Friday, 3 March 2017

Ahmad Al Hassan di dalam Hadis Wasiat Nabi Muhammad sawas





Imam Ahmad Al-Hassan, Al-Yamani dari Aali Muhammad (a.s), tampil menyeru manusia untuk kembali menyerahkan diri kepada Allah Yang Maha Esa dan kembali kepada Jalan Lurus yang satu, jalan yang membawa kepada Allah SWT; dan beliau melakukannya dengan membawa wasiat Nabi Muhammad SAW bahawa dirinya Ahmad adalah orang yang namanya disebut di dalamnya.
Pandangan Sunni dan Syiah tentang wasiat Nabi Muhammad
Mazhab-mazhab di dalam Islam berbeza pandangan mengenai apa yang Nabi Muhammad SAW tinggalkan sebagai wasiat atau perintah terakhir.
Sunni tidak percaya bahawa Nabi Muhammad SAW meninggalkan wasiat bertulis, mereka lebih percaya kepada “Hadis Al-Quran dan Sunnah”:
“Aku tinggalkan di kalangan kamu dua perkara yang dengan berpegang teguh padanya, kamu tidak akan terpesong: Kitab Allah dan Sunnahku; dan kamu tidak akan tersesat”. Tetapi kita perlu tahu bahawa versi ini tidak terdapat di dalam mana-mana Kutub As-Sittah (enam kitab hadis sahih) mereka.
Apa yang diketahui di kalangan Sunni mengenai wasiat bertulis Nabi Muhammad adalah “Tragedi Khamis” yang menyatakan Rasulullah SAW cuba menulis wasiat, tetapi dihalang dari melakukannya akibat tindakan salah Umar Ibn Al-Khattab.
Syiah percaya Rasulullah SAW telah melantik 12 Imam (a.s) sebagai para khalifahnya selepas kematiannya, bermula dengan Ali Ibn Abi Talib (a.s). Mereka tahu Nabi telah menjelaskan urusan kekhalifahan ini di dalam Khutbah Perpisahan beliau di Bukit Arafat di Ghadir Khumm (serta tempat-tempat lain) di mana beliau telah melantik Ali (a.s) dan mengucapkan “Hadis tentang dua Perkara Penting” (Hadis Al-Thaqalain) yang mahsyur:
“Aku tinggalkan di kalangan kamu dua perkara penting: yang pertama adalah Kitab Allah yang di dalamnya terdapat petunjuk dan cahaya, maka berpegang teguhlah kepada Kitab Allah; dan patuhilah ia”. Baginda menyeru (kita untuk berpegang teguh) kepada Kitab Allah dan kemudian berkata: “Yang kedua adalah ahli keluargaku, aku ingatkan kamu (kewajiban kamu) kepada ahli-ahli keluargaku”.
Nota: Versi ini terdapat di dalam kitab-kitab sahih Sunni, manakala versi “Al-Quran dan Sunnah” sebenarnya tidak ada.
Lebih jauh Syiah tahu bahawa Nabi Muhammad berjaya meninggalkan wasiat bertulis dan riwayat berikut terkenal di kalangan mereka:
Bapaku, semoga Allah merahmatinya, meriwayatkan kepada kami, katanya: Saad Ibn Abdullah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad Ibn Al-Hussain Ibn Al-Khattab meriwayatkan kepada kami dari Al-Hassan Ibn Mahbub dari Abil Jarud dari [Imam] Abu Jaafar (Al-Baqir, (a.s)) dari Jabir Ibn Abdullah Al-Ansari yang berkata: “Ketika aku pergi bertemu Fatimah, aku melihatnya bersama lembaran di mana nama-nama (Al-Awsiya’) para wasi bagi wasiat tersebut tertulis. Aku kemudiannya menghitung mereka ada dua belas. Nama terakhir adalah Al-Qaim. Tiga nama mereka adalah Muhammad dan tiga nama lagi adalah Ali”.-(Al-Khisal Saduq,ms.477)
Tetapi satu wasiat Nabi lagi yang telah diriwayatkan namun terpendam tanpa disedari selama ratusan tahun ada di dalam kitab-kitab hadis Syiah. Dan ia menjadi satu keajaiban Al-Yamani setelah beliau muncul lalu menunjukkan wasiat tersebut yang telah diabaikan oleh manusia selama ratusan tahun, walaupun ada di dalam riwayat-riwayat yang sahih.
Pada malam kewafatannya sebelum meninggal dunia, Rasulullah SAW memberitahu kita tentang Imam Ahmad (a.s), sebagai yang pertama dari 12 Mahdi yang akan datang selepas 12 Imam, di dalam wasiat terakhirnya.
Kewajiban atas setiap muslim untuk membuat wasiat
Menurut Al-Quran dan riwayat-riwayat dari Ahlulbait (a.s) menjadi kewajiban atas setiap Muslim untuk meninggalkan wasiat.
{Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu bahawa apabila kematian datang kepada salah seorang dari kamu -jika dia meninggalkan banyak harta- maka dia perlu membuat wasiat untuk ibu bapa dan kerabat terdekat secara ma’aruf. Ini adalah kewajipan ke atas orang-orang yang bertakwa}.-(Al-Quran 2: 180)
Di dalam ayat yang terakhir kita dapat melihat bahawa Allah SWT telah memerintahkan orang-orang mukmin untuk menulis wasiat apabila mereka merasakan kematian mereka sudah dekat. Maka adakah pemimpin bagi semua mukmin iaitu Nabi Muhammad SAW melupakan wasiat?. Atau beliau gagal melaksanakan perintah terakhir dari Allah SWT ini?
Muhammad Ibn Faisal melaporkan dari Abi Alsabh bahawa dia bertanya Abi Abdullah (a.s) mengenai wasiat, lalu Imam (a.s) menjawab: “Ia adalah satu tanggungjawab penting atas setiap Muslim”.-(Man la Yazadul Faqih, Jilid 4, ms.181)
Dan Muhammad Ibn Abi Yumar melaporkan dari Hamad Ibn Uthman yang mendengar dari Abu Abdullah (a.s): “Allah SWT merahmati hambaNya SWT sebelum kematiannya dengan memulihkan penglihatan, pendengaran dan fikiran hambaNya supaya dia boleh membuat wasiat. Bagaimanapun, ia bergantung kepadanya untuk meninggalkan wasiat atau tidak, tetapi ia adalah kelapangan yang diberikan kepadanya sebelum mati. Ini adalah tanggungjawab atas setiap Muslim”.-(Man la Yazahul Faqih, Jilid 4, ms.180)
Abi Naim meriwayatkan dari Abi Hamzah yang mendengar dari Imam Muhammad Baqir (a.s): “Allah SWT berfirman: {[Wahai] anak-anak Adam Aku merahmati kamu dengan tiga:
1) Aku telah menyembunyikan dosa-dosamu dari keluargamu, kerana jika mereka mengetahui tentang dosa-dosamu, mereka tidak akan (mempedulikan untuk) mengebumikan kamu.
2) Aku memberikan kamu kekayaan dan meminta pinjaman darimu (untuk memberi orang miskin) tetapi kamu tidak memberinya atas alasan yang munasabah.
3) Sebelum kematianmu Aku kembalikan deriamu, supaya kamu boleh meninggalkan wasiat atas alasan yang wajar mengenai kekayaan tetapi kamu tidak mempedulikannya}”.-(Al-Khisal, Jilid 1, ms.136)
Oleh itu, jika Ahlulbait (a.s) menyatakan bahawa membuat wasiat memang ‘tanggungjawab atas setiap Muslim’, bagaimana mungkin terjadi makhluk terbaik Allah SWT yang mendahului semua yang lain di dalam ketaatan, ibadah, keikhlasan, kemuliaan dan amal, boleh gagal untuk melakukannya?
Sesungguhnya Rasulullah Muhamamd SAW tidak menyalahi ayat-ayat Al-Quran yang muhkam (nyata). Dan menafikannya seperti mengatakan bahawa Rasulullah SAW telah bertindak bertentangan dengan Al-Quran dan jauh sekali beliau dari perkara itu.
Tambahan pula terdapat banyak riwayat yang menyokong fakta bahawa Nabi Muhammad SAW sesungguhnya berjaya -dengan izin Allah SWT- membuat wasiat. Walaupun permintaannya untuk menulis wasiatnya pada mulanya dihalang oleh sebilangan sahabatnya, namun, beliau telah diberikan kejayaan untuk menyempurnakan Kehendak Allah SWT ini.
Nabi Muhammad menulis wasiat di kasur kematiannya
Insiden ini telah dicatatkan dengan rapi oleh kedua-dua sumber Syiah dan Sunni.
Diriwayatkan dari Ibrahim Ibn Musa, dari Hisyam, dari Muamar, dari Abdullah Ibn Muhammad, dari Abdulrazak, dari Muamar, dari Al-Zahri, dari Ubaidullah Ibn Abdullah, dari Ibn Abbas (semoga Allah meredhai mereka), yang berkata:
Ketika Rasulullah berada di atas kasur kematiannya terdapat beberapa orang di dalam rumah dan di antaranya adalah Umar Ibn Al-Khattab, maka Nabi berkata, “Ke mari, biar aku tuliskan untuk kamu satu kenyataan yang selepas ini kamu tidak akan tersesat”. Umar berkata, “Nabi sedang meracau, kita mempunyai Kitab Allah, ia sudah cukup untuk kita”. Orang-orang yang berada di dalam rumah berselisih dan bertengkar. Sebahagian berkata, “Pergilah kepadanya agar Nabi dapat menuliskan untuk kamu satu kenyataan yang selepas ini kamu tidak akan tersesat”, sementara yang lain berkata sama seperti apa yang Umar katakan. Apabila mereka menimbulkan perselisihan dan berteriak di hadapan Nabi, Rasulullah berkata, “Pergi!” Ubaidullah meriwayatkan bahawa Ibn Abbas berkata, “Adalah amat malang bahawa Rasulullah telah dihalang dari menulis kenyataan tersebut untuk mereka disebabkan perselisihan; dan riuh rendah mereka”.-(Al-Bukhari, Jilid 7, Bab 70, Riwayat No.573)
Versi lain adalah…
Ibn Abbas berkata: Khamis dan betapa hari Khamis itu!. Sakit Nabi menjadi semakin berat dan beliau berkata, “Ke mari, aku akan menulis satu kenyataan yang akan menghalang kamu dari tersesat dari jalan yang benar”. Tetapi Umar berkata Rasulullah sedang dirasuk kesakitan dan mereka mempunyai Al-Quran, itu sudah mencukupi sebagai Kitab Allah. Orang-orang di dalam rumah kemudiannya berselisih dan bertengkar sesama sendiri, sebahagian dari mereka setuju dengan apa yang Rasulullah katakan, sementara yang lain menyokong pendapat Umar. Apabila perdebatan menjadi panas dan riuh rendah menjadi semakin kuat, Rasulallah berkata kepada mereka, “Tinggalkan aku sendiri”. Ibn Abbas berkata: “Bencana yang menimpa adalah pertelingkahan di kalangan sahabat yang menghalang Rasulullah dari menulis kenyataan tersebut untuk mereka”.-(Sahih, Muslim, Akhir Kitab Al-Wasiyyah, Jilid 5 ms.75; Musnad Ahmad, Jilid 1, ms 335; Jilid 5,ms.116; Tarikh At-Tabari, Jilid 3, ms.193; Tarikh Ibn Al-Athir, Jilid 2, ms.320)
Bagaimanapun kisah ini bersambung di dalam kitab-kitab Syiah, apabila Nabi SAW memanggil Imam Ali (a.s) dan sekumpulan kecil mukminin kembali ke kasur kewafatan beliau.
Dan di sini sedikit daripada banyak riwayat yang mengesahkan fakta bahawa Nabi Muhammad SAW memang meninggalkan wasiat.
Diriwayatkan dari Muhammad Ibn Muslim yang mendengar dari Imam Abu Jaafar (a.s): “Wasiat adalah satu kewajipan dan Rasulullah SAW juga telah meninggalkan wasiat, menjadi satu kewajiban atas semua umat Islam untuk melakukan yang sama”.-(Man la Yazahul Faqih, Jilid 4, ms.181)
Riwayat Sunni: “Rasulullah SAW menulis sebuah buku yang menyebut para khalifah selepasnya, mereka dberi autoriti dan kemudian beliau memeterainya”.-(Perawi: Muslim Ibn Harith Al-Tamimi, Al-Muhadith: Al-Haithami, Sumber: Majma Al-Zawa‘id 8/102, Penilaian Muhadis: Para perawinya boleh dipercayai)
Dan di dalam Hadis nombor 11 dari Kitab Sulaim Ibn Qais Al-Hilali, kita dapati Imam Ali (a.s) berkata:
“Wahai Talhah, adakah kamu hadir ketika Nabi SAW meminta kertas supaya beliau boleh menulis apa yang umat ini tidak akan tersesat dan bercanggah?. Pada masa itu sahabat kamu berkata apa yang telah dia katakan – (iaitu Rasulullah sedang meracau). Pada masa itu Rasulullah SAW menjadi sangat marah dan meninggalkannya”.
Talhah berkata: “Ya, aku hadir pada masa itu”.
Ali (a.s) berkata: “Apabila kamu semua pulang, Rasulullah SAW memberitahuku semua ini dan juga memberitahuku apa yang beliau ingin tuliskan; dan beliau mahu orang ramai untuk menjadi saksi kepadanya. Pada masa itu Malakat Jibral memberitahunya bahawa Allah Azza Wa Jalla tahu penentangan dan perpecahan ke atas umat ini. Kemudian beliau meminta kertas dan menyuruh aku menulis apa yang beliau ingin tuliskan; dan membuat tiga orang menyaksikannya – Salman, Abu Dhar dan Miqdad; dan beliau memberitahu nama-nama para Imam yang memberi petunjuk, yang Allah telah perintahkan ketaatan hingga hari kiamat …”.
Oleh itu, jelas bahawa Nabi Muhammad SAW memang meninggalkan wasiat.
Wasiat Nabi Muhammad
Wasiat Nabi Muhammad SAW pada Malam Kewafatannya
Wasiat tersebut menyebut…(sila rujuk terjemahan wasiat tersebut)
Wasiat Nabi Suci Muhammad SAW ini telah disebut di dalam rujukan, antaranya oleh Syeikh Al-Tusi, Ghaibah At-Tusi, ms. 150.
Syeikh Al-Tusi, yang dikenali sebagai ‘Bapa Syiah’ dan orang yang membuka Hauzah pertama di Najaf, Iraq, menulis di dalam bukunya “Ghaibah Al-Tusi” mengenai pendapatnya tentang kesahihan wasiat Nabi Suci SAW:
“Kami katakan: ‘Dan apa yang membawa kepada kesahihannya, Syiah Imamiah melihatnya berada pada jalan tawatir (tahap kepastian mutlak) tanpa digugat hal-hal lain dan cara ia menjadi sahih ada di dalam kitab-kitab Imamiah’…”.
Dan wasiat ini telah diiktiraf dan diterima oleh mazhab Syiah Dua Belas (Syiah Marji’), yang meriwayatkannya melalui mazhab mereka beserta dengan penyebutan 12 Mahdi dan yang pertama dari mereka ini adalah Ahmad.
Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai para perawi wasiat Nabi Muhammad SAW dan kredibiliti mereka.
Kesimpulan
Kita harus sedar besarnya kepentingan mengemukakan wasiat ini…
Peristiwa Nabi Muhammad SAW mengumumkan di atas kasur kematiannya bahawa beliau akan menulis wasiat tercatat di dalam dua kitab “Sahih” Sunni mengenai hadis “Tragedi Khamis” dilihat seolah-olah tiada kesinambungan. Tetapi fakta kesinambungannya ada di dalam kitab-kitab Syiah, beserta wasiat itu sendiri.
Ia satu-satunya wasiat yang dicatatkan dari Nabi Muhammad SAW dengan lengkap.
Rasulullah SAW menjanjikan bahawa dokumen ini sebagai perlindungan bagi orang-orang yang mengikutnya.
Dan ia telah tersembunyi di hadapan mata selama berabad-abad, menunggu pewaris sebenarnya untuk menuntutnya.
Wasiat Nabi Muhammad SAW ini adalah satu misteri dan petunjuk itu sendiri – penyelesaian bagi sebuah teka-teki. Ia bukan semata-mata seorang lelaki datang dan menyebutnya.
Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) adalah orang pertama yang bangkit dan mendakwa beliau adalah orang yang disebutkan di dalam wasiat Rasulullah SAW ini.
Oleh itu tindakan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang menuntut wasiat ini sudah pasti terpelihara dari kesesatan seperti mana yang dijanjikan oleh Nabi Suci SAW.

Thursday, 2 March 2017

Khabar Gembira Yang BESAR..!!!





Dari ‘Facebook’ seorang Ansariah di atas pelancaran Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur pada Tahun Baru 2017
Kepada Pejabat Najaf yang dilaknati dan kepada semua para munafik, para pendusta, para penjenayah; dan para penindas:
Hari-hari (kamu) melaporkan akaun ‘Facebook’ kami telah berakhir! 
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan memasuki setiap rumah-rumah dan mendedahkan kepalsuan kalian; dan menanggalkan jubah kesucian palsu yang menjadi pakaian kalian selama ini
Demi Allah, Yang Maha Esa, Maha Pembalas, ‘Channel’ ini akan menjadi tajuk utama di lidah-lidah kalian disebabkan ketakutan melampau kalian. Dan tiada belas kasihan yang akan sampai kepada kalian, kerana Hari yang dijanjikan Allah telah tiba dan janji-Nya pasti terpenuhi
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan menghancurkan tahta-tahta kalian yang kalian bina dengan hasil pencurian, penindasan, jenayah yang berterusan dan kurangnya rasa takut kepada Allah SWT
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan menyebarkan mesej sebenar Allah SWT tanpa sebarang tolak-ansur atau pengurangan, bujukan atau pujian!. Kerana pemimpinnya adalah Hujjah Allah Imam Mahdi, Muhammad Rasulullah SAW  yang tidak pernah takut kepada sesiapa atau memperkirakan sesiapa kecuali Allah, Tuhan Sekalian Alam
Stesen Satelit ‘Black Banners’ dari Timur akan membuatkan kalian kehilangan sebarang keselesaan yang pernah kalian rasakan, kerana pemimpinnya adalah Hujjah Allah Ahmad Al-Hassan, Al-Hussein (a.s) dan cahayanya akan menghancurkan kegelapan kotor kalian
Keadilan, kebenaran dan cahaya Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) akan memasuki teras setiap rumah, menyucikan yang baik; dan membakar yang buruk-kerana mayat akan cepat membusuk apabila ditimpa air hujan
Apa yang dijanjikan kepada kalian benar-benar telah tiba.



SERUAN 'SAYHA'




Ramai orang berkata bahawa adalah tidak masuk akal untuk mempercayai bahawa Saluran Satelit Imam Mahdi (a.s) adalah SAYHA (jeritan atau seruan dari langit). Sekiranya ianya tidak masuk akal, maka bagaimana caranya supaya dunia dapat menerima peringatan sebelum tibanya Akhir Zaman?. Bagaimana caranya supaya Imam Mahdi (a.s) dapat menjangkau semua orang di dunia ini secara keseluruhan?.

Apakah kamu mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan berdiri di sebelah kudanya dengan gulungan kertas di tangannya di tengah orang ramai dan kemudiannya berkhutbah sementara orang-orang melewatinya?. Atau apakah  kamu mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan mengetuk setiap pintu rumah untuk memberi peringatan kepada setiap orang?.

Para Nabi dan Rasul selalu berbicara kepada umatnya dengan bahasa yang digunakan oleh umat pada zamannya. Seperti contohnya Nabi Musa (a.s). Ia menggunakan sihir seperti orang-orang pada zamannya untuk membicarakan agama dan ia menunjukkan kepada umatnya bahawa Tuhan Yang Esa adalah Yang Maha Benar; dan Maha Kuasa. Contoh lain adalah Nabi Isa (a.s). Ia menggunakan kemampuannya, kepada umat pada zamannya, untuk menyembuhkan dan mengubah dari satu bentuk kepada bentuk yang lainnya; dan ia menunjukkan bahwa Allah Yang Esa adalah Yang Maha Kuasa. Pada zaman Nabi Muhammad SAW, ia membawa Al- Quran di dalam bentuk puisi pada zamannya dan Rasulullah SAW menunjukkan pada umatnya bahawa Tuhan Yang Esa adalah Yang Maha Benar; dan Maha Kuasa. 

Lalu bagaimana pula dengan Imam Mahdi (a.s) yang datang pada era globalisasi dan ketika media massa dianggap sebagai media komunikasi?. Bukankan akan lebih mudah untuk mempercayai bahawa Imam Mahdi (a.s) akan berbicara dengan bahasa dan cara yang digunakan oleh orang-orang pada zamannya (zaman ini)?. Bukankah orang-orang pada era sekarang berkomunikasi melalui media seperti ‘Facebook’, ‘Twitter’, TV?. Dan bukankah Satelit mengirimkan signal dari langit?. Tentu sahaja Imam Mahdi (a.s) pun akan berbicara kepada orang-orang di dalam bahasa mereka dan dengan alat yang mereka ada; dan difahami oleh mereka. Dan semua ini adalah bentuk kasih-sayang Allah SWT kerana Dia membuat semuanya menjadi mudah bagi kita untuk mengerti dan menyerapnya dengan cepat. 

Bayangkan apabila Ahlulbait (a.s) terdahulu, sebelum Imam Mahdi (a.s), membicarakan tentang saluran satelit, maka tidak ada seorang pun yang akan mengerti. Oleh kerana itu mereka (a.s) menggambarkannya sebagai “seruan dari langit (sayha)”. Nubuwah tentang masa depan selalu diberikan di dalam bentuk gambaran (deskripsi), seperti contohnya “burung-burung besi” untuk menggambarkan kapal terbang.

Dan Mahdi (a.s) akan menunjukkan kepada dunia di dalam bahasa mereka bahawa Allah Yang Esa adalah Yang Maha Benar dan Maha Kuasa.

Allahumma Sholli Ala Muhammad wa Aali Muhammad wal Aimma wal Mahdiyyin wa Salim Tasliman

Dan semoga Saluran Satelit Imam (a.s) yang penuh berkah ini akan dapat menjangkau setiap rumah kerana saluran (channel) ini adalah sayha, seruan kebenaran yang keras dan jelas.
(Tulisan ini adalah terjemahan dari facebook post yang dibuat oleh Sister Aqeela Al Mahdy)


Kedatangan Kembali Imam Musa AI-Kadzim (a.s)



Khutbah Jumaat Sheikh Kadhumi:

Imam Musa Al-Kadzim berkata, tidak ada suatu saat pun tanpa Hujjah Allah di atas muka bumi. Akulah Hujjah Allah yang jelas dan tersembunyi di kalangan manusia. Akulah Hujjah Allah pada Yaum Maqlum (Hari Yang Diketahui/Ditentukan). Akulah yang berbicara bagi pihak Rasul. Akulah pada pada zamanku iaitu Musa Al-Kadzim.
Imam Musa Al-Kadzim berkata: “Tiada suatu saat pun tanpa Hujjah Allah di atas muka bumi ini”.
Banyak hadis Ahlulbait yang merujuk perkara atau maksud ini. 
lmam Zainal Abidin (a.s) berkata: “Tidak ada suatu saat pun tanpa kehadiran Hujjah Allah di atas muka bumi semenjak Allah menciptakan Adam, zahir dan dikenali atau ghaib; dan tersembunyi, kerana keberadaan seorang Imam di bumi adalah seumpama tali pusat yang memberikan kehidupan kepada bayi di dalam kandungan, sekiranya ia dipotong maka bayi akan mati. Dan jika bumi tanpa kehadiran seorang Imam maka bumi ini akan mati”. 
Dan beliau (a.s) berkata: “Akulah Hujjah Allah yang jelas dan yang tersembunyi di kalangan manusia”.
Akan tetapi kita tahu bahawa Musa Al-Kadzim adalah seorang Imam yang jelas dan dikenali di kalangan manusia, bukannya seorang Imam yang ghaib; dan tersembunyi.
Lalu, mengapa lmam Musa Al-Kadzim (a.s) berkata sedemikian?. Akulah seorang Imam yang ghaib dan tersembunyi.
Kita semua tahu bahawa Imam Al-Mahdi adalah satu-satunya Imam yang ghaib dan tersembunyi dari kalangan para Imam Ahlulbait (a.s).
Ini bermakna ada rahsia disebalik perkara ini. Beliau (a.s) ingin mengingatkan kita kepada satu perkara besar. 
Dan beliau (a.s) berkata: “Akulah Hujjah Allah pada Yaum Maqlum (Hari Yang Di Ketahui/DiTentukan)”.
Apakah maksudnya, Yawm Maqlum?
Wahab bertanya lmam Ash-Shodiq berkenaan (Iblis) di dalam firman Allah:
 (رب فأنظرني إلى يوم يبعثون * قال فإنك من المنظرين * إلى يوم الوقت المعلوم)
{Berkata iblis: “Ya Rabbku, (kalau begitu) maka beri tangguhlah kepadaku sampai hari kiamat”, Allah berfirman: “(Kalau begitu) maka sesungguhnya kamu termasuk orang yang diberi tangguh, sampai hari (suatu) waktu yang telah ditentukan/Al-Yaum Maqlum)-(Surah Al-Hijr, 36~38)
Wahab bertanya kepada lmam Ash-Shodiq (a.s): “Hari yang mana satukah yang dikatakan ‘Yaum Maqlum'”?.
lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata kepadanya: “Adakah kamu menyangkakah ianya Hari Kiamat?. Tidak, ia ialah ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi”.
Jika lmam Al-Mahdi keluar, beliau akan membunuh Iblis, itulah yang dikenali sebagai “Yaum Maqlum”.
Sekarang, kita mengetahui dari hadis ini bahawa “Yaum Maqlum” adalah ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi.
Sekarang, mari kita kembali kepada kata-kata lmam Musa Al-Kadzim (a.s):
(Akulah Hujjah Allah pada ketika Al-Yaum Maqlum).
Ini bermakna, lmam Musa Al-kadzim (a.s) akan datang kembali ketika kebangkitan lmam Al-Mahdi (a.s).
Ini bermakna kita mempunyai dua orang Hujjah Allah pada ketika “Yaum Maqlum” dan mereka ialah lmam Al-Mahdi; dan Musa Al-Kadzim di dalam salah satu inkarnasinya. 
Tetapi kita mempunyai hadis lain yang menyatakan bahawa lmam Hussein akan datang kembali bersama lmam Al-Mahdi pada ketika “Yaum Maqlum”.
lmam Baqir (a.s) berkata: “lmam Hussein berkata kepada para sahabatnya pada malam 10 Muharram: Demi Allah kita akan kekal selepas kesyahidan dan Allah akan mengembalikan kita semula apabila Al-Mahdi muncul”.
lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Apabila lmam Al-Mahdi wafat, lmam Hussein akan memandikan, mengafankan, menghunut dan meletakkannya di dalam liang kubur”. 
Dan lmam Ash-Shodiq (a.s) berkata: “Tiada yang datang selepas seorang pengganti kecuali (ia juga) seorang pengganti”.
Jadi, daripada kata-kata ini dapatlah kita fahami bahawa: lmam Hussein, lmam Al- Mahdi dan lmam Musa Al-Kadzim adalah tiga orang Imam yang harus ditaati pada ketika “Yaum Maqlum”.
Tetapi perkara ini bersalahan kerana Ahlulbait berkata: “Tidak ada dua Imam yang berbicara pada masa yang sama”.
Husham bin Salim bertanya kepada lmam Ash-Shodiq (a.s): “Mungkinkah ada dua orang Imam pada waktu ini”?
Beliau (a.s) menjawab: “Tidak, hanya salah satu dari mereka, satunya diam dan satu lagi berbicara. Tidak berlaku dua Imam berbicara pada masa yang sama”.
Jadi, dapatlah kita simpulkan dari kesemuanya ini bahawa semestinya lmam Musa Al-Kadzim adalah lmam Hussein.
Sekarang, kita kembali lagi melihat kata-kata lmam Musa Al-Kadzim (a.s): 
(Akulah pada zamanku Musa Al-Kadzim).
Ini bermakna beliau mempunyai reinkarnasi lain dan nama lain.
Wasiat Nabi Muhammad SAWAS pada malam kewafatannya memberitahu kepada umatnya: Akan ada Imam yang datang bersama lmam Al-Mahdi, namanya adalah Ahmad.
Maka kesimpulannya ialah lmam Musa Al- Kadzim (a.s) adalah lmam Hussein dan Ahmad.

Friday, 30 December 2016

Bahagian 2: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf









Bantahan Kedua:


Dalam dokumen mereka, pengikut Pejabat Najaf mendakwa bahawa Imam Al-Mahdi a.s sentiasa berhubung dengan syiahnya dalam kedua-dua keghaibannya, sama ada ghaib kecil atau ghaib besar, dan mereka menggunakan dua hadith di bawah sebagai dalil dan mendakwa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. tidak boleh memasuki keghaiban dan sentiasa berhubung dengan ansarnya, atau jika tidak dia tidak menunaikan tugasnya:

“Ini menunjukkan Imam Al-Mahdi sendiri yang berada dalam keghaiban masih dan tetap berhubung dengan syiahnya. Maka apa yang menghalang Ahmad Al-Hassan berhubung dengan Ansar Imam Al- Mahdi? Sudah tentu tiada, malah sangat perlu bagi beliau sentiasa berhubungan dengan Ansar, kerana tugas utama beliau adalah mempersiapkan Ansar. Inilah tujuan utama Al-Yamani diutuskan.”

Dan inilah hadith yang mereka ajukan:

Jabir meriwayatkan dari Abu Jaafar a.s: Jabir berkata: Aku bertanya kepada beliau tentang ayat ini:

{Dan bagi tiap-tiap satu umat ada seorang Rasul (yang diutuskan kepadanya); setelah datang Rasul masing-masing (menerangkan apa yang mesti diterangkan) maka hukuman pun dijalankan di antara mereka dengan adil dan mereka tetap tidak dianiaya.

(QS: 10:47)}

Beliau a.s menjawab: “Maksud batinnya ialah di setiap abad untuk umat ini akan ada seorang Rasul dari keluarga Muhammad yang akan keluar kepada mereka pada abad itu, dan mereka adalah yang terpilih dan mereka juga adalah utusan..” (Tafsir Al-Ayashi, Jilid 2, halaman 123, hadis 23 dan Al-Majlisi juga meriwayatkan dalam kitab Bihar Al-Anwar)
Kita semua tahu bahawa ketika dalam keghaiban kecil, Imam Al-Mahdi mempunyai empat duta atau wakilnya, yang melalui mereka Imam Al-Mahdi berkomunikasi dengan syiahnya, iaitu bukan secara terus atau ‘direct’ tetapi melalui 4 orang wakil itu. Manakala ketika keghaiban besar dan sehinggalah kemunculan Imam Ahmad Al-Hassan a.s., Imam Al-Mahdi berada dalam keghaiban ‘total’.

Dan kami telah pun membuktikan di atas dengan hadith-hadith yang menyatakan Imam Ahmad Al-Hassan a.s akan melalui keghaiban dan pekara atau hal ini (keghaiban) adalah pekara  yang DITEKANKAN oleh Nabi dan Para Imam a.s melalui hadith-hadith mereka.

Jadi, sebagai ‘respon’ kepada hadith di atas yang mereka gunakan, kita juga boleh berhujah bahawa di antara keghaiban besar Imam Al-Mahdi a.s dan seruan Imam Ahmad Al-Hassan a.s, tidak wujud seorang hujjah. Tapi kita tahu dari hadith-hadith Ahlulbait a.s yang menyatakan bahawa keghaiban Imam Al-Mahdi a.s dari kita adalah sebagai hukuman kepada kita, dan kita terpaksa melalui masa tanpa kehadiran hujjah dalam tempoh masa tertentu.

Bantahan ketiga:


Siapakah yang akan menyeru apabila Sufyani keluar?
Bermula pada 23hb. Januari 2015 Imam Ahmad Al-Hassan a.s. telah keluar dari Ghaiba/keghaiban selepas berlangsung selama enam tahun seperti yang dinyatakan di dalam hadith-hadith. Kami tidak pernah menyatakan bahawa Imam a.s masih dalam keghaiban, malah beliau a.s telah keluar dan berada bersama bapanya Imam Mahdi a.s dan apabila sampai waktunya dia a.s akan memberitahu kepada kita tentang kebangkitan Al-Sufyani.
Juga, kalian menyebut hadith yang secara dasarnya menyokong dakwaan kami dan bertentangan dengan dakwaan kalian sendiri, iaitu:

Diriwayatkan dari Hathlam ibnu Bashir, aku berkata kepada Ali ibnu Al-Hussein a.s:

“Gambarkan kepadaku tentang kemunculan Al-Mahdi dan jelaskan kepadaku secara terperinci dan tanda-tandanya,” Imam Ali Zainal Abidin a.s berkata: ”Sebelum kemunculannya adalah kemunculan seorang lelaki, namanya ialah Auf Al-Silmy di bumi Al-Jazirah(Iraq), tempat tinggalnya di Tikrit dan pembunuhannya adalah di masjid Damsyik, kemudian adalah kemunculan Shuaib Ibn Saleh dari Samarqand, dan kemudian Sufyani yang terlaknat akan muncul dari Wadi Al-Yabis dan beliau adalah anak kepada Utbah Bin Abu Sufyan, apabila Sufyani muncul, Mahdi akan akan menghilang dan akan muncul selepas itu.” (Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.213)

Hadith ini menyatakan bahawa Al-Mahdi akan menghilang, bagaimanapun kalian silap menafsir hadith ini bila menyatakan: “Hadith di atas jelas menyatakan bila Sufyani muncul, Al-Mahdi sudah ada, dan selepas itu menghilang. Pastilah Al-Mahdi sepatutnya sudah ada kerana dialah orangnya yang boleh mengenali Al-Sufyani dan menyeru untuk menentang Al-Sufyani.”

Ada beberapa kesilapan di situ:

Pertamanya, hadith itu tidak menyatakan apabila Sufyani bangkit , sebaliknya ia menyebut “apabila Sufyani MUNCUL..…”
Kedua, Al-Mahdi yang disebut di sini bukannya Imam Al-Mahdi a.s tetapi Imam Ahmad Al-Hassan a.s., kerana kita tahu bahawa Imam Al-Mahdi a.s. telahpun keluar dari keghaiban besar dan tidak akan melalui satu keghaiban lagi. Maka yang akan melalui keghaiban adalah Imam Ahmad Al-Hassan a.s yang telah sedia ada tapi akan ghaib selama enam tahun dan telah keluar dari keghaiban sekarang ini dan in sha Allah akan menunjukkan dan menjelaskan pekara berkaitan Al-Sufyani bila masanya tiba.

Bantahan Keempat:


Mengambil ilmu dan hukum sebelum kebangkitan Al-Qa’im.
Ali anak kepada Muhammad Raf’a dari Ali ibnu Abi Hamza dari Abi Baser, berkata: “Bilakah Faraj?” Beliau bersabda: “Al-Qa’im adalah Imam anak kepada Imam. MEREKA MENGAMBIL HALAL DAN HARAM DARINYA SEBELUM KEBANGKITAN BELIAU A.S.” Aku bertanya: “Semoga Allah memperkukuh keadaanmu, bagaimana jika manusia tidak menjumpai Imamnya, dari siapa harus mengambilnya?” Beliau menjawab: “Jika berlaku sebegitu, cintailah orang yang telah kamu cintai dan tunggulah faraj, pantasnya akan sampai kepada kamu.” (Mu’jam Ahadis Imam Mahdi, Jilid 3, ms.417)

Sekali lagi, dalam jawapan balas kepada hadith ini, ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa yang Imam a.s. telah bangkit, dan oleh kerana itu kami mengambil Halal dan Haram dari beliau a.s. sekarang selepas beliau a.s keluar dari keghaiban dan ajaran beliau a.s sebelum tahun 2008.

Kami juga tidak memahami tafsiran kalian tentang “cintailah orang yang telah kamu cintai ” adalah berkenaan Nathim Al-Uqaily, dan menggunakan kenyataan Ifham sebagai hujah sedangkan kami sudah membuktikan di atas bahawa yang pertama kecundang ketika Fitnah dan yang akan menentang Imam a.s dan berpaling tadah adalah mereka-mereka yang rapat dan dilihat sebagai istimewa kepada Imam a.s sebelum ini.
Hujah ini agak melucukan dan tidak perlukan hujah lain daripada kami.


Bantahan Kelima:


Kenali pemilik akaun ‘Facebook’ melalui ilmunya.
Sebenarnya, sekiranya akaun ‘facebook’ ini dan ‘posting-posting’nya sejak akhir-akhir ini adalah JELAS bahawa ia bukan dari Imam a.s dan bertentangan sama sekali dengan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip dan inti seruan Imam a.s yang kita ketahui sebelum ini.

Kerjasama dengan thaghut, penggunaan bahasa kesat, kata-kata yang tidak sesuai, kemarahan yang tidak terkawal, kekurangan sifat terhormat dan belas kasihan, dan mem-‘block’ dan men-‘delete’ komen-komen, tidak mengucapkan solawat ke atas Nabi Muhammad dan Ahlulbaitnya a.s dalam setiap ‘post’nya, membuktikan bahawa ia bukanlah Imam a.s. yang sebenar.
Jadi Ya!, kami sebenarnya menerima hujah kalian dan akaun ‘facebook’ itu benar-benar membuktikan bahawa ia bukanlah dari Imam a.s!.

Dan lain-lain yang kalian sebut sebagai ilmu dari ‘facebook’, adalah Samiri juga mengambil ilmu yang banyak dari Musa a.s dan ajaran-ajarannya dan juga Samiri adalah rapat dengan Musa a.s sebelum pemergian Musa a.s.


Bantahan Terakhir:


Al-Qa’im akan berhubung dengan Ansarnya melalui  Internet
Abu Abdullah a.s berkata: “Apabila Qa’im kami bangkit, Allah akan panjangkan untuk syiah kami pendengaran dan penglihatan antara mereka dan Al-Qaim, apabila beliau ingin bercakap, maka mereka akan mendengar dan melihat beliau, sementara beliau kekal berada di tempatnya.” (Muntakhab Al-Athar, ms.483, Bihar Al-Anwar Jilid 52, ms.336)

Kalian salah dalam menafsir hadis ini!

سمعت أبا عبد الله (ع) يقول: إن قائمنا إذا قام مد الله لشيعتنا في أسماعهم وأبصارهم حتى لا يرون بينهم وبين القائم بريد يكلمهم فيسمعون وينظرون إليه وهو في مكانه. وروى الصافي أيضاً

Ya. Seperti yang Aba Abdullah a.s sebutkan, BILA AL-QAIM KAMI BANGKIT, dia akan berhubung dengan medium seperti yang disebutkan dalam hadith di atas.

Jadi, adakah Imam Ahmad a.s itu BANGKIT ketika keghaibannya sejak dari tahun 2008 sehingga ke hari ini ? Tidak.
Dan ‘Black Banners’ tidak pernah mendakwa sedemikian. Jadi, adalah jelas bahawa kalian telah membantah hujah-hujah kalian sendiri dengan meletakan hadith yang menyatakan kebangkitan, dan bukannya kemunculan!

JADI, adalah jelas bahawa Imam Ahmad a.s belum lagi bangkit dan pihak Pejabat Najaf adalah pembohong, dan pemutarbelit fakta!!

Bahagian 1: Menjawab Bantahan Penyokong Pejabat Najaf










Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,
Kepada Ansar Allah,

Pihak Pejabat Najaf dan pengikutnya menyatakan beberapa hujah untuk menolak bahawa Imam Ahmad a.s “berdiam diri” sepenuhnya dan keghaiban dan lain-lain pekara yang berkaitan dengannya. Kamu boleh membaca bantahan mereka pada link di bawah:

http://www.eramahdi.net/2015/06/11/untuk-peragu-bantahan-al-qaim-tidak-berhubung-dengan-ansarnya/

Ini adalah jawapan balas kami kepada mereka:
Bantahan Pertama:

Ketiadaan Al-Qa’im a.s

Pengikut Pejabat Najaf cuba membantah dengan menggunakan hadith yang kami gunakan untuk membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan a.s. berada dalam keghaiban dan tidak berhubung dengan Ansarnya selama masa keghaiban itu. Dan ini hadithnya:   

                              
Daripada Abdul Rahman bin Abi Layla, telah berkata Ali a.s: Aku berada di sisi Nabi saw di dalam rumah Ummu Salamah…sehinggalah kepada sabda Nabi saw: Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami lalu berkata dengan suara yang nyaring: Berwaspadalah! apabila hilang yang kelima daripada anak ketujuhku. Lalu Ali a.s berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, maka bagaimanakah berlakunya ghaibah ini? Lalu menjawab: Berdiam diri sehinggalah Allah mengizinkan dia keluar. (Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi a.s, jilid 1, ms.296)


في حديث طويل قال فيه بعد أن عدد الأئمة من أهل بيته ثم يغيب عنهم إمامهم ما شاء الله، ويكون له غيبتان إحداهما أطول من الأخرى. ثم التفت إلينا رسول الله صلى الله عليه وآله فقال رافعا صوته: الحذر إذا فقد الخامس من ولد السابع من ولدي، قال علي: فقلت: يا رسول الله فما تكون هذه الغيبة؟ قال: أصبت (الصمت) حتى يأذن الله له بالخروج.

Mereka mendakwa di dalam sumber pertama hadith itu perkataan “silence” tidak disebut, malah perkataan yang dinyatakan adalah “Yasseer” (يصير) bermaksud “akan terjadi”, dan “Esber” (اصبر) bermaksud “bersabar”, dan “Asabt” (أصبت) bermaksud “[kamu] benar”.

Sekarang mari kita letakkan tiga perkataan alternatif ini kedalam konteks hadith untuk melihat adakah ia sesuai:

Lalu Imam Ali a.s bertanya kepada Rasulullah saw bagaimanakah keadaan keghaiban itu(ghaiba) atau gambaran keadaan keghaiban itu. Dalam jawapan balas Rasulullah saw kepada Imam Ali a.s jika kita gunakan perkataan alternatif yang pertama iaitu “Yasseer” atau “akan berlaku”, ia menjadi tidak masuk akal yang Rasulullah saw memberikan jawapan yang sebegitu kerana Imam Ali a.s bukannya bertanya: “Wahai Rasulullah, adalah ia akan berlaku?” Sedangkan soalan Imam Ali a.s adalah ….” bagaimanakan keadaan keghaiban itu?”. Jadi perkataan “Yaseer” atau “akan berlaku” tidak sesuai dalam konteks hadith ini.

Begitu juga dengan perkataan “Asabt”, yang bermaksud “benar”, atau “kamu benar”, dan ini adalah tidak sesuai LANGSUNG dalam konteks ini kerana ia akan menjadi seperti ini:

“Ali a.s bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimanakah keghaiban itu ? Rasulullah saw menjawab: “Kamu benar” atau “benar” sehinggalah Allah izinkan ia muncul”. Jadi ia tidak sesuai LANSUNG dalam konteks ini, ia tidak sesuai sama ada dalam Bahasa Arab atau Bahasa Inggeris sekalipun. Jadi sudah pastilah ia satu kesilapan!!

Bagaimanapun ada hadis lain yang menyebut “bersabar” dan ianya adalah seperti berikut:

Abdul Rahman ibn Abi Layla berkata: Ali a.s berkata: “Aku ada bersama Nabi saw di rumah Ummi Salamah…[sehingga dia menyebutkan]..kemudian Ali a.s berkata: “Kemudian Rasulullah saw berpaling kepada kami seraya meninggikan suaranya  dan berkata: “Berhati-hatilah! Berhati-hatilah! Bila anak kelima dari anak ketujuh dari anak-anakku hilang” Lalu Ali a.s berkata: “Wahai Rasulullah saw! Bagaimanakah keadaan dia semasa keghaiban itu!” Lalu Nabi saw bersabda: “Dia akan bersabar, sehinggalah Allah mengizinkannya untuk keluar”.

(Bihar Al-Anwar Jilid 36, ms.335 dan Jilid 52, ms.380)

Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata dalam kenyataan Al-Bara’a (kenyataan berlepas diri) 13 haribulan Rejab, dikeluarkan pada 13 haribulan Jamadi Al-Thani 1425 A.H. “Dan aku berkata kepada kalian, apa kaitan antara aku dengan kerajaan yang tidak akan kekal! Tapi aku telah diperintahkan dan aku akan bersabar, sepertimana Imam Ali a.s bersabar, sehinggalah Yang Maha Pengasih (Al-Rahman) memberikan keizinan atas urusanku”.

Sekarang kita dapat lihat versi dengan perkataan “الصمت” atau “berdiam diri” atau “silence” adalah satu-satunya yang 100% dapat diterima akal dan amat sesuai dengan konteks hadith di mana Nabi saw menjawab soalan Imam Ali a.s dan menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri”.
Baiklah, kalau sekiranya pengikut Pejabat Najaf masih menolak perkataan “Silence”, apakah ada hadith lain yang menyatakan bahawa keghaiban itu adalah “silence” atau “berdiam diri” dan tiada komunikasi dengan Ansar? YA, ada! Lihat hadith yang berikut ini:

“ ***  Rasulullah saw bersabda kepada Imam Ali a.s: “Wahai Ali, kamu dari aku dan aku dari kamu, dan kamu adalah saudaraku, dan wasiku, dan setelah kewafatanku akan muncul kebencian yang tersimpan di dada-dada manusia kepadamu. Dan akan ada selepasku malapetaka fitnah senyap, setiap ‘Walijah’ dan ‘Bitana’ akan jatuh ke dalamnya. Iaitu ketikamana syiahmu kehilangan anak ke-5 dari anak ke-7mu. Setiap penghuni syurga dan penghuni akan meratapi kehilangannya! Berapa banyak lelaki beriman dan wanita beriman akan berada di dalam kesedihan, kegelisahan dan kebingungan bilamana dia ghaib!”

(Bihar Al-Anwar, Jilid.36, ms.338)

Maksud perkataan ‘Walijah’ mengikut kamus Arab adalah: “keakraban[kawan atau saudara] terhadap manusia lainnya dan seseorang yang istimewa, atau seseorang yang manusia lainnya bergantung selain dari keluarganya atau seorang sahabat rahsianya”. 

Manakala maksud perkataan ‘Bitana’ dalam kamus Arab pula adalah: “seseorang yang amat dipercayai dan istimewa dan manusia yang dia percaya, seseorang yang selalu bersamanya dan menemaninya, dan mereka adalah rapat dengannya dan dia tidak menyembunyikan rahsia daripada mereka”.

{Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi ‘Bitana’ “orang dalam” (yang dipercayai)} [QS: 3:118]

Dan “dia” di sini adalah Al-Qa’im keluarga Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s, dan dia adalah anak ke-5 dari anak ke-7 dari Amirul Mukminin a.s, dan malapetaka fitnah senyap yang akan berlaku bila dia hilang iaitu keghaibannya yang akan berlangsung selama 6 tahun seperti yang disebut di dalam hadith, dan fitnah keghaiban senyap ini adalah ujian dan tapisan dan pembahagian yang mana ‘Walijah’ and ‘Bitana’ sekalipun akan gagal, iaitu golongan istimewa dari kalangan Ansar dan pimpinan mereka dan mereka yang berpeluang bertemu dengan Al-Qa’im dari Keluarga Nabi Muhammad saw iaitu Imam Ahmad Al-Hassan a.s dan mengambil banyak ilmu dan rahsia dari Imam a.s, yang tiada yang tahu selain dari mereka, dan merekalah yang berbicara tentang dia a.s dan beriman dengan seruannya a.s..!

Al-Asbagh ibn Nabata berkata: 

“Aku mendatangi Amirul Mukminin a.s dan aku mendapati beliau sedang melakar garis-garis di tanah, lalu aku berkata kepadanya: Wahai Amirul Mukminin, mengapa aku melihat anda memikirkan sesuatu dan melukis garis-garis di tanah? Adakah anda menginginkannya (dunia)? Maka beliau a.s berkata: “Demi Allah, aku tidak pernah menginginkanya atau menginginkan dunia ini, tetapi aku berfikir tentang seorang lelaki yang akan lahir daripada kesebelas daripada anak-anakku, beliau adalah Mahdi yang akan memenuhi dunia ini dengan keadilan dan hak sebagaimana ia dipenuhi dengan penindasan dan kezaliman (sebelumnya). Akan ada kekeliruan dan keghaiban baginya, umat akan sesat di dalamnya, dan sebahagian yang lain akan mendapat petunjuk di dalamnya “Lalu aku bertanya, “Jadi berapa lamakah  kekeliruan dan keghaiban ini akan terjadi? Lalu beliau a.s berkata: “Enam hari, atau enam bulan, atau enam tahun”. 

(Ghaybat Al-Toosi, ms.165, hadith 12)

                               عن الأصبغ بن نباتة قال: (أتيت أمير المؤمنين (عليه السلام) فوجدته متفكراً ينكت في الأرض، فقلت: ما لي أراك متفكراً تنكت في الأرض، أرغبة منك فيها؟ فقال: لا والله ما رغبت فيها ولا في الدنيا يوماً قط ولكني فكرت في مولود يكون من ظهر الحادي عشر من ولدي هو المهدي الذي يملأ الأرض عدلاً وقسطاً كما ملئت جوراً وظلماً، تكون له (((غيبة وحيرة)))، يضل فيها أقوام ويهتدي فيها آخرون. فقلت: وكم تكون تلك الحيرة والغيبة؟ قال: ستة أيام أو ستة أشهر أو ست سنين!!! فقلت: وإن هذا لكائن؟ فقال: نعم، كما أنه مخلوق وأنى لك بهذا الأمر ياأصبغ، أولئك خيار هذه الأمة مع أبرار هذه العترة. فقلت: ثم ما يكون بعد ذلك؟ فقال: ثم يفعل الله ما يشاء، فإن له بداءات وإرادات وغايات ونهايات).

المصادر: الغيبة / الطوسي ص165 وص336 , بشارة الإسلام ص60 , كمال الدين وتمام النعمة ص

Sa’eed ibn Jubayr berkata: Aku mendengar Ketua Ahli Ibadah, Ali anak Al-Hussein a.s berkata: “Al-Qa’im kami mempunyai sunnah Nabi-Nabi: …manakala sunnah Nabi Musa a.s pula, ialah ketakutan dan menghilangkan diri”

(Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.217, Kamalul Din wa Tamamul N’ima, ms.322 dan ms.577, Kashf Al-Ghumma, Jilid 3, ms.329)

Jadi, jika keghaiban ini, seperti yang kamu dakwa hanyalah bersembunyi dan Imam a.s masih berhubung dengan Ansar dan Imam a.s boleh menjelaskan kesemua pertanyaan mereka, kenapakah masih akan ada kekeliruan dan “malapetaka fitnah senyap”?

Jadi kita faham dari hadith di atas bahawa Al-Qa’im a.s akan ada ketakutan dan kewaspadaan dan dia a.s akan melalui keghaiban dan ketika keghaiban ini, sahabat-sahabat Al-Qa’im yang beriman dengannya akan menjadi kebingungan, dan berada dalam malapetaka fitnah senyap selepas Al-Qa’im berada dalam keghaiban, dan ramai dari mereka akan kecundang..

Thursday, 29 December 2016

Siapakah Samiri Di Dalam Seruan Dakwah Ini ???







Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas  Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi a.s.

Siapakah Samiri dalam seruan dakwah ini ?

Bukankah ulama dalam seruan dakwah ini, secara zahirnya penampilan mereka adalah zuhud, ahli ibadah, ahli jihad dan sahabat terbaik kepada Imam Ahmad Al-Hassan a.s ?

Apakah Al-Ijil yang Samiri zaman ini (ulama seruan dakwah) ciptakan ?

Bukankah Pejabat Najaf yang mereka gambarkan sebagai “manifestasi  Allah Ar-Rahman Ar-Rahim”?   

Lihat fakta berikut ini: Di dalam kitab “Al-Ijil”,  Imam Ahmad Al-Hassan a.s berkata:
“Dan Samiri berkata kepada mereka inilah Tuhan kamu dan Tuhan Musa a.s, bermakna Tuhan bermanifestasi di dalam patung anak sapi emas (Al-Ijil)!!  Dan kebanyakkan dari Bani Israil mempercayai Samiri selepas mereka juga turut terlibat mencipta anak sapi emas itu”

Sepertimana mereka memberitahu kita bahawa halaman ‘Facebook’ adalah milik Imam a.s (Tuhan kamu bermanifestasi di laman ‘Facebook’), dan juga mereka memberitahu kita bahawa Pejabat Najaf adalah manifestasi Allah Ar-Rahman Ar-Rahim (Tuhan bermanifestasi pada Pejabat Najaf) !

Suara apakah yang mereka gunakan untuk menipu kita? Bukankah ia suara palsu yang mereka cipta untuk Imam a.s di laman ‘Facebook’ ?

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s ketika itu berada dalam fitnah keghaiban senyap sehinggalah bapanya Imam Muhammad Al-Mahdi muncul pada hari kematian Raja Abdullah, sama seperti Nabi Harun a.s berdiam diri sehinggalah Nabi Musa a.s kembali ?      

Bukankah Imam Ahmad Al-Hassan a.s berdiam diri menepati dengan hadith yang menceritakan tentang keghaiban beliau a.s iaitu 6 hari, 6 bulan atau 6 tahun ?

Seruan Al-Yamani di bawah Panji Hitam dari Timur (Black Banners) telah tiba !!!








BAGAIMANA SERUAN “BLACK BANNERS” BERMULA?




Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Segala Puji-Pujian hanya milik Allah, Tuhan Sekalian Alam.

Ya Allah limpahkanlah kurnia-Mu ke atas  Muhammad dan Keluarga Muhammad, Para Imam dan Para Mahdi (a.s).

Kami adalah Ansar Allah, Ansar Imam Mahdi (a.s) dan anak dan wasinya dan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s). 


Bagaimana seruan “Black Banners” bermula ???


Pada hari kematian Raja Abdullah, iaitu 23 hari bulan Januari 2015, 12 orang lelaki mendakwa bahawa mereka dibawa oleh Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) untuk bertemu dengan Imam Mahdi (a.s) dan Imam Mahdi (a.s) mendedahkan kepada mereka konspirasi yang berlaku terhadap Imam (a.s), bagaimana Pejabat Najaf dan Sheikh-Sheikh mereka berkomplot mengkhianati Imam (a.s) dan menandatangani dokumen untuk menyerahkan Imam (a.s) kepada Kerajaan Thaghut, merampas hak Imam (a.s), merampas identiti Imam (a.s) dan menyamar sebagai Imam (a.s). Imam (a.s) juga mendedahkan yang beliau (a.s) berada di dalam keghaiban sejak tahun 2008. Imam (a.s) juga mendedahkan banyak perkara lain yang akan dibincangkan kemudian, In Sha Allah, di dalam topik-topik akan datang.

Pada hari itu juga, 12 orang  lelaki itu memberitahu khabar gembira kemunculan Al-Hujjah (a.s) dan mereka juga mengumumkan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang memberi khabar gembira itu dan Imam (a.s) jugalah yang mengibarkan panji hitam, “The Black Banners”, seperti yang disebut di dalam hadis-hadis Ahlulbait (a.s).         

Apakah nas atau dalil yang membuktikan dakwaan mereka pada hari kematian Raja Abdullah itu?. Di sini kami sertakan salah satu ‘link channel YouTube’ di mana satu video telah dimuatnaik sebagai bukti dakwaan di atas, anda boleh lihat tarikh ia dimuatnaik, iaitu 23 hari bulan Januari 2015. 

https://www.youtube.com/watch?v=4bsCD2dWaHI

Tapi mengapakah ia begitu penting bahawa mereka adalah yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah (a.s) selepas kematian Raja Abdullah?. Ini adalah kerana ia membuktikan bahawa Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) bersama mereka dan mereka berada dipihak yang benar. Mengapa?

Lihat hadis yang berikut ini:

"Rasulullah SAW bersabda: "Hijaz akan diperintah oleh seorang lelaki yang namanya adalah nama haiwan (Raja Fahd-harimau kumbang). Jika kamu melihatnya dari jauh kamu akan melihat dia bermata juling dan jika kamu menghampirinya, kamu melihat tidak ada apa-apa yang salah dengan matanya. Saudaranya bernama Abdullah akan mengantikannya. Kecelakaan besar bagi syiah kamu (Nabi SAW mengulanginya sebanyak tiga kali). Berilah khabar gembira kematiannya dan aku akan berikan berita gembira kemunculan Al-HUJJAH". 

(Kitab 250 tanda-tanda Al-Qaim, ms.122)

Hadis ini sendiri adalah satu mukjizat. Ia dipenuhi dengan segala 'detail' seperti yang kita tahu. Raja Fahd dari Saudi Arabia yang namanya bermaksud sejenis haiwan(harimau kumbang) dan dia juga kelihatan juling dari jauh; dan kelihatan 'normal' dari dekat, bila dia meninggal, adiknya Raja Abdullah menggantikannya memerintah Hijaz; dan umat syiah ditekan dengan teruk di bawah pemerintahannya. Dan di bahagian akhir hadis tersebut, Nabi SAW bersabda: "Berikan khabar gembira [kematian Raja Abdullah] dan aku akan memberikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah". 

“Black Banners” mendakwa bahawa yang pertama memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah mestilah benar (sepertimana Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) dan Ahlulbait (a.s) berkata bahawa orang yang pertama mendakwa adalah pendakwa sebenar, kerana tiada yang menuntut wasiat kecuali tuan empunyanya). Jadi konsepnya adalah sama, mengapa?. Kerana hadis tentang kematian Raja Abdullah, Rasulullah SAW berkata berikan khabar gembira kematian (Raja Abdullah) dan aku akan berikan khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. Jadi tiada orang selain Nabi Muhammad SAW yang boleh memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah. 

Namun, oleh kerana Nabi Muhammad SAW tidak berada bersama kita secara fizikal pada masa dan zaman ini, jadi siapakah yang mewakili Nabi Muhammad SAW pada ketika ini?. Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang namanya sama dengan nama Nabi SAW dan nama bapanya sama dengan nama bapa Nabi SAW. Jadi ini bermakna yang pertama datang dan memberikan khabar gembira tentang kemunculan Al-Hujjah selepas kematian Raja Abdullah mestilah berbicara bagi pihak Al-Hujjah dan berhubung dengan Al-Hujjah (Imam Mahdi (a.s)). Ini kerana Nabi Muhammad SAW menyatakan dirinya sendiri yang memberikan khabar gembira, jadi yang mewakili baginda SAW pada ketika inilah yang memberikan khabar gembira itu. 

Juga di dalam riwayat oleh Imam Ash-Shadiq (a.s) kepada Abu Basir: Dari Abi Basir yang mendengar dari Imam Shadiq (a.s) berkata: "Barangsiapa menjamin untukku kematian Raja Abdullah, aku akan menjamin untuknya Al-Qaim. Apabila Raja Abdullah meninggal, manusia tidak akan berkumpul/bersetuju atas seseorang pun selepasnya, dan perkara ini tidak akan berakhir kecuali oleh sahabat kalian (Al-Qaim (a.s)) In Sha Allah; dan kerajaan kiraan tahun akan berakhir; dan digantikan dengan kerajaan kiraan bulan; dan hari. Lalu aku bertanya: Adakah itu berlangsung lama?. Dia (a.s) menjawab: Tidak". 

(Biharul Anwar, Jilid 52, ms.21)

Jadi Imam Ash-Shadiq (a.s) menjamin untuk kita bahawa Al-Hujjah (a.s) akan muncul tidak lama selepas kematian Raja Abdullah.

Dan benar, 12 orang lelaki mendakwa pada 23 hari bulan Januari bila Raja Abdullah meninggal, hari yang sama Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) membawa 10 orang dari mereka dan menambah dua lagi lelaki, lalu membawa mereka bertemu Imam Al-Mahdi (a.s); dan mereka adalah terbaik dari 313 ansar, sahabat Al-Qaim (a.s) selepas Imam Ahmad Al-Hassan (a.s); dan Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) yang mengarahkan mengibar panji hitam, 'Black Banners' seperti yang disebut di dalam hadis-hadis  Ahlulbait (a.s). Dan Imam Ahmad (a.s) yang memberi khabar gembira kemunculan Al-Hujjah, Muhammad Al-Hassan Askari (a.s).

Imam Ahmad Al-Hassan (a.s) menyebut di dalam kitabnya: ‘An Advice to the students of the Academic Hawzas and to all truth seekers’: 

Imam Al-Baqir (a.s): “Imam Qaim (a.s) akan ghaib selama beberapa tempoh berlalu, seraya menunjukan tangannya ke arah ‘Ze tuwa’. Kemudian Imam (a.s) berkata: “Sebelum dia (a.s) bangkit, salah seorang pembantunya akan mendatangi salah seorang sahabatnya dan bertanya: “Berapa ramai bilangan kamu di sana”?. Akan dijawabnya: “Kami seramai 40 orang”. Kemudian dia akan bertanya: “Bagaimana tindakan kamu sekiranya kamu melihat Tuan kamu(Shohibul Asr (a.s))”. Balas mereka: “Demi Allah, sekiranya dia menentang gunung sekalipun, kami akan bersama-sama dengannya”. Setelah itu, dia akan pergi kepada mereka dan berkata: “Tunjukkan ketua atau 10 orang yang terbaik dikalangan kamu, lalu ditunjukkan mereka kepadanya”. Kemudian mereka berpergian bersama sehingga berjumpa dengan Tuan mereka dan meninggalkan mereka pada malam berikutnya”. 

(Ghaibat Al-Nu’mani, ms.187; Tafsir Al-Ayashy, Jilid 2, ms.56; Bihar Al-Anwar, Jilid 52, ms.341; Mu’jam Ahadith Al-Imam Al-Mahdi, Jilid 5, ms.2)

Imam Ash-Shadiq (a.s) berkata: “Al-Qaim tidak akan bangkit sehinggalah 12 lelaki mendakwa mereka bertemu dengannya, lalu manusia menuduh mereka berdusta" (Ghaibah Al-Nu'mani, ms.277)