Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata tentang Abu Dzar Al-Ghiffari:
“Wahai Abu Dzar………kamu adalah bersama kami (Ahlulbait (a.s))!”
Di dalam kitab “Al-Ijil”, jilid 1, Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) berkata:
“Dan sekiranya kita bertanya kepada Abu Dzar (semoga Allah merahmatinya), mengapa begitu banyak keperitan dan bencana di dalam kehidupan kamu, Wahai Abu Dzar?!
Beliau bakal menjawab kepada kita yang bermaksud:
Kesayanganku, Rasulullah (SAWAS) berkata kepadaku: Ucapkan kebenaran, Wahai Abu Dzar, (maka) sesungguhnya aku telah mengucapkan kebenaran dan sesungguhnya kebenaran menjadikan aku tanpa teman [1].
Berbahagialah kamu, Wahai Abu Dzar!
Sesungguhnya orang yang memenjarakan kamu telah dihinakan. Dan mereka tidak membunuhmu, sebaliknya kamulah yang membunuh mereka. Mereka telah mati ketika masih hidup dan kamu sehingga ke hari ini masih hidup di dalam jiwa orang-orang beriman, MALAH KAMU BERSAMA KAMI; dan kamu adalah suri tauladan di dalam hati setiap orang-orang mulia; dan merdeka yang menuntut hak bagi orang-orang miskin; dan lemah, di mana sahaja dia berada.
Dan kata-kata Ketua Orang-Orang Yang Mentauhidkan Allah selepas Rasulullah (SAWAS); Ali ibn Talib (a.s), adalah memadai buat kamu:
“Wahai Abu Dzar!. Kamu marah kerana Allah, maka bergantung haraplah kepada Dia, yang kerana-Nya kamu marah. Manusia takut kepada kamu kerana khawatirkan dunia mereka dan kamu takut kepada mereka kerana khawatirkan agamamu. Maka, biarkan ditangan mereka apa yang mereka khawatirkan dan tinggalkan mereka dengan apa yang kamu khawatirkan. Mereka amat menginginkan apa yang kamu halang dari mereka, sadangkan kamu tidak menginginkan apa yang mereka halang kamu darinya. Hari esok kamu akan ketahui siapa yang beroleh kejayaan dan siapa yang irihati. Jika sekiranya langit dan bumi bercantum di hadapan seorang yang beriman dan dia bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya!. Wahai Abu Dzar, biarkan tiada yang menemani kamu kecuali kebenaran dan tiada yang membuatmu sunyi kecuali kebatilan. Sekiranya kamu menerima dunia mereka, nescaya mereka mencintai kamu dan sekiranya mengambil bahagian di dalamnya mereka akan memberi kamu suaka”.-(Nahjul Balaghah, Jilid 2 mukasurat 17)
[1] Diriwayatkan, di dalam pesan Rasulullah (SAWAS) kepada Abu Dzar (a.s): “…aku berkata, Wahai Rasulullah, ceritakan kepadaku lagi. Maka Baginda (SAWAS) bersabda: Ucapkanlah kebenaran walaupun pahit. Maka akupun berkata: Wahai Rasulullah, ceritakan kepadaku lagi. Maka Baginda (SAWAS) bersabda: Jangan takut dipersalahkan oleh sesiapapun atas apa yang kamu lakukan kerana Allah”.-(Al-Amali oleh Syeikh Al-Tusi, halaman 539-541)
SALAM KE ATAS DR ALI AL-GHORAIFI