Thursday, 6 July 2017

Dari 'Facebook' Norhan Alquesh







Sepasang suami-isteri yang baru berkahwin di dalam perjalanan pulang ke rumah mereka dan menyeberangi danau dengan menaiki sebuah perahu, tiba-tiba ribut besar mula terjadi. Lelaki itu seorang yang pahlawan, tetapi isterinya menjadi amat ketakutan.

Perahu yang mereka naiki begitu kecil sedangkan ribut itu amat kuat dan kemungkinan mereka akan karam adalah besar. Akan tetapi lelaki itu hanya duduk diam, tenang; dan tidak berkata sepatah kata pun, seakan-akan tidak ada apa pun yang berlaku. 

Isterinya gementar dan berkata, "Tidakkah kamu merasa takut?. Ini mungkin menjadi saat terakhir di dalam hidup kita!. Nampaknya kita tidak akan sempat sampai ke tebing sebelah sana. Hanya keajaiban dapat menyelamatkan kita; jika tidak maka kematian adalah pasti. Tidakkah kamu merasa takut?".

Lelaki itu hanya tertawa dan mengeluarkan pedang dari sarungnya. Isterinya menjadi lebih bingung, apa yang ia lakukan?. Kemudian lelaki itu mengacukan pedangnya hampir dengan leher isterinya, begitu hampir sehingga hanya ada ruang kecil di antara hujung pedang dan leher isterinya. 

Lelaki itu berkata: "Adakah kamu merasa takut?".

Isterinya mula tertawa dan berkata: "Kenapa aku harus merasa takut?. Sekiranya pedang itu berada di tangan kamu, mengapa aku harus merasa takut?. Aku tahu kamu mencintaiku".

Lelaki itu kembali menyarungkan pedangnya dan berkata: "Itulah jawapanku, aku tahu Tuhan mengasihiku dan ribut itu berada ditangan-Nya, maka apa pun yang terjadi adalah yang terbaik. Jika kita selamat, itu adalah baik; jika tidak, juga adalah baik, kerana segala-galanya berada di tangan-Nya dan Dia tidak sekali-kali melakukan kesilapan/kesalahan".

-------oo0oo--------

Sunday, 2 July 2017

Satu ungkapan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)





Tidaklah menjadi satu keaiban bagi seseorang yang melakukan suatu kesalahan yang kemudiannya menyedari bahawa dia telah melakukan kesilapan.
Apa yang lebih mengaibkan adalah seseorang itu mengetahui bahawa dia telah tersilap namun tetap kekal berpegang teguh pada kesilapannya.
Satu ungkapan oleh Pemimpin Suci, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)

Satu nasihat dari Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)





Ahmad Al-Hassan (a.s) tidak mahu di dalam kafilahnya sebarang mukmin yang tidak berbicara dengan saudaranya, barangsiapa yang marah dan tidak berbicara dengan saudaranya tidak layak mengatakan bahawa dia adalah salah seorang dari Ansarku; dan aku tidak mahukannya, semua orang seharusnya menyayangi setiap orang; dan setiap orang patut melindungi semua orang; dan kesemua orang sepatutnya mendahulukan setiap orang lain dari dirinya sendiri; dan semua orang harus mendahulukan anak orang lain dari anaknya sendiri, “semua orang sebelum diriku dan akulah yang terakhir”, jadikanlah ini motto kalian, “aku seharusnya tidak mengambil sebelum saudaraku mengambil, aku tidak seharusnya makan sebelum saudaraku makan, aku tidak sepatutnya berpakaian sebelum saudaraku berpakaian, aku seharusnya tidur berlapar supaya saudaraku tidur dengan selesa, aku sepatutnya tidur di lantai supaya saudaraku tidur di tilam hangat, aku sepatutnya mati; dan membiarkan saudaraku hidup, jika kalian bukan seperti ini; dan lebih lagi, demi Allah, demi Allah, demi Allah, keadilan tidak akan ditegakkan sehingga ianya ditegakkan di kalangan kalian dahulu; dan keadilan serta kesamaan ini hendaklah hadir dari hati kalian wahai orang-orang yang beriman.
Satu nasihat kepada orang-orang beriman dari guru, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)

Saturday, 1 July 2017

Seruan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s)





Abu Abdullah (a.s) berkata: “Rasulullah (SAW) berkata: “Khabar gembira kepada sesiapa sahaja yang menyedari akan Qaim dari Ahlul Bait (a.s) dan mengikuti ajarannya sebelum kebangkitan Qaim, membantu pembantunya; dan meninggalkan musuh-musuhnya; dan mentaati (perintah-perintah) dari para Imam (a.s) yang memimpin sebelum beliau (a.s). Merekalah sahabat-sahabatku dan kecintaanku; dan yang paling terhormat dari kalangan umatku. Rifaa’ berkata: (dan ciptaan Allah yang paling mulia kepadaku)”.(5)
Imam Jaafar Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Beliau (Al-Qaim) yang akan khuruj (keluar) tidak akan muncul sehingga telah muncul 12 lelaki (para 12 orang Imam (a.s)) dari Bani Hashim sebelum beliau, kesemua mereka menyeru manusia kepada mereka (a.s)”.(6)
Imam Muhammad Al-Baqir (a.s) berkata: “Zuhurnya (munculnya) Sufyani, Yamani dan Khurasani adalah pada satu tahun, satu bulan, satu hari, seperti susunan butiran manik-manik, sebahagian manusia akan mengikuti sebahagian dari mereka; dan akan berlaku kesengsaraan pada setiap wajah. Jauhilah orang-orang yang menjauhi mereka dan tidak ada panji yang lebih terpimpin dari panji Yamani, panji beliau adalah panji kepimpinan kerana beliau menyeru/memanggil kepada Sahib Al-Zaman (Pemilik Urusan/Al-Mahdi) kalian. Maka apabila Yamani zuhur (muncul), beliau akan mengharamkan ke atas semua manusia dan Muslim sebarang urusniaga senjata; dan jika Yamani zuhur maka bangkitlah kepada beliau. Sesungguhnya, panjinya adalah petunjuk dan tidak dibenarkan seorang Muslim pun untuk berpaling dari beliau. Dan sesiapa yang berpaling maka dia adalah dari penghuni neraka kerana beliau menyeru/memanggil kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus”.(7)
Di sini para Imam (a.s) yang suci menjelaskan kedudukkan dan jawatan Al- Yamani (a.s); dan menjelaskan juga kewajiban untuk menyertai beliau (a.s); dan ingatlah bahawa Allah (SWT) hanya akan mewajibkan kita mentaati Imam yang maksum.
Rujukan:
(5)-Ghaybat Al-Toosi ms.456, Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.130.
(6)-Kitab Al-Ghibah oleh Sheikh Al-Tusi, ms.437. Al-Ershad oleh Sheikh Al-Mufid, Jilid 2, ms.327. E’lam Alhoda be’lam Alwara, Jilid 2,ms.280.
(7)-Ghaybat Al-Numani, ms.264.