Versi penuh wasiat Rasulullah SAWA beserta dengan sanadnya dan juga sumber-sumber yang meriwayatkannya:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”
Rujukan:
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al
Imam Al Mahdi.
No comments:
Post a Comment