Thursday, 6 July 2017

Dari 'Facebook' Norhan Alquesh







Sepasang suami-isteri yang baru berkahwin di dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dan menyeberangi danau dengan menaiki sebuah perahu, tiba-tiba ribut besar mula terjadi. Lelaki itu seorang yang pahlawan, tetapi isterinya menjadi amat ketakutan.

Perahu yang mereka naiki begitu kecil sedangkan ribut itu amat kuat dan kemungkinan mereka akan karam adalah besar. Akan tetapi lelaki itu hanya duduk diam, tenang; dan tidak berkata sepatah kata pun, seakan-akan tidak ada apa pun yang berlaku. 

Isterinya gementar dan berkata, "Tidakkah kamu merasa takut?. Ini mungkin menjadi saat terakhir di dalam hidup kita!. Nampaknya kita tidak akan sempat sampai ke tebing sebelah sana. Hanya keajaiban dapat menyelamatkan kita; jika tidak maka kematian adalah pasti. Tidakkah kamu merasa takut?".

Lelaki itu hanya tertawa dan mengeluarkan pedang dari sarungnya. Isterinya menjadi lebih bingung, apa yang ia lakukan?. Kemudian lelaki itu mengacukan pedangnya hampir dengan leher isterinya, begitu hampir sehingga hanya ada ruang kecil di antara hujung pedang dan leher isterinya. 

Lelaki itu berkata: "Adakah kamu merasa takut?".

Isterinya mula tertawa dan berkata: "Kenapa aku harus merasa takut?. Sekiranya pedang itu berada di tangan kamu, mengapa aku harus merasa takut?. Aku tahu kamu mencintaiku".

Lelaki itu kembali menyarungkan pedangnya dan berkata: "Itulah jawapanku, aku tahu Tuhan mengasihiku dan ribut itu berada ditangan-Nya, maka apa pun yang terjadi adalah yang terbaik. Jika kita selamat, itu adalah baik; jika tidak, juga adalah baik, kerana segala-galanya berada di tangan-Nya dan Dia tidak sekali-kali melakukan kesilapan/kesalahan".

-------oo0oo--------

No comments:

Post a Comment