Friday, 30 December 2016

Bahagian 2: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf









Bantahan Kedua:


Dalam dokumen mereka, pengikut Pejabat Najaf mendakwa bahawa Imam Al-Mahdi a.s sentiasa berhubung dengan syiahnya dalam kedua-dua keghaibannya, sama ada ghaib kecil atau ghaib besar, dan mereka menggunakan dua hadith di bawah sebagai dalil dan mendakwa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. tidak boleh memasuki keghaiban dan sentiasa berhubung dengan ansarnya, atau jika tidak dia tidak menunaikan tugasnya:

“Ini menunjukkan Imam Al-Mahdi sendiri yang berada dalam keghaiban masih dan tetap berhubung dengan syiahnya. Maka apa yang menghalang Ahmad Al-Hassan berhubung dengan Ansar Imam Al- Mahdi? Sudah tentu tiada, malah sangat perlu bagi beliau sentiasa berhubungan dengan Ansar, kerana tugas utama beliau adalah mempersiapkan Ansar. Inilah tujuan utama Al-Yamani diutuskan.”

Dan inilah hadith yang mereka ajukan:

Jabir meriwayatkan dari Abu Jaafar a.s: Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau tentang ayat ini:

{Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.

(QS: 10:47)}

Beliau a.s menjawab: “Maksud batinnya ialah di setiap abad untuk umat ini akan ada seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka pada abad itu, dan mereka adalah yang terpilih dan mereka juga adalah utusan..” (Tafsir Al-Ayashi, Jilid 2, halaman 123, hadis 23 dan Al-Majlisi juga meriwayatkan dalam kitab Bihar Al-Anwar)
Kita semua tahu bahawa ketika dalam keghaiban kecil, Imam Al-Mahdi mempunyai empat duta atau wakilnya, yang melalui mereka Imam Al-Mahdi berkomunikasi dengan syiahnya, iaitu bukan secara terus atau ‘direct’ tetapi melalui 4 orang wakil itu. Manakala ketika keghaiban besar dan sehinggalah kemunculan Imam Ahmad Al-Hassan a.s., Imam Al-Mahdi berada dalam keghaiban ‘total’.

Dan kami telah pun membuktikan di atas dengan hadith-hadith yang menyatakan Imam Ahmad Al-Hassan a.s akan melalui keghaiban dan pekara atau hal ini (keghaiban) adalah pekara  yang DITEKANKAN oleh Nabi dan Para Imam a.s melalui hadith-hadith mereka.

Jadi, sebagai ‘respon’ kepada hadith di atas yang mereka gunakan, kita juga boleh berhujah bahawa di antara keghaiban besar Imam Al-Mahdi a.s dan seruan Imam Ahmad Al-Hassan a.s, tidak wujud seorang hujjah. Tapi kita tahu dari hadith-hadith Ahlulbait a.s yang menyatakan bahawa keghaiban Imam Al-Mahdi a.s dari kita adalah sebagai hukuman kepada kita, dan kita terpaksa melalui masa tanpa kehadiran hujjah dalam tempoh masa tertentu.

Bantahan ketiga:


Siapakah yang akan menyeru apabila Sufyani keluar?
Bermula pada 23hb. Januari 2015 Imam Ahmad Al-Hassan a.s. telah keluar dari Ghaiba/keghaiban selepas berlangsung selama enam tahun seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith. Kami tidak pernah menyatakan bahawa Imam a.s masih dalam keghaiban, malah beliau a.s telah keluar dan berada bersama bapanya Imam Mahdi a.s dan apabila sampai waktunya dia a.s akan memberitahu kepada kita tentang kebangkitan Al-Sufyani.
Juga, kalian menyebut hadith yang secara dasarnya menyokong dakwaan kami dan bertentangan dengan dakwaan kalian sendiri, iaitu:

Diriwayatkan dari Hathlam ibnu Bashir, aku berkata kepada Ali ibnu Al-Hussein a.s:

“Gambarkan kepadaku tentang kemunculan Al-Mahdi dan jelaskan kepadaku secara terperinci dan tanda-tandanya,” Imam Ali Zainal Abidin a.s berkata: ”Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di bumi Al-Jazirah(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu.” (Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.213)

Hadith ini menyatakan bahawa Al-Mahdi akan menghilang, bagaimanapun kalian silap menafsir hadith ini bila menyatakan: “Hadith di atas jelas menyatakan bila Sufyani muncul, Al-Mahdi sudah ada, dan selepas itu menghilang. Pastilah Al-Mahdi sepatutnya sudah ada kerana dialah orangnya yang boleh mengenali Al-Sufyani dan menyeru untuk menentang Al-Sufyani.”

Ada beberapa kesilapan di situ:

Pertamanya, hadith itu tidak menyatakan apabila Sufyani bangkit , sebaliknya ia menyebut “apabila Sufyani MUNCUL..…”
Kedua, Al-Mahdi yang disebut di sini bukannya Imam Al-Mahdi a.s tetapi Imam Ahmad Al-Hassan a.s., kerana kita tahu bahawa Imam Al-Mahdi a.s. telahpun keluar dari keghaiban besar dan tidak akan melalui satu keghaiban lagi. Maka yang akan melalui keghaiban adalah Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang telah sedia ada tapi akan ghaib selama enam tahun dan telah keluar dari keghaiban sekarang ini dan in sha Allah akan menunjukkan dan menjelaskan pekara berkaitan Al-Sufyani bila masanya tiba.

Bantahan Keempat:


Mengambil ilmu dan hukum sebelum kebangkitan Al-Qa’im.
Ali anak kepada Muhammad Raf’a dari Ali ibnu Abi Hamza dari Abi Baser, berkata: “Bilakah Faraj?” Beliau bersabda: “Al-Qa’im adalah Imam anak kepada Imam. MEREKA MENGAMBIL HALAL DAN HARAM DARINYA SEBELUM KEBANGKITAN BELIAU A.S.” Aku bertanya: “Semoga Allah memperkukuh keadaanmu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya?” Beliau menjawab: “Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu.” (Mu’jam Ahadis Imam Mahdi, Jilid 3, ms.417)

Sekali lagi, dalam jawapan balas kepada hadith ini, ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa yang Imam a.s. telah bangkit, dan oleh kerana itu kami mengambil Halal dan Haram dari beliau a.s. sekarang selepas beliau a.s keluar dari keghaiban dan ajaran beliau a.s sebelum tahun 2008.

Kami juga tidak memahami tafsiran kalian tentang “cintailah orang yang telah kamu cintai ” adalah berkenaan Nathim Al-Uqaily, dan menggunakan kenyataan Ifham sebagai hujah sedangkan kami sudah membuktikan di atas bahawa yang pertama kecundang ketika Fitnah dan yang akan menentang Imam a.s dan berpaling tadah adalah mereka-mereka yang rapat dan dilihat sebagai istimewa kepada Imam a.s sebelum ini.
Hujah ini agak melucukan dan tidak perlukan hujah lain daripada kami.


Bantahan Kelima:


Kenali pemilik akaun ‘Facebook’ melalui ilmunya.
Sebenarnya, sekiranya akaun ‘facebook’ ini dan ‘posting-posting’nya sejak akhir-akhir ini adalah JELAS bahawa ia bukan dari Imam a.s dan bertentangan sama sekali dengan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip dan inti seruan Imam a.s yang kita ketahui sebelum ini.

Kerjasama dengan thaghut, penggunaan bahasa kesat, kata-kata yang tidak sesuai, kemarahan yang tidak terkawal, kekurangan sifat terhormat dan belas kasihan, dan mem-‘block’ dan men-‘delete’ komen-komen, tidak mengucapkan solawat ke atas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya a.s dalam setiap ‘post’nya, membuktikan bahawa ia bukanlah Imam a.s. yang sebenar.
Jadi Ya!, kami sebenarnya menerima hujah kalian dan akaun ‘facebook’ itu benar-benar membuktikan bahawa ia bukanlah dari Imam a.s!.

Dan lain-lain yang kalian sebut sebagai ilmu dari ‘facebook’, adalah Samiri juga mengambil ilmu yang banyak dari Musa a.s dan ajaran-ajarannya dan juga Samiri adalah rapat dengan Musa a.s sebelum pemergian Musa a.s.


Bantahan Terakhir:


Al-Qa’im akan berhubung dengan Ansarnya melalui  Internet
Abu Abdullah a.s berkata: “Apabila Qa’im kami bangkit, Allah akan panjangkan untuk syiah kami pendengaran dan penglihatan antara mereka dan Al-Qaim, apabila beliau ingin bercakap, maka mereka akan mendengar dan melihat beliau, sementara beliau kekal berada di tempatnya.” (Muntakhab Al-Athar, ms.483, Bihar Al-Anwar Jilid 52, ms.336)

Kalian salah dalam menafsir hadis ini!

سمعت أبا عبد الله (ع) يقول: إن قائمنا إذا قام مد الله لشيعتنا في أسماعهم وأبصارهم حتى لا يرون بينهم وبين القائم بريد يكلمهم فيسمعون وينظرون إليه وهو في مكانه. وروى الصافي أيضاً

Ya. Seperti yang Aba Abdullah a.s sebutkan, BILA AL-QAIM KAMI BANGKIT, dia akan berhubung dengan medium seperti yang disebutkan dalam hadith di atas.

Jadi, adakah Imam Ahmad a.s itu BANGKIT ketika keghaibannya sejak dari tahun 2008 sehingga ke hari ini ? Tidak.
Dan ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa sedemikian. Jadi, adalah jelas bahawa kalian telah membantah hujah-hujah kalian sendiri dengan meletakan hadith yang menyatakan kebangkitan, dan bukannya kemunculan!

JADI, adalah jelas bahawa Imam Ahmad a.s belum lagi bangkit dan pihak Pejabat Najaf adalah pembohong, dan pemutarbelit fakta!!

Bahagian 1: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf










Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada Ansar Allah,

Pihak Pejabat Najaf dan pengikutnya menyatakan beberapa hujah untuk menolak bahawa Imam Ahmad a.s “berdiam diri” sepenuhnya dan keghaiban dan lain-lain pekara yang berkaitan dengannya. Kamu boleh membaca bantahan mereka pada link di bawah:

http://www.eramahdi.net/2015/06/11/untuk-peragu-bantahan-al-qaim-tidak-berhubung-dengan-ansarnya/

Ini adalah jawapan balas kami kepada mereka:
Bantahan Pertama:

Ketiadaan Al-Qa’im a.s

Pengikut Pejabat Najaf cuba membantah dengan menggunakan hadith yang kami gunakan untuk membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. berada dalam keghaiban dan tidak berhubung dengan Ansarnya selama masa keghaiban itu. Dan ini hadithnya:   

                              
Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali a.s: Aku berada di sisi Nabi saw di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi saw: Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali a.s berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaibah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi a.s, jilid 1, ms.296)


في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج.

Mereka mendakwa di dalam sumber pertama hadith itu perkataan “silence” tidak disebut, malah perkataan yang dinyatakan adalah “Yasseer” (يصير) bermaksud “akan terjadi”, dan “Esber” (اصبر) bermaksud “bersabar”, dan “Asabt” (أصبت) bermaksud “[kamu] benar”.

Sekarang mari kita letakkan tiga perkataan alternatif ini kedalam konteks hadith untuk melihat adakah ia sesuai:

Lalu Imam Ali a.s bertanya kepada Rasulullah saw bagaimanakah keadaan keghaiban itu(ghaiba) atau gambaran keadaan keghaiban itu. Dalam jawapan balas Rasulullah saw kepada Imam Ali a.s jika kita gunakan perkataan alternatif yang pertama iaitu “Yasseer” atau “akan berlaku”, ia menjadi tidak masuk akal yang Rasulullah saw memberikan jawapan yang sebegitu kerana Imam Ali a.s bukannya bertanya: “Wahai Rasulullah, adalah ia akan berlaku?” Sedangkan soalan Imam Ali a.s adalah ….” bagaimanakan keadaan keghaiban itu?”. Jadi perkataan “Yaseer” atau “akan berlaku” tidak sesuai dalam konteks hadith ini.

Begitu juga dengan perkataan “Asabt”, yang bermaksud “benar”, atau “kamu benar”, dan ini adalah tidak sesuai LANGSUNG dalam konteks ini kerana ia akan menjadi seperti ini:

“Ali a.s bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah keghaiban itu ? Rasulullah saw menjawab: “Kamu benar” atau “benar” sehinggalah Allah izinkan ia muncul”. Jadi ia tidak sesuai LANSUNG dalam konteks ini, ia tidak sesuai sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris sekalipun. Jadi sudah pastilah ia satu kesilapan!!

Bagaimanapun ada hadis lain yang menyebut “bersabar” dan ianya adalah seperti berikut:

Abdul Rahman ibn Abi Layla berkata: Ali a.s berkata: “Aku ada bersama Nabi saw di rumah Ummi Salamah…[sehingga dia menyebutkan]..kemudian Ali a.s berkata: “Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami seraya meninggikan suaranya  dan berkata: “Berhati-hatilah! Berhati-hatilah! Bila anak kelima dari anak ketujuh dari anak-anakku hilang” Lalu Ali a.s berkata: “Wahai Rasulullah saw! Bagaimanakah keadaan dia semasa keghaiban itu!” Lalu Nabi saw bersabda: “Dia akan bersabar, sehinggalah Allah mengizinkannya untuk keluar”.

(Bihar Al-Anwar Jilid 36, ms.335 dan Jilid 52, ms.380)

Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata dalam kenyataan Al-Bara’a (kenyataan berlepas diri) 13 haribulan Rejab, dikeluarkan pada 13 haribulan Jamadi Al-Thani 1425 A.H. “Dan aku berkata kepada kalian, apa kaitan antara aku dengan kerajaan yang tidak akan kekal! Tapi aku telah diperintahkan dan aku akan bersabar, sepertimana Imam Ali a.s bersabar, sehinggalah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman) memberikan keizinan atas urusanku”.

Sekarang kita dapat lihat versi dengan perkataan “الصمت” atau “berdiam diri” atau “silence” adalah satu-satunya yang 100% dapat diterima akal dan amat sesuai dengan konteks hadith di mana Nabi saw menjawab soalan Imam Ali a.s dan menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri”.
Baiklah, kalau sekiranya pengikut Pejabat Najaf masih menolak perkataan “Silence”, apakah ada hadith lain yang menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri” dan tiada komunikasi dengan Ansar? YA, ada! Lihat hadith yang berikut ini:

“ ***  Rasulullah saw bersabda kepada Imam Ali a.s: “Wahai Ali, kamu dari aku dan aku dari kamu, dan kamu adalah saudaraku, dan wasiku, dan setelah kewafatanku akan muncul kebencian yang tersimpan di dada-dada manusia kepadamu. Dan akan ada selepasku malapetaka fitnah senyap, setiap ‘Walijah’ dan ‘Bitana’ akan jatuh ke dalamnya. Iaitu ketikamana syiahmu kehilangan anak ke-5 dari anak ke-7mu. Setiap penghuni syurga dan penghuni akan meratapi kehilangannya! Berapa banyak lelaki beriman dan wanita beriman akan berada di dalam kesedihan, kegelisahan dan kebingungan bilamana dia ghaib!”

(Bihar Al-Anwar, Jilid.36, ms.338)

Maksud perkataan ‘Walijah’ mengikut kamus Arab adalah: “keakraban[kawan atau saudara] terhadap manusia lainnya dan seseorang yang istimewa, atau seseorang yang manusia lainnya bergantung selain dari keluarganya atau seorang sahabat rahsianya”. 

Manakala maksud perkataan ‘Bitana’ dalam kamus Arab pula adalah: “seseorang yang amat dipercayai dan istimewa dan manusia yang dia percaya, seseorang yang selalu bersamanya dan menemaninya, dan mereka adalah rapat dengannya dan dia tidak menyembunyikan rahsia daripada mereka”.

{Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘Bitana’ “orang dalam” (yang dipercayai)} [QS: 3:118]

Dan “dia” di sini adalah Al-Qa’im keluarga Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s, dan dia adalah anak ke-5 dari anak ke-7 dari Amirul Mukminin a.s, dan malapetaka fitnah senyap yang akan berlaku bila dia hilang iaitu keghaibannya yang akan berlangsung selama 6 tahun seperti yang disebut di dalam hadith, dan fitnah keghaiban senyap ini adalah ujian dan tapisan dan pembahagian yang mana ‘Walijah’ and ‘Bitana’ sekalipun akan gagal, iaitu golongan istimewa dari kalangan Ansar dan pimpinan mereka dan mereka yang berpeluang bertemu dengan Al-Qa’im dari Keluarga Nabi Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan mengambil banyak ilmu dan rahsia dari Imam a.s, yang tiada yang tahu selain dari mereka, dan merekalah yang berbicara tentang dia a.s dan beriman dengan seruannya a.s..!

Al-Asbagh ibn Nabata berkata: 

“Aku mendatangi Amirul Mukminin a.s dan aku mendapati beliau sedang melakar garis-garis di tanah, lalu aku berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, mengapa aku melihat anda memikirkan sesuatu dan melukis garis-garis di tanah? Adakah anda menginginkannya (dunia)? Maka beliau a.s berkata: “Demi Allah, aku tidak pernah menginginkanya atau menginginkan dunia ini, tetapi aku berfikir tentang seorang lelaki yang akan lahir daripada kesebelas daripada anak-anakku, beliau adalah Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan hak sebagaimana ia dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (sebelumnya). Akan ada kekeliruan dan keghaiban baginya, umat akan sesat di dalamnya, dan sebahagian yang lain akan mendapat petunjuk di dalamnya “Lalu aku bertanya, “Jadi berapa lamakah  kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi? Lalu beliau a.s berkata: “Enam hari, atau enam bulan, atau enam tahun”. 

(Ghaybat Al-Toosi, ms.165, hadith 12)

                               عن الأصبغ بن نباتة قال: (أتيت أمير المؤمنين (عليه السلام) فوجدته متفكراً ينكت في الأرض، فقلت: ما لي أراك متفكراً تنكت في الأرض، أرغبة منك فيها؟ فقال: لا والله ما رغبت فيها ولا في الدنيا يوماً قط ولكني فكرت في مولود يكون من ظهر الحادي عشر من ولدي هو المهدي الذي يملأ الأرض عدلاً وقسطاً كما ملئت جوراً وظلماً، تكون له (((غيبة وحيرة)))، يضل فيها أقوام ويهتدي فيها آخرون. فقلت: وكم تكون تلك الحيرة والغيبة؟ قال: ستة أيام أو ستة أشهر أو ست سنين!!! فقلت: وإن هذا لكائن؟ فقال: نعم، كما أنه مخلوق وأنى لك بهذا الأمر ياأصبغ، أولئك خيار هذه الأمة مع أبرار هذه العترة. فقلت: ثم ما يكون بعد ذلك؟ فقال: ثم يفعل الله ما يشاء، فإن له بداءات وإرادات وغايات ونهايات).

المصادر: الغيبة / الطوسي ص165 وص336 , بشارة الإسلام ص60 , كمال الدين وتمام النعمة ص

Sa’eed ibn Jubayr berkata: Aku mendengar Ketua Ahli Ibadah, Ali anak Al-Hussein a.s berkata: “Al-Qa’im kami mempunyai sunnah Nabi-Nabi: …manakala sunnah Nabi Musa a.s pula, ialah ketakutan dan menghilangkan diri”

(Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.217, Kamalul Din wa Tamamul N’ima, ms.322 dan ms.577, Kashf Al-Ghumma, Jilid 3, ms.329)

Jadi, jika keghaiban ini, seperti yang kamu dakwa hanyalah bersembunyi dan Imam a.s masih berhubung dengan Ansar dan Imam a.s boleh menjelaskan kesemua pertanyaan mereka, kenapakah masih akan ada kekeliruan dan “malapetaka fitnah senyap”?

Jadi kita faham dari hadith di atas bahawa Al-Qa’im a.s akan ada ketakutan dan kewaspadaan dan dia a.s akan melalui keghaiban dan ketika keghaiban ini, sahabat-sahabat Al-Qa’im yang beriman dengannya akan menjadi kebingungan, dan berada dalam malapetaka fitnah senyap selepas Al-Qa’im berada dalam keghaiban, dan ramai dari mereka akan kecundang..

Thursday, 29 December 2016

Siapakah Samiri Di Dalam Seruan Dakwah Ini ???







Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas  Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi a.s.

Siapakah Samiri dalam seruan dakwah ini ?

Bukankah ulama dalam seruan dakwah ini, secara zahirnya penampilan mereka adalah zuhud, ahli ibadah, ahli jihad dan sahabat terbaik kepada Imam Ahmad Al-Hassan a.s ?

Apakah Al-Ijil yang Samiri zaman ini (ulama seruan dakwah) ciptakan ?

Bukankah Pejabat Najaf yang mereka gambarkan sebagai “manifestasi  Allah Ar-Rahman Ar-Rahim”?   

Lihat fakta berikut ini: Di dalam kitab “Al-Ijil”,  Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata:
“Dan Samiri berkata kepada mereka inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa a.s, bermakna Tuhan bermanifestasi di dalam patung anak sapi emas (Al-Ijil)!!  Dan kebanyakkan dari Bani Israil mempercayai Samiri selepas mereka juga turut terlibat mencipta anak sapi emas itu”

Sepertimana mereka memberitahu kita bahawa halaman ‘Facebook’ adalah milik Imam a.s (Tuhan kamu bermanifestasi di laman ‘Facebook’), dan juga mereka memberitahu kita bahawa Pejabat Najaf adalah manifestasi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Tuhan bermanifestasi pada Pejabat Najaf) !

Suara apakah yang mereka gunakan untuk menipu kita? Bukankah ia suara palsu yang mereka cipta untuk Imam a.s di laman ‘Facebook’ ?

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s ketika itu berada dalam fitnah keghaiban senyap sehinggalah bapanya Imam Muhammad Al-Mahdi muncul pada hari kematian Raja Abdullah, sama seperti Nabi Harun a.s berdiam diri sehinggalah Nabi Musa a.s kembali ?      

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s berdiam diri menepati dengan hadith yang menceritakan tentang keghaiban beliau a.s iaitu 6 hari, 6 bulan atau 6 tahun ?

Seruan Al-Yamani di bawah Panji Hitam dari Timur (Black Banners) telah tiba !!!








BAGAIMANA SERUAN “BLACK BANNERS” BERMULA?




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas  Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi (a.s).

Kami adalah Ansar Allah, Ansar Imam Mahdi (a.s) dan anak dan wasinya dan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s). 


Bagaimana seruan “Black Banners” bermula ???


Pada hari kematian Raja Abdullah, iaitu 23 hari bulan Januari 2015, 12 orang lelaki mendakwa bahawa mereka dibawa oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) untuk bertemu dengan Imam Mahdi (a.s) dan Imam Mahdi (a.s) mendedahkan kepada mereka konspirasi yang berlaku terhadap Imam (a.s), bagaimana Pejabat Najaf dan Sheikh-Sheikh mereka berkomplot mengkhianati Imam (a.s) dan menandatangani dokumen untuk menyerahkan Imam (a.s) kepada Kerajaan Thaghut, merampas hak Imam (a.s), merampas identiti Imam (a.s) dan menyamar sebagai Imam (a.s). Imam (a.s) juga mendedahkan yang beliau (a.s) berada di dalam keghaiban sejak tahun 2008. Imam (a.s) juga mendedahkan banyak perkara lain yang akan dibincangkan kemudian, In Sha Allah, di dalam topik-topik akan datang.

Pada hari itu juga, 12 orang  lelaki itu memberitahu khabar gembira kemunculan Al-Hujjah (a.s) dan mereka juga mengumumkan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang memberi khabar gembira itu dan Imam (a.s) jugalah yang mengibarkan panji hitam, “The Black Banners”, seperti yang disebut di dalam hadis-hadis Ahlulbait (a.s).         

Apakah nas atau dalil yang membuktikan dakwaan mereka pada hari kematian Raja Abdullah itu?. Di sini kami sertakan salah satu ‘link channel YouTube’ di mana satu video telah dimuatnaik sebagai bukti dakwaan di atas, anda boleh lihat tarikh ia dimuatnaik, iaitu 23 hari bulan Januari 2015. 

https://www.youtube.com/watch?v=4bsCD2dWaHI

Tapi mengapakah ia begitu penting bahawa mereka adalah yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah (a.s) selepas kematian Raja Abdullah?. Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) bersama mereka dan mereka berada dipihak yang benar. Mengapa?

Lihat hadis yang berikut ini:

"Rasulullah SAW bersabda: "Hijaz akan diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama haiwan (Raja Fahd-harimau kumbang). Jika kamu melihatnya dari jauh kamu akan melihat dia bermata juling dan jika kamu menghampirinya, kamu melihat tidak ada apa-apa yang salah dengan matanya. Saudaranya bernama Abdullah akan mengantikannya. Kecelakaan besar bagi syiah kamu (Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali). Berilah khabar gembira kematiannya dan aku akan berikan berita gembira kemunculan Al-HUJJAH". 

(Kitab 250 tanda-tanda Al-Qaim, ms.122)

Hadis ini sendiri adalah satu mukjizat. Ia dipenuhi dengan segala 'detail' seperti yang kita tahu. Raja Fahd dari Saudi Arabia yang namanya bermaksud sejenis haiwan(harimau kumbang) dan dia juga kelihatan juling dari jauh; dan kelihatan 'normal' dari dekat, bila dia meninggal, adiknya Raja Abdullah menggantikannya memerintah Hijaz; dan umat syiah ditekan dengan teruk di bawah pemerintahannya. Dan di bahagian akhir hadis tersebut, Nabi SAW bersabda: "Berikan khabar gembira [kematian Raja Abdullah] dan aku akan memberikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah". 

“Black Banners” mendakwa bahawa yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah mestilah benar (sepertimana Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) dan Ahlulbait (a.s) berkata bahawa orang yang pertama mendakwa adalah pendakwa sebenar, kerana tiada yang menuntut wasiat kecuali tuan empunyanya). Jadi konsepnya adalah sama, mengapa?. Kerana hadis tentang kematian Raja Abdullah, Rasulullah SAW berkata berikan khabar gembira kematian (Raja Abdullah) dan aku akan berikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. Jadi tiada orang selain Nabi Muhammad SAW yang boleh memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. 

Namun, oleh kerana Nabi Muhammad SAW tidak berada bersama kita secara fizikal pada masa dan zaman ini, jadi siapakah yang mewakili Nabi Muhammad SAW pada ketika ini?. Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang namanya sama dengan nama Nabi SAW dan nama bapanya sama dengan nama bapa Nabi SAW. Jadi ini bermakna yang pertama datang dan memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah selepas kematian Raja Abdullah mestilah berbicara bagi pihak Al-Hujjah dan berhubung dengan Al-Hujjah (Imam Mahdi (a.s)). Ini kerana Nabi Muhammad SAW menyatakan dirinya sendiri yang memberikan khabar gembira, jadi yang mewakili baginda SAW pada ketika inilah yang memberikan khabar gembira itu. 

Juga di dalam riwayat oleh Imam Ash-Shadiq (a.s) kepada Abu Basir: Dari Abi Basir yang mendengar dari Imam Shadiq (a.s) berkata: "Barangsiapa menjamin untukku kematian Raja Abdullah, aku akan menjamin untuknya Al-Qaim. Apabila Raja Abdullah meninggal, manusia tidak akan berkumpul/bersetuju atas seseorang pun selepasnya, dan perkara ini tidak akan berakhir kecuali oleh sahabat kalian (Al-Qaim (a.s)) In Sha Allah; dan kerajaan kiraan tahun akan berakhir; dan digantikan dengan kerajaan kiraan bulan; dan hari. Lalu aku bertanya: Adakah itu berlangsung lama?. Dia (a.s) menjawab: Tidak". 

(Biharul Anwar, Jilid 52, ms.21)

Jadi Imam Ash-Shadiq (a.s) menjamin untuk kita bahawa Al-Hujjah (a.s) akan muncul tidak lama selepas kematian Raja Abdullah.

Dan benar, 12 orang lelaki mendakwa pada 23 hari bulan Januari bila Raja Abdullah meninggal, hari yang sama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) membawa 10 orang dari mereka dan menambah dua lagi lelaki, lalu membawa mereka bertemu Imam Al-Mahdi (a.s); dan mereka adalah terbaik dari 313 ansar, sahabat Al-Qaim (a.s) selepas Imam Ahmad Al-Hassan (a.s); dan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang mengarahkan mengibar panji hitam, 'Black Banners' seperti yang disebut di dalam hadis-hadis  Ahlulbait (a.s). Dan Imam Ahmad (a.s) yang memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah, Muhammad Al-Hassan Askari (a.s).

Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyebut di dalam kitabnya: ‘An Advice to the students of the Academic Hawzas and to all truth seekers’: 

Imam Al-Baqir (a.s): “Imam Qaim (a.s) akan ghaib selama beberapa tempoh berlalu, seraya menunjukan tangannya ke arah ‘Ze tuwa’. Kemudian Imam (a.s) berkata: “Sebelum dia (a.s) bangkit, salah seorang pembantunya akan mendatangi salah seorang sahabatnya dan bertanya: “Berapa ramai bilangan kamu di sana”?. Akan dijawabnya: “Kami seramai 40 orang”. Kemudian dia akan bertanya: “Bagaimana tindakan kamu sekiranya kamu melihat Tuan kamu(Shohibul Asr (a.s))”. Balas mereka: “Demi Allah, sekiranya dia menentang gunung sekalipun, kami akan bersama-sama dengannya”. Setelah itu, dia akan pergi kepada mereka dan berkata: “Tunjukkan ketua atau 10 orang yang terbaik dikalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya”. Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Tuan mereka dan meninggalkan mereka pada malam berikutnya”. 

(Ghaibat Al-Nu’mani, ms.187; Tafsir Al-Ayashy, Jilid 2, ms.56; Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.341; Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, Jilid 5, ms.2)

Imam Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Al-Qaim tidak akan bangkit sehinggalah 12 lelaki mendakwa mereka bertemu dengannya, lalu manusia menuduh mereka berdusta" (Ghaibah Al-Nu'mani, ms.277) 

Wednesday, 28 December 2016

Ahmad, Al-Qaim, Al-Mahdi dan Al-Yamani...






SIAPAKAH AHMAD ???



Wasiat Rasulullah SAWAS di malam kewafatannya...


Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: Rasulullah saaw bersabda kepada Ali as dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abul Hassan (Ali as) bawakan lembaran kertas dan dakwat. Maka Rasulullah saaw telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda saaw bersabda: Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi. Engkau wahai Ali adalah yang pertama daripada duabelas orang Imam tersebut. Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada siapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaitku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkan dia, maka dia akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan dia, maka aku berlepas diri daripadanya, dan dia takkan dapat melihatku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifahku ke atas umatku selepasku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Hassan al-Birr al-Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Hussein as-Syahid az-Zakiy al-Maqtul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali zu as-Safanat. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar al-Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad al-Thiqah at-Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali al-Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Hassan al-Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi.

Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman.”





SIAPAKAH AL-QAIM ????


hadis dari Imam Baqir (a.s) apabila beliau (a.s) berkata: “Al-Qaim mempunyai dua nama, yang satu tersembunyi dan yang satu lagi diumumkan. Nama tersembunyi adalah Ahmad dan nama yang diumumkan adalah Muhammad..).

(Kamul Din wa Tamamul N’ima -oleh Sheikh Al-Saduq- Jilid 2, ms.653, bab 57)


SIAPAKAH AL-MAHDI ????



Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa'im yang , beliau berkata: "Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai'ah kepada kami dan tahu akan hak kami." [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni'mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]

Abi Abdullah [as] berkata: " dari kalangan kami 12 Mahdi selepas Qoim [a.s] dari keturunan Hussain [a.s]."  [Muntakhab Al-Anwar Al-Mudhi'ah, Sayyed Baha'a Al-Deen Al-Najafi, muka surat 353-354, Mukhtasar Basa’ir Darajat oleh Al Hasan bin Sulaiman Al Hilli, muka surat 48]

Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400] 




SIAPAKAH AL-YAMANI ????


Imam Al Baqir (a.s): “Tiada panji yang lebih mendapat petunjuk selain daripada panji Al Yamani, panjinya adalah panji petunjuk, kerana dia mengajak kepada tuan punya kamu (Imam Al Mahdi a.s), apabila keluar Al Yamani, maka diharamkan penjualan senjata ke atas orang ramai dan setiap muslim. Dan apabila keluar Al Yamani, maka pergilah kepadanya kerana panjinya adalah panji petunjuk. Dan diharamkan bagi muslim untuk berpaling daripadanya, dan barangsiapa yang berbuat demikian adalah dari kalangan ahli neraka kerana dia mengajak kepada kebenaran dan jalan yang lurus.”
[Al Ghaybah Al Nu’mani, ms 264.]




APAKAH KAITAN DI ANTARA AHMAD, AL-QAIM, AL-MAHDI DAN AL-YAMANI...???



Setelah kita renungkan kembali...dengan menelusuri Hadis-Hadis di atas...maka dapat kita fahami dan mengerti...selepas 12 Imam, akan ada 12 Mahdi... Mahdi Pertama adalah yang di kenali sebagai Ahmad (sepertimana yang termaktub dalam Hadis Wasiat)...Dia lah yang akan mewarisi Kekhalifahan selepas wafatnya Imam Mahdi a.s...di zaman kezuhuran Imam Mahdi a.s, akan ada 2 individu yang bergelar Al-Qaim iaitu Ahmad (yang tersembunyi) dan Muhammad (yang di umumkan) seperti yang termaktub... Yang di umumkan itulah Muhammad ibn Hassan Al Askari a.s yang juga merujuk kepada individu yang bergelar Imam Mahdi a.s...manakala yang tersembunyi itulah Ahmad Al-Hassan a.s yang akan membuka jalan kepada Bapanya..iaitu Imam Mahdi a.s...

Hadis tentang al Qaim itulah sebagai bukti Ahmad adalah pewaris kepada Muhammad dan merupakan Mahdi yang Pertama (dari 12 orang Mahdi) selepas Imam yang Terakhir iaitu Imam Mahdi a.s (dari 12 orang Imam) seperti yang telah termaktub dalam hadis...

Dan untuk mengenali individu yang bergelar Al-Yamani, yang mana Dia lah individu yang membawa Panji Petunjuk dan individu yang akan mengajak kita kepada tuan empunya zaman (Imam Mahdi a.s)...maka individu tersebut mestilah orang yang paling mengenali dan dekat dengan Imam Mahdi a.s....dan ini jelas menunjukkan TIADA YANG LAIN, SELAIN individu yang bergelar Mahdi yang Pertama...kerna Dia lah yang akan mewarisi kepimpinan selepas Imam Mahdi a.s...

Maka kesimpulannya...

AHMAD adalah Al-Qaim, 

AHMAD adalah Al-Mahdi,

dan 

AHMAD adalah Al-Yamani.


Wednesday, 14 December 2016

HIMPUNAN HADIS MENGENAI 12 MAHDI SELEPAS 12 IMAM DI DALAM SUMBER SYIAH







 Wasiat Nabi Muhammad [sawas] yang ditulis pada malam sebelum kewafatannya:


Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil, daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad, daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis salam telah berkata: bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan baginda: “Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat.” Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda: “Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya (khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu yang pertama yang paling rapat [Muqarrab] (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya tiga nama : namanya seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).

Sheikh       Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al Ghaibah ms       150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah adalah untuk       Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi riwayat ini       dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang sama pada ms       156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai dalil untuk       menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan Ahlulbayt a.s.       Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana Syiah Imamiyah meriwatkannya       secara tawatur iaitu orang yang terkemudian meriwayatkan dari orang       terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya adalah satu sepertimana       terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga melalui       manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s

Sheikh Al Hurr Al Amili di       dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.

Sheikh Al Hurr Al Amili di       dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al       Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.

Al Allamah Al Majlisi di       dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147, hadis no. 6 (secara       ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara terperinci tanpa       rangkap “Apablia maut menghampirinya”)

Sheikh Abdullah Al Bahrani di       dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.

Sayyid Hashem Al Bahrani di       dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.

Sayyid Hashem Al Bahrani di       dalam kitabnya Al insaf, ms 222.

Al Faydh Al Kashani di dalam       ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.

Sheikh Mirza Al Noori di       dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.

Sayyid Muhammad Muhammad       Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms       641.

Sheikh Al Miyanji di dalam       kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.

Sheikh Al Kurani di dalam       kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.

2 - Abi Hamza meriwayatkan dari Abi Abdullah [a.s] di dalam hadith yang panjang bahawa dia berkata: "Wahai Aba Hamza, dari kalangan kami 11 Mahdi selepas Qoim dari keturunan Al-Hussain [a.s]." [Ghaiba, Al-Toosi halaman 478-479]

3 - Abu Baseer berkata: Saya memberitahu Ja'far bin Muhammad Al-Sadiq [a.s]: Wahai anak Rasulullah, saya mendengar daripada bapa anda [a.s] bahawa dia berkata: akan ada 12 Mahdi selepas Qa'im yang , beliau berkata: "Sesungguhnya dia berkata 12 Mahdi dan dia tidak berkata: 12 Imam, tetapi mereka adalah kaum Syiah kami yang memanggil orang untuk berbai'ah kepada kami dan tahu akan hak kami." [Kamal Al-Deen wa Tamam Al-Ni'mah, Sheikh Al -Sadooq muka surat 358]

4 - Abi Abdullah [as] berkata: " dari kalangan kami 12 Mahdi selepas Qoim [a.s] dari keturunan Hussain [a.s]."  [Muntakhab Al-Anwar Al-Mudhi'ah, Sayyed Baha'a Al-Deen Al-Najafi, muka surat 353-354, Mukhtasar Basa’ir Darajat oleh Al Hasan bin Sulaiman Al Hilli, muka surat 48]

5 - Al-Hadrami meriwayatkan dari Abi Ja'afar [a.s] berkata: Saya bertanya kepadanya; di manakah tempat di bumi ini yang paling digemari selepas Haram Allah [Masjid Al Haram] dan Haram RasulNya [sawas]? Beliau [a.s] berkata: "Al-Kufah Wahai Abu Bakar, ia adalah mulia dan suci, ia adalah kubur nabi-nabi yang diutuskan, dan tidak diutuskan [nabi] dan wasi-wasi yang jujur. Dan di dalamnya adalah Masjid Suhail di mana Allah tidak mengutuskan Nabi melainkan dia bersolat di dalamnya, dan darinya akan muncul keadilan Allah dan di dalamnya akan ada QoimNya dan Qoim-Qoim selepas dia, dan ia adalah tempat tinggal nabi-nabi, wasi-wasi dan orang-orang yang soleh." [Kamel Al-Ziyarat oleh Ja'afar bin Muhammad bin Qoloweh, muka surat 76]

Imam Abu Ja'afar [a.s] menyebut Mahdi dengan lafaz: "dan Qoim-Qoim selepas dia", yang bermaksud selepas Qa'im (a.s) iaitu Imam Muhammad Al Mahdi (a.s). Jadi dia menamakan 12 Mahdi sebagai Qoim. 

6 - Habbah Al-Arni berkata: Amirul Mukminin [a.s] keluar ke Hirah dan berkata: "ini akan disertai oleh ini" dan dia menunjuk dengan tangannya untuk Kufah dan Hirah "sehingga satu hasta di antara keduanya akan dijual dalam dinar, dan kemudian di Heera akan dibina masjid yang mempunyai 500 pintu, khalifah Qoim [Semoga Allah menyegerakan kelapanganNya] akan bersolat di dalamnya kerana ianya terlalu sempit buat mereka, dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil." Lalu aku bertanya: Wahai Amirul Mukminin, apakah keluasannya Masjid kufah ini sepertimana yang manusia lihat hari ini? Seraya dia (a.s) berkata: akan dibina empat buah masjid dan yang paling kecil adalah masjid Kufah.....” [Bihar Al Anwar, v.52, muka surat 474, Tahzib Al Ahkaam oleh Sheikh Al-toosi, v.3, muka surat 245]

Amirul Mukminin di dalam riwayat ini mengatakan bahawa sebuah masjid akan dibina di Hirah, yang mana khalifah Qoim akan bersolat di dalamnya, dan kemudian dia [as] berkata: "dan akan bersolat di dalamnya 12 Imam yang adil " dan kesemua Imam [a.s] itu akan bersolat di dalamnya selepas Qoim [a.s] membina masjid tersebut, yang bermakna mereka ini bukanlah Imam yang duabelas orang, tetapi adalah mereka yang dinamakan dalam riwayat-riwayat yang lain sebagai Mahdi-Mahdi (12 mahdi)

7 - Doa daripada Ahlul Bait [a.s] pada menyatakan hak Imam Al mahdi yang ditunggu-tunggu: "Ya Allah dan berselawatlah ke atas pemegang-pemegang janjinya (wulat ahdihi), sampaikanlah mereka pengharapan mereka, lengahkanlah ajal mereka dan menangkanlah mereka. Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan mereka dari perintah agamaMu, dan jadikanlah kami sebagai pembantu mereka dan penyokong agamaMu, dan berselawatlah ke atas bapa-bapanya yang suci, para Imam yang mendapat petunjuk ... " [Mikyal Al-Makarim, V.2, muka surat 73]

Doa ini adalah untuk Qoim [a.s] dan pemegang-pemegang janji yang dimaksudkan adalah penggantinya dan ianya jelas sekali. Doa ini menyebut frasa: "Sempurnakanlah apa yang telah Engkau sandarkan kepada mereka dari perintah agamaMu" kerana mereka [a.s] diamanahkan dengan perkara agama. Bukti memaksudkan mereka adalah Mahdi-Mahdi kerana selepas dia berselawat ke atas mereka (Mahdi-Mahdi), terus berselawat ke atas bapa-bapanya yang suci, yakni bapa-bapa Qoim [a.s].

8 - Imam Sajad [a.s] berkata: “Qoim dari kami akan bangkit dan selepas dia akan ada dua belas Mahdi” [Sharh Al Akhbar jilid 3, muka surat 400] 

9 - Dalam doa yang diriwayatkan dari seorang wanita yang berada di rumah Imam Al-Mahdi [a.s] dan disalin oleh Sheikh Al-Toosi buat kita sebagai berikut: "Ya Allah berselawatlah ke atas Muhammad Al-Mustafa, dan Ali Al-Murtadha, dan Fatima Al-Zahraa, dan Al-Hassan Al-Ridha, dan Al-Hussain Al-Musaffa dan semua wasi, lampu-lampu yang kesuraman dan sepanduk petunjuk dan tanda-tanda ketaqwaan dan pegangan yang erat dan tali yang kukuh dan jalan yang lurus. Dan berselawatlah kepada waliMu dan pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi) dan Imam-imam dari anak-anaknya, dan panjangkanlah umur-umur mereka dan lengahkanlah ajal mereka..." [Ghaibat Al-Toosi, muka surat 28, Bihar Al-Anwar v.52, muka surat 22]

Ini juga adalah doa untuk Wali Allah Imam Al Mahdi [a.s] dan diikuti selepasnya dengan doa kepada pemegang-pemegang janjinya (wulat ‘ahdihi). Semua ini disebutkan selepas selesai doa kepada Rasulullah [sawas], Ali [a.s], Fatimah [a.s] dan wasi-wasi yang terdiri dari kalangan anak mereka berdua. Doa yang dibawakan oleh wanita itu daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengatakan di dalam doanya buat para Mahdi [a.s]:” dan lengahkanlah ajal mereka...” padahal telah maklum di fikiran kita bahawa bapa-bapa Imam Al Mahdi [a.s] telah pun wafat kesemuanya.

10 - Diriwayatkan daripada Imam Al-Askary berkenaan Doa ke-3 bulan Syaaban dalam mendoakan kedudukan para Mahdi [a.s] selepas daripada Imam Al Mahdi [a.s], dan Imam [a.s] mengikrarkan bahawa mereka adalah Hujah ke atas makhluk selepasnya [a.s]. Telah diriwayatkan doa ini dengan kata-kata Imam Al Askariy sendiri kepada Abi Al Qasim bin Al ‘Ala Al Hamdani dan dia adalah wakilnya: “Sesungguhnya tuan kami Al Hussein [a.s] dilahirkan pada hari khamis pada 3 syaaban dan menghuraikannya dengan tenang akan doa ini, dipetik dari doa yang panjang bagi tujuan pembuktian: "dan para wasi dari keturunannya selepas Qoim mereka dan keghaibannya" [Bihar Al Anwar, jilid 53, muka surat 94, Al Iqbal oleh Sayyid Ibn Tawoos, muka surat 689, Al Balad Al Amin, muka surat 185, Misbah Al Mujtahid oleh Syeilh Al Toosi muka surat 826]

LEBIH DARIPADA SATU INDIVIDU YANG BERGELAR AL-MAHDI MENURUT HADIS SUNNI




Ibn Al Munada meriwayatkan: " Sufyanis ada tiga, Mahdi ada tiga. Sufyani pertama akan muncul, dan jika dia bangkit namanya disebut-sebut sehingga menjadi popular, Mahdi pertama bangkit, dan kemudian Sufyani kedua, dan kemudian Mahdi kedua bangkit, dan maka Sufyani ketiga akan bangkit, dan kemudian Mahdi ketiga akan bangkit, dan begitulah Allah akan membuatkan segala-galanya menjadi lebih baik daripada telah musnah sebelumnya, dan dia akan menyelamatkan orang beriman, dan akan membuat Sunnah kembali hidup, dan memadamkan api-api bid’ah. "

[Al Arf Al Wardi Li Al Sayooti, jilid 1, ms 149, hadith 250]
___________________________________________
Diriwayat dari Hadab bin Khaled Al Azdi [yang] meriwayatkan daripada Hamad bin Salma [yang meriwayatkan] dari Sama’ bin Harb, telah berkata: "Saya telah mendengar Jaber bin Samra berkata: 'Aku mendengar Rasulullah (sawa) bersabda: "Islam akan kekal mulia sehingga 12 Kalifah," dan kemudian dia berkata perkataan yang aku tidak fahami, lantas aku berkata kepada ayahku: "Apa yang baginda katakan?" Baginda berkata: "Kesemua mereka adalah daripada Quraisy."

[Sahih Muslim, jilid 3, ms 1453]
___________________________________________
Diriwayatkan dari Muhammad bin Abeed [yang] meriwayatkan dari Abu Usama [yang meriwayatkan] dari Za'eda [yang meriwayatkan] dari Sama’ [yang meriwayatkan] dari Sa'eed bin Jabeer [yang meriwayatkan] dari Ibn Abbas, beliau biasa mendengar mereka berkata: "Terdapat 12 Kalifah untuk umat ini!" Beliau berkata: "Betapa bodohnya kamu? Selepas 12 adalah tiga, dari kami adalah Safah, Mansoor dan Imam Mahdi?"
Abu Usama berkata: "Tafsiran [dari kami] bermakna anak Imam Mahdi, sehingga kemunculan Dajjal."

[Uyoon AlAkhbar Ibn Qutayba p.302]
___________________________________________
Pengarang kitab Umdat Al Qaree Sharh Sahih Bukhari, Badr Al Deen Al Ayni Al Hanafi berkata: "Ianya tidak mustahil bahawa akan ada 12 selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman ..." sehingga dia berkata: "Dan kemudian selepas dia, anaknya akan memerintah, dan dengan itu akan terdapat 12 raja-raja, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi."
___________________________________________
Daripada Ka’ab Al Ahbar:”Di sana akan terdapat 12 Mahdi, yang kemudian “Ruh Allah” akan turun untuk membunuh Dajjal.”
Tafsir Ibn Abi Hatem dari Ka'ab Al Ahbar, beliau berkata: "Mereka adalah 12, dan apabila mereka semua meninggal dunia, akan menggantikan mereka 12 yang serupa mereka, dan itu adalah janji dari Allah kepada umat ini." Lalu dia membaca: " Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahwa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa.”

[Tafsir Ibn Abi Hatem, hadith no. 13730]
[Ibn Abi Hatem AlRazi, jilid 8, ms 2628]
___________________________________________
Ibnu Hajar di dalam kitab Fath Al Bari, dalam petikan yang panjang berkata: Abu bin Al Hussein Al Munadi: Pada bahagian di mana dia mengumpul mengenai Imam Mahdi, dalam mengertikan pengertian hadith "Akan terdapat 12 Khalifah ", adalah bermaksud ianya akan berlaku selepas Mahdi yang akan muncul di akhir zaman, kerana aku dapati dalam kitab Daniel, apabila Imam Mahdi mati, akan ada 5 lelaki yang memerintah dari anak cucu yang tertua, dan setelah itu 5 anak dari cucu yang muda, dan kemudian yang terakhir akan menyerahkan kepimpinan beliau kepada anak dari cucu yang tertua, dan kemudian anaknya akan memerintah, 12 raja-raja akan memerintah, setiap seorang daripada mereka adalah Imam Mahdi.

[ Fath Al Bari Sharh Sahih Bukhari, jilid 20, Ms266, hadis 6682]
___________________________________________
Telah berkata Ibn Al Munadi, dan di dalam riwayat Abi Saleh dari Ibnu Abbas. Nama Imam Mahdi adalah Muhammad bin Abdullah, dan dia adalah seorang lelaki yang janggutnya dicelup dengan warna merah, umat ini akan bebas daripada semua kesengsaraan, dan keadilan, dia akan menghapuskan semua ketidakadilan, dan selepas dia akan ada 12 lelaki.
Diriwayatkan dari Rashdeen dari Ibn Lahee'a dari Abi Qabeel dari Abdullah Ibni Umar, beliau berkata: "Selepas Imam Mahdi yang akan mengambil orang-orang Yaman ke bandar-bandar mereka, kemudian Mansoor, dan kemudian selepas dia Mahdi yang akan membuka kota Rom dengan tangannya."

[Fitan Ibn Hamad, jilid 1, ms 395, hadith 1186]

Monday, 12 December 2016

"Penyelamat Dijanjikan (Kitab Al-Mahdi)" Sunan Abi Dawood







Riwayat Jabir ibn Samurah:

Nabi (sawas) berkata: "Agama akan terus dipertahankan sehingga terdapat dua belas khalifah ke atas kamu, dan seluruh masyarakat akan bersetuju dengan setiap seorang daripada mereka. "Saya kemudian mendengar dari Rasulullah (sawas) beberapa kenyataan yang saya tidak boleh faham. Saya bertanya kepada bapa saya: Apa yang dia berkata: Beliau berkata: mereka semua adalah daripada Quraisy.


Buku 36, Nombor 4266


Riwayat Abdullah ibn Mas'ud:

Nabi (sawas) bersabda: "Jika hanya satu hari di dunia ini kekal. Allah akan memanjangkan hari itu (mengikut versi Za'idah), sehingga Dia membangkitkan di dalamnya seorang lelaki yang tergolong kepada aku atau keluargaku, yang nama bapanya adalah sama seperti nama bapaku, yang akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (mengikut versi Fitr). "

Versi Sufyan berkata: "Dunia tidak akan binasa sebelum Arab diperintah oleh seorang lelaki dari keluargaku yang namanya akan sama seperti aku."

Buku 36, Nombor 4269



Diriwayatkan oleh Ali ibn AbuTalib:

Nabi (sawas) bersabda: "Jika hanya satu hari masa (dunia) ini kekal, Allah akan membangkitkan seorang lelaki dari keluargaku yang akan memenuhkan bumi ini dengan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan."

Buku 36, Nombor 4270



Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin:

Nabi (sawas) bersabda: "Mahdi adalah daripada keluargaku, keturunan Fatimah."


Buku 36, Nombor 4271


Riwayat Abu Sa'id al-Khudri:

Nabi (sawas) bersabda: "Mahdi akan menjadi sahamku, dia akan mempunyai dahi yang luas dan hidung yang menonjol. Dia akan memenuhi bumi dengan kesaksamaan dan keadilan sebagaimana ia telah dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman, dan dia akan memerintah selama tujuh tahun. "

Buku 36, Nombor 4272



Riwayat Umm Salamah, Ummul Mukminin:

Nabi (sawas) bersabda: "Percanggahan pendapat akan berlaku ketika kematian tentang pengganti dan seorang lelaki Madinah akan bersegera ke Mekah. Sebahagian daripada penduduk Mekah akan mendatanginya, membawa dia keluar tanpa kerelaannya dan membai'ah kepadanya di antara Rukun dan Maqam. Satu pasukan tentera kemudiannya diutuskan menentangnya dari Shams (Syria), tetapi akan ditelan di padang pasir (baida’) di antara Mekah dan Madinah. Apabila manusia melihat peristiwa tersebut, orang-orang (Abdaal) dari Syria dan gerombolan dari Iraq akan datang kepadanya dan membai'ahnya di antara Rukun dan Maqam. Kemudian seorang lelaki Quraisy yang bapa saudaranya dari suku Kalb akan memulai peperangan, lalu dihantar satu pasukan tentera menentang mereka, beroleh kemenangan ke atas mereka, dan itu adalah ekspedisi Kalb. Kekecewaan akan menyelubungi mereka yang tidak menyaksikan harta rampasan Kalb. Maka dia akan membahagikan harta itu dan mentadbir manusia berlandaskan Sunnah Nabi mereka (sawas) dan menebarkan Islam di seluruh pelusuk Bumi. Dia akan tetap kekal selama tujuh tahun, kemudian meninggal dunia, dan umat Islam akan bersembahyang ke atasnya. "

Buku 36, Nombor 4273

Thursday, 8 December 2016

Siapa Penentang Imam Mahdi a.s ???





Imam al Baqir(as) bersabda: “Apabila al Qaim muncul, beliau akan mendekati Kufah, kemudian beberapa ribu orang akan keluar dan mendakwa beliau tidak mempunyai anak, bersama mereka adalah senjata, dan mereka akan berkata, “pulanglah dari mana kamu datang, kami tidak perlukan bantuan kamu dengan anak-anak Fatimah”, maka beliau akan menentang mereka dengan pedang sehinggalah yang terakhir dari kalangan mereka, dan kemudian beliau akan memasuki Kufah dan membunuh setiap munafiq yang sesat, memusnahkan mahligai mereka dan membunuh tentera mereka sehingga Allah meredhai.” Irshad Al-Mufeed v.2 p.384




Apabila Al Qaim keluar dari Karbala dan mendekati Najaf dan orang-orang sekitarnya, di antara Karbala dan Najaf, 16,000 orang fuqaha dan dari orang-orang munafiq akan berkata: “Orang ini bukanlah dari keturunan Fatimah kerana sepatutnya beliau berbelas kasihan terhadap mereka,  dan apabila beliau memasuki Najaf, dan tinggal di sana untuk satu malam dan keluar melalui gerbang Al Nakhilah berdekatan kubur Hud(as) dan Saleh(as), 70,000 penduduk Kufah mahu membunuh beliau. Jadi beliau akan membunuh mereka semua, sehingga tidak tinggal seorang pun dari mereka.” Noor al Anwar, v.3, hal 345





Daripada Imam Sadiq (a.s), daripada Amirul Mukminin (a.s), daripada Rasul (sawas), sesungguhnya baginda telah bersabda: “Akan datang ke atas manusia satu zaman yang tidak tinggal daripada Quran melainkan tulisannya, dan daripada Islam melainkan namanya, mereka menamakan dengannya tetapi mereka adalah sejauh-jauh manusia daripadanya, masjid-masjid mereka meriah tetapi kosong daripada hidayah, fuqaha di zaman itu adalah sejahat-jahat fuqaha di bawah lindungan langit, daripada mereka keluarnya fitnah dan kepada mereka fitnah itu dikembalikan.” [Raudhat Al Kafi, ms 479]






Imam Hassan Askari(as) berkata kepada Abi Hashim Al Jaafari: “Wahai Ibn al Jaafari, wahai Abu Hashim,akan datang suatu masa nanti kepada manusia, ulama mereka adalah makhluq Tuhan yang paling jahat di atas muka bumi, ini adalah kerana mereka condong ke arah falsafah dan kezuhudan, namun mereka menyesatkan Syiah kami dan mereka yang memegang Wilayah kami..”Al-Bihaar Wa Madinat Al-Hukm Wal-Athaar v.2 p.57 p.58 v.4.



Amirul Mukminin a.s di dalam khutbahnya menyebutkan tentang akhir zaman: “Fuqaha” akan cenderung ke arah pembohongan dan ulama akan cenderung ke arah kesesatan.” Ilzaam Al-Naaseb Ithbaat Al-Huja Al-Ga’eb v.2 p.195.


Daripada Mufadhal bin Umar, telah berkata: Aku mendengar Abu Abdillah berkata; “ Sekiranya Qaim bangkit, dia akan bermula dengan pembohong di kalangan Syiah, dan seterusnya akan membunuh mereka.” [Ikhtyar Ma'rifat AlRijal Al Toosi jilid 2, ms 589][AlKashi, ms253]


Rasulullah (sawas) bersabda: 

“Wahai Ibnu Mas’ud, ulamak-ulamak dan fuqaha-fuqaha mereka adalah pengkhianat dan pemaksiat, mereka adalah sejahat-jahat makhluk Allah dan pengikut-pengikut mereka adalah orang-orang yang datang kepada mereka dan mengambil dari mereka. Mereka adalah sejahat makhluk Allah yang mana Allah kan memasukkan mereka ke dalam api neraka dalam keadaan bisu, pekak dan buta, dan tidak akan dikembalikan.” 
[Makarim Al Akhlaq, ms 450-451]


“Bila keluarnya Mahdi, dia tidak akan mempunyai musuh kecuali ulamak-ulamak, jika tidak kerana pedang, para ulamak akan mengisukan fatwa supaya membunuhnya.” [Bayan Al Aimmah (a.s), jilid 3, ms 99]

Wednesday, 7 December 2016

Kekeliruan kaum Syiah dalam bertaqlid kepada Ghair Ma'sum (non maksum)







Taqlid Di Sisi Syeikh Hurr Al Amili Di Dalam Kitabnya, Fusul Al Muhimma





1 – Muhammad b. Ya`qub dari beberapa sahabat dari Ahmad b. Muhammad b. Khalid dari `Abdullah b. Yahya dari Ibn Muskan dari Abu Basir dari Abu `Abdillah عليه السلام.  Beliau berkata: Aku mengatakan padanya: “Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah”. (9:31) 

Jadi beliau bersabda: Sungguh, demi Allah, mereka(para ulama) tidak menyeru agar mereka disembah, tetapi mereka menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal. Jadi manusia menyembah mereka tanpa disedari.






3 – Dan beliau(as) bersabda: "Dan berhati-hatilah apabila kamu melantik seseorang selain dari Hujjah, dan kamu mempercayai segala yang dia ucapkan."


P/s: Jelas sekali, bertaqlid kepada non maksum adalah HARAM.