian yang sukar ini. Berbahagialah jika mereka yang tidak tersandung keranaku.

Berbahagialah mereka yang pelik dan gila dipandangan manusia di bumi; dan waras pada pandangan penghuni langit. Dan aku,(aku berlindung dari sifat keakuanku) seorang hamba yang miskin ditangan Tuhan-Nya, aku menyeru setiap orang yang waras yang mencari akan kebenaran supaya membawa kapak seperti Nabi Ibrahim (a.s) lakukan dan memusnahkan semua berhala yang di sembah tanpa Allah termasuklah yang berada di dalam dirinya sendiri iaitu keakuan (ego); dan untuk selalu mengingati Allah SWT; dan ketahuilah betapa kerap pun kamu mengingati-Nya, kamu tidak akan terlepas dengan kecuaian sehinggalah kamu menyokong penyokong Allah; dan menjadi orang yang sujud serta kurangkanlah pertimbanganmu kepada dunia ini; dan ketahuilah betapa kamu menahankan diri darinya, kamu tetap sentiasa bernafsu untuk itu, sehinggalah kamu melepasi ujian yang sukar ini; dan membebaskan leher kamu daripada api dari dunia ini; dan juga di akhirat kelak, {Di dalam pada itu manusia tidak melepasi saat yang sukar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui jalan untuk melepasi saat yang sukar?}
(Surah Al-Balad 90: 11-12.)

Obban bin Taghlub berkata, "Aku bertanya kepada Imam Abdullah (a.s), "semoga jiwaku menjadi tebusanmu, [apakah makna Firman Allah] {Di dalam pada itu manusia tidak melepasi saat yang sukar}?.

Beliau (a.s) menjawab, "mereka yang dirahmati Allah dengan memberi taat setia kepada kami berjaya melepasi saat yang sukar dan kami adalah yang dimaksudkan dengan saat yang sukar; dan sesiapa yang melepasinya selamat" kemudian beliau terdiam seketika; dan berkata kepadaku, "patutkah aku memberitahumu kata-kata yang lebih baik untukmu dibandingkan dengan seisi dunia ini?".

Aku menjawab, "Ya, semoga jiwaku menjadi tebusanmu".

Beliau (a.s) menjawab, "berkenaan dengan firman Allah, {Di antara amal-amal itu - bagi orang yang mampu) ialah: memerdekakan hamba abdi} (Surah Al-Balad 90: 13.), manusia merupakan hamba kepada neraka kecuali bagi kamu dan pengikutmu, sesungguhnya Allah telah membebaskan kamu daripada api neraka kerana memberikan taat setia kepada kami, Ahlulbait".
(Al-Kafi, Vol. 1.)

Dan Nabi Isa (a.s) berkata ["berbahagialah jika dia tidak tersandung oleh keranaku"]
(Matthew 11: 6.)

Korbankanlah diri kepada Tuhan-Mu supaya kamu menjadi pemenang untuk hari ini dan juga esok dengan segelas air yang mana kamu tidak akan berasa dahaga lagi setelah kamu meminumnya {Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu Al-Kauthar. Olehitu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhan-Mu semata-mata dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur)._*
(Surah Al-Kauthar 108: 1-2.)

Imam Ar-Ridha (a.s) berkata,《"aku mendengar ayahku Musa bin Jaafar berkata, 'aku mendengar ayahku Jaafar bin Muhammad berkata, "aku mendengar ayahku Muhammad bin Ali berkata, 'aku mendengar ayahku Ali bin Al-Hussein berkata, "aku mendengar ayahku Al-Hussein  bin Ali berkata, 'aku mendengar ayahku Amirul Mukminin Ali Bin Abi Thalib (a.s) berkata, "aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “aku mendengar Allah berkata, "Tiada Tuhan melainkan Allah merupakan sebuah kubu, jadi sesiapa memasuki kubuku adalah selamat daripada seksaanku". Dia (Allah) kemudiannya memanggil beserta dengan syarat-syaratnya dan aku merupakan di antara syaratnya".》
(Oyoon Akhbar Al-Retha a.s, ms.145)

Dan kebenaran aku katakan kepada kamu, aku merupakan di antara syaratnya, aku datang kepada kamu dengan nama Imam Al-Mahdi (a.s) dan aku tidak menuntut wasiatku tetapi wasiat yang mengutuskanku. Dan aku tidak meminta kemuliaan ke atasku tetapi kemuliaan beliau. Jadi, sesiapa yang tidak menerimaku bererti tidaklah menerima bapaku yang telah mengutuskanku.

Dan kebenaran aku khabarkan kepada kamu, sesiapa yang tidak menghormati si anak bererti turut tidak menghormati si bapa yang mengutuskannya.

Bapaku Imam Mahdi (a.s) memerintahkanku untuk mengucapkan kata-kata ini, "aku merupakan seketul batu di gengaman Ali bin Abi Thalib (a.s), pada satu masa dia melemparkannya untuk memandu arah bahtera nabi Nuh (a.s) dan pada satu masa yang lain membantu nabi Ibrahim untuk selamat daripada api Nimrud; dan pada satu masa yang lain pula, membantu nabi Yunus untuk keluar daripada perut ikan paus; dan dengan itu juga merupakan suara yang bercakap dengan nabi Musa di pergunungan; dan dengan itu juga dia yang menjadikan tongkat nabi Musa untuk membelah laut; dan menjadi perisai kepada nabi Daud; dan dia gunakan sebagai perisai di dalam peperangan Uhud; dan dia lipatkan di dalam tangan kanannya ketika peperangan Siffin".

Sesiapa yang mempunyai telinga, maka dengarlah; inilah makhluk bumi yang bercakap kepada kaum nya dan inilah Ali bin Abi Thalib yang berhasrat untuk datang, {Dan apabila sampai masa berlakunya hukuman atas manusia, Kami keluarkan untuk mereka sejenis binatang dari bumi, yang akan menyatakan kepada mereka, bahawa manusia telah tidak meyakini ayat-ayat keterangan dan pengajaran Kami}
(Surah An-Naml 27: 82)

Ya Allah, saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikanya, Ya Allah, saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikanya, Ya Allah, saksikanlah, sesungguhnya aku telah menyampaikanya.

No comments:

Post a Comment