Imam Shodiq (a.s) berkata, “Ilmu adalah dasar setiap kemuliaan dan puncak setiap kedudukan yang tinggi”.
Itulah sebabnya mengapa Rasulullah (sawas) berkata, “Adalah menjadi kewajipan setiap orang Islam, lelaki dan wanita untuk menuntut Ilmu”. Iaitu, ilmu berkenaan taqwa dan keyakinan.
Imam Ali (a.s) berkata, “Tuntutlah ilmu sehingga ke negeri China” bermaksud Ilmu untuk memahami diri, yang di dalamnya, terkandung ilmu tentang Tuhan.
Rasulullah (sawas) berkata, “Barangsiapa mengenal dirinya maka dia mengenal Tuhannya; malah, kamu hendaklah mendapatkan, ilmu yang mana tanpanya tiada perbuatan yang dibenarkan dan itu adalah ikhlas… Kami memohon perlindungan Allah SWT dari ilmu yang tidak bermanfaat”, iaitu dari ilmu yang bertentangan dengan perbuatan yang dilakukan dengan ikhlas.
Ketahuilah bahawa sejumlah kecil ilmu menuntut sejumlah besar tindakan kerana pengetahuan tentang “Masa Akhir (The Hour)” memerlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan tertentu untuk bertindak sewajarnya sepanjang kehidupannya.
Isa (a.s) berkata, “Aku melihat sebuah batu yang tertulis atasnya “Baliklah aku” maka aku pun membalikkannya. Tertulis di batu itu ‘Barangsiapa yang bertindak tidak sesuai dengan apa yang diketahuinya akan diwajibkan untuk mencari apa yang tidak diketahuinya dan pengetahuannya sendiri akan berbalik menentangnya”.
Dan Allah SWT mewahyukan kepada Daud, “Hal terkecil yang akan Aku lakukan terhadap seseorang yang memiliki pengetahuan, tapi tidak bertindak sesuai dengan pengetahuannya itu adalah menganggap pengetahuannya lebih buruk daripada tujuh puluh hukuman batin yang merupakan akibat dari kehendak-Ku untuk menghilangkan dari hatinya kebahagiaan di dalam mengingati-Ku”.
Tidak ada jalan untuk mencapai Allah SWT kecuali melalui ilmu. Dan ilmu merupakan perhiasan bagi manusia di dunia ini dan di akhirat nanti, memimpinnya menuju syurga; dan dengan maksud tersebut dia memperoleh redha Allah SWT.
Orang yang benar-benar mengetahui adalah mereka yang terkandung di dalam dirinya tindakan-tindakan terpuji, permohonan-permohonan yang murni, kejujuran dan kewaspadaan berbicara dengan bebas; bukan di lidahnya, debat-debatnya, perbandingan-perbandingannya, penegasan-penegasannya ataupun pernyataan-pernyataannya.
Di masa-masa sebelum ini, orang-orang yang mencari ilmu adalah mereka yang memiliki intelek, kesolehan, kebijaksanaan, kesederhanaan dan kewaspadaan; namun pada masa ini, kita melihat bahawa orang-orang yang mencari ilmu tidak memiliki sifat-sifat ini.
Orang yang berpengetahuan memerlukan intelek, kebaikan, kasih-sayang, nasihat yang baik, ketabahan, kesabaran, kepuasan dan kedermawanan; sementara mereka yang ingin mempelajari memerlukan hasrat untuk pengetahuan, kehendak, pengorbanan (dari waktu dan tenaganya), kesolehan, kewaspadaan, ingatan; dan keteguhan hati.
Ilmu Ahlulbait
Jalan Menuju Allah SWT
Oleh Imam Jaafar Ash-Shodiq (a.s)